Jumaat, 29 November 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah


Assalamualaikum ❤️️


Bismillahirrahmanirrohim. 


Setelah sekian lama dah tak join apa-apa giveaway. Aku jumpa satu giveaway dari blog messarah ni dan aku rasa nak join la. Ini semua kerana hadiahnya iaitu Planner 2020. Aku ni jenis suka ada planner every year and tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020, so harap-harap ada la rezeki nak dapat planner free from messarah. hehe. If korang nak join giveaway ni masih sempat lagi tau sebab tarikh period date dia pada 20 December 2019. So lets join the giveaway.



Khamis, 28 November 2019

Tiada Lagi Masalah Bibir Kering

Assalamualaikum ☺


Musim cuaca sejuk dan dingin sekarang ni menyebabkan bibir aku mengalami masalah kekeringan yang sangat kronik. Kadang-kadang sampai berdarah bibir disebabkan bibir yang terlampau kering dan mengelupas. Dah bermacam jenis pelembab bibir yang aku guna setakat ni hanya biasa-biasa saja, malah bibir masih lagi kekeringan.

Sehingga la aku berjumpa dengan produk pelembap bibir dari UTM Skudai iaitu WISDERM  Nourishing Lip Balm ni. Kalau bibir korang jenis kering sangat sesuai memakai lip balm berbanding lipstick, lip matte, lip gloss and sebagainya lagi.




Produk WISDERM ni adalah keluaran bumiputera dari keluaran UTM Skudai. Setahu aku, WISDERM ni bukan sekadar lip balm sahaja tapi banyak lagi produk seperti skin care dan sebagainya. Lip balm WISDERM ni diformulasikan daripada Minyak Kelapa Dara dan Vitamin E untuk melembapkan bibir yang kering dan mengelupas. Moisturize your lips with VCO and Vitamin E. It's extra moist, so siapa yang ada problem bibir kering really recommend to use the lip balm...really sensitive. Inilah pelembap bibir yang terbaik aku pernah pakai. Best bau dia wangi bau buah kelapa gitewww!


kebaikan lip balm WISDERM ni adalah :


  • Produk keluaran institute of Bioproduct Development (IBD), Universiti Teknologi Malaysia
  • Active Ingredient : Virgin Coconut Oil (Cocos nucifera) and Tocopherol (Vitamin E)
  • Melembapkan dan merawat bibir yang kering dan mengelupas
  • Mencegah kerosakan bibir
  • Bebas dari kulit mati
  • Bibir Lembut dan lembap
  • Bebas Bahan Kimia



Cara Guna :

Sapu sebelum tidur. Sapu kerap apabila perlu (bibir sentiasa kering)




Baru sehari aku pakai lip balm ni bibir aku dah tak kering dan tak mengelupas lagi. Alhamdulillah sangat-sangat berkesan. Kini masalah bibir kering tiada lagi dengan WISDERM Lip balm. Happy sangat u olssssss!!!


Aku jumpa produk ni dekat Shopee. my je. Bila aku baca banyak komen dekat shopee pasal produk ni sangat bagus dan berkesan so, aku beli lah try tengok jadi ke tidak. Memang betul-betul berkesan la. Bagi aku harga dia sangat berpatutan la dan dia punya penghantaran pon sangat laju, hari ni beli esok dijamin sampai.


So, korang kalau berminat nak dapatkan produk WISDERM ni boleh dapatkan di Shopee aje. Klik-klik aje dah sampaiiiii. Semuanya di hujung jari je sekarang ni.


Selasa, 26 November 2019

Basah Kuyup Dalam Hujan Lebat


Assalamualaikum ☺


Korang pernah tak ???




Tiba-tiba rasa macam nak share something la kat blog aku ni. Tadi masa jalan-jalan kat wall facebook ada la someone ni tanya soalan kat atas ni. Tiba-tiba la datang idea nak menaip kat blog yang dah kesekian lama menyepi.


Sekarang ni kan musim hujan, tiba-tiba teringat pulak kisah lama dahulu masa zaman baru nak membina kehidupan sebagai seorang pekerja. Kisah 14 tahun yang lalu masih segar di ingatan. eceh! Masa tu umur aku baru 19 tahun dan baru habis study kat kolej. Alhamdulillah rezeki awal dapat bekerja dalam sektor awam ni. Sahabat-sahabat aku umur  macam ni masih belajar di menara gading lagi tapi aku dah bekerja dalam usia yang tersangatlah muda. Syukur berkat doa Ibu dan arwah ayah yang banyak memberi sokongan serta dorongan.



Aku  dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana, kereta, motor semua tak ada masa tu. Hanya bas sahaja menjadi sahabat setia untuk pergi kemana-mana. Adik-beradik 7 orang kesemuanya  masih lagi belajar dan hanya aku seorang yang dapat rezeki awal untuk bekerja.



Masa mula-mula aku kerja memang tak ada kenderaan nak pergi kerja. Aku mintak dengan pegawai office aku masa tu untuk tumpang duduk kat asrama je sementara aku dapat rumah sewa memandangkan tempat aku bekerja tu memang disediakan penginapan untuk peserta kursus. Alhamdulillah dapat pegawai yang baik, yang memahami keadaan aku masa tu. Hampir dua minggu aku tinggal di asrama seorang diri. Tak lama selepas itu, ada dua orang kawan sekerja yang masih bujang menawarkan aku bilik untuk tinggal bersama mereka di rumahnya memandangkan ada satu bilik kosong yang tinggal. Bersyukur sangat ada kawan-kawan sekerja yang baik hati dan memahami keadaan aku yang tinggal keseorangan ketika itu.



Sejak dari itu, aku menumpang kawan sekerja untuk pergi bekerja bersama-sama. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik untuk membantu saat aku kesusahan dahulu. Selepas 3 bulan akhirnya baru aku dapat gaji pertama. Biasa la kerja kerajaan dahulu dekat 3 bulan baru terima gaji. Alhamdulillah hasil 3 bulan gaji dapat la aku membeli motorsikal yang pertama ku. Tahun 2005 masa tu motorsikal yang paling hot adalah skuter YAMAHA EGO. Sangat sesuai untuk aku wanita yang bertubuh kecil dan cute. haha.


Inilah motorsikal aku yang merah dan bergayanya ! hehe


Masa tahun 2008 aku dah berjaya beli kereta pertama ku. Jadi motorsikal ni aku hadiahkan kepada adik perempuan aku yang dah habis belajar untuk buat pegi kerja. Sejak adik perempuan aku dah beli kereta, motorsikal ni aku hadiahkan pulak kepada adik lelaki yang bongsu juga sudah habis belajar sekarang. Alhamdulillah banyak sungguh jasa motorsikal ni pada aku dan keluargaku. 


Terlalu banyak kenangan motorsikal ni semenjak 3 tahun bersama. Dulu nak balik kampung dari tempat kerja sebelum ada motor aku naik bas je yang memakan masa 1 jam perjalanan. Masa tu bas memang banyak, setiap jam mesti ada bas yang lalu dan tak susah nak dapatkan bas. Semakin lama semakin jarang bas lalu dan agak susah nak balik ke kampung disebabkan syarikat bas yang tidak mampu menyediakan bas yang baru. Bas yang sedia ada pon sudah agak keuzuran dan menanti masa untuk dilupuskan. Kalau cerita pasal bas memang banyak sungguh kenangannya. Aku pernah share pasal bas kat entry ni <<SILA KLIK>> Akhirnya setelah sekian lama syarikat bas dah tutup dan sudah tiada bas untuk aku pulang ke kampung. 



Sejak dari itu, bermulalah pengembaraan aku dengan menaiki motorsikal pulang ke kampung. Mulanya rasa agak keberatan apabila memikirkan faktor keselamatan aku sebagai seorang wanita. Tapi aku kuatkan semangat demi untuk pulang ke kampung menziarahi keluargaku di sana. Dalam perjalanan menaiki motorsikal memang agak menyeronokkan sebenarnya cuma bila time hujan tu memang gabra jugak la. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan memang agak tak ketentuan hala dibuatnya. Kalau perjalanan dah nak sampai ke destinasi aku redah je hujan tu sampai la tiba kat rumah tapi kalau masih jauh aku singgah la di mana-mana perhentian yang boleh berteduh sementara hujan reda.



Dalam perjalanan menaiki motorsikal pulang ke kampung tu memang ada la kenangan pahitnya. Pernah sekali tu aku nak pulang ke tempat kerja dari kampung aku terbabas di tengah jalan dan menyebabkan tangan kiri aku patah dan sampai sekarang ada kesan patah. Mujur la masa kemalangan tu aku tidak dilanggar dengan kenderaan lain. Masa kejadian tu aku rasa jalan disitu agak licin dan menyebabkan motorsikal aku tidak terkawal dan aku jatuh terduduk di tengah jalan. Mujur la ade abang-abang sado yang bekerja di bengkel kimpalan besi di tepi jalan itu segera mengangkat aku ke tepi jalan bagi mengelakkan aku kena langgar dengan kereta lain. Kenangan tu sampai sekarang masih segar dalam ingatan.



Kerana kemalangan itu, hampir sebulan aku bercuti sakit kerana patah tulang tangan kiri dan hanya mampu terlantar di rumah sahaja. Tangan kiri aku disimen dan menyukarkan pergerakan tanganku. Alhamdulillah cuma patah tulang tapi tiada kesan luka di kulit. Sejak kejadian itu, abangku tidak membenarkan aku untuk pulang ke kampung dengan motorsikal lagi. Sejak itu, aku telah membeli sebuah kereta. Sebelum ini bukan aku tidak mampu untuk memakai kereta tapi masih tidak puas nak membawa motorsikal. Ada hikmah selepas kemalangan itu barulah terbuka hati aku untuk membeli kereta sendiri. 



Bila orang tanya macam tu jawapan aku memang pernah la basah kuyup dalam hujan lebat masa naik motor, bukan setakat basah kuyup je, kena percikan air lopak dilanggar oleh kereta lain dan macam-macam lagi lah. Tapi itulah kenangan yang tak kan aku lupakan dan sampai sekarang aku bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan Allah kepadaku. Daripada aku zero sampailah sekarang aku dah memiliki kereta kedua yang lebih sesuai sejak dah berkahwin. Oh ye...masa aku bujang dulu aku pakai kereta sport lambang 'H' tu baru nampak muda, remaja dan bergaya kannnnn. hik hik!! Bila dah kahwin, aku share dengan husband untuk beli kereta yang lebih besar dan sesuai untuk family car sesuai la dengan orang dewasa. Syukur dengan segala pemberian-Nya.



Mak aihhh sekali update entry kemain panjang. Dapat juga melepaskan rindu setelah lama tidak menaip di blog aku ni. Sambil menaip sambil tangan menyuap mulut. Dah habis pon sepinggan nasi. Alhamdulillah. 



Thank you sudi baca entry aku yang panjang berjela dan kalau korang ada pengalaman yang sama meh la share kat sini ☺☺