expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label Wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2016

Majlis Akad Nikah

Alhamdulillah...

Hari ini 19 April 2016. Dah sebulan rupanya bergelar 'ISTERI' orang. Terasa sekejap saje masa berlalu. Dah lama tak menaip di blog kesayangan. Terlalu banyak cerita untuk diabadikan di sini tapi apakan daya dengan kekangan masa yang ada dah jarang menaip di blog. Rindu nak berkongsi cerita dengan sahabat blogger yang masih mengikuti perkembangan di blog ini. Ada ke? hehe...


Bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini masih lagi dapat menghirup udara-Nya. Nikmat yang paling berharga kepada kita sebagai Hamba Allah yang mengharapkan keredhaan-Nya pada setiap hari. Syukur kerana diberi peluang untuk menjadi isteri seperti wanita-wanita yang lain yang mendambakan hidup berpasang-pasangan di muka bumi Allah ini. Akhirnya tercapai juga impian untuk berkahwin dan memiliki rumahtangga sendiri.


19 Mac 2016, Tanggal yang sangat penting untuk diingati kerana terlafaznya Ijab dan Qabul. Terasa seperti macam tak percaya dah jadi isteri orang rupanya. alaa...rasa macam baru semalam je Nikah. hehe. Sebulan sudah membina Masjid, Alhamdulillah diberi kesempatan merasa nikmat kebahagiaan menjadi seorang isteri disamping suami yang sangat penyayang, sangat memahami dan sanggup berkorban apa sahaja demi isteri tercinta.




Menunggu saat dinikahkan dimana saat janji setia bersatu di alas InsyaAllah dan penyerahan pada yang satu. Perjalanan kehidupan hakikatnya bermula pada hari itu.



Perkenalan dengan suami bermula di muka buku pada 19 April 2014. Kalau ikutkan hari ni dah genap 2 tahun kami berkenalan. Sekejap je masa berlalu. Pada 21 November 2015 dengan rasminya kami telah mengikat tali pertunangan. Oh ye! saya tak pernah cerita kisah pertunangan ini kerana ingin menjaga hubungan ini dan hanya keluarga saya, keluarga mertua, saudara terdekat dan sahabat baik sahaja yang mengetahuinya. Hal pertunangan tidak perlu dihebohkan sepertimana kita berkahwin kerana pertunangan itu adalah tempoh perkenalan kita dengan lebih dekat bersama pasangan kita. Andaikata Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya disitu kita dapat mengelakkan dari buah mulut orang yang tidak dikenali. Agama Islam sangat menjaga sensiviti sebegini. Sebab itulah islam mengajar untuk merahsiakan pertunangan dan meng war-warkan perkahwinan.


Kami juga bersepakat untuk tidak bertunang terlalu lama. Dalam tempoh perkenalan sebelum bertunang, suami bekerja keras mengumpul duit untuk membina masjid. Dan setelah duit simpanan perkahwinan kami mencukupi suami datang membawa keluarga untuk meminang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan oleh-Nya.



Saat ibu mertua menyarung cincin merisik dan bertunang...yeay!! happy dapat dua cincin sekaligus...tanda diri ini sudah berpunya..eceh!


Pertunangan yang sangat simple dan sempoi saja. Suami sangat tegas tidak mahu majlis diadakan secara besar-besaran, tidak mahu diadakan pelamin seperti orang lain, tidak ada photographer, tidak menyewa baju yang menampakkan Tabarruj, tidak mengambil juru mekap. Saya hanya memakai baju raya tahun lepas dan dimekap dengan tidak berlebih-lebihan oleh adik saya sendiri. Kami bersepakat untuk tidak membazir semasa pertunangan dan Alhamdulillah diterima baik dari keluarga kami. Cuma di majlis pertunangan kami berbalas hantaran 7 dulang kepada pihak lelaki dan berbalas 5 dulang kepada pihak perempuan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Mak yang banyak sponsor makanan. Mujur la ada jugak kenangan majlis pertunangan saya, ramai sangat photgrapher tak bertauliah. haha. 


Syukur Alhamdulillah 4 bulan mengikat tali pertunangan akhirnya dengan izin Allah kami disatukan pada 19 Mac 2016. Dalam tempoh pertunangan, banyak dugaan yang kami harungi bersama. Betul la orang kata 'darah manis' ujiannya cukup kuat sampai kadang-kadang tak mampu nak hadapi. tapi Allah tolong kita bila nak buat sesuatu yang baik ni. Paling tak boleh lupa masa bertunang, suami diuji hebat kerana tiba-tiba jatuh sakit. Allah tuhan saja yang tahu perasaan bila mendapat berita dari suami. Di ketika itulah emosi suami mula terganggu, persiapan dan persediaan perkahwinan menjadi hambar, hanya air mata menjadi saksi keperitan yang ditanggung waktu itu. tapi dengan kesabaran dan kekuatan kami sama-sama ikhtiar berubat dan berdoa kepada Allah supaya suami sembuh dan sihat seperti sediakala. Alhamdulillah dengan segala usaha dan tawakkal akhirnya suami sembuh sebelum tarikh pernikahan kami. Ya Allah syukur tidak terhingga di atas nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada kami. Ingat bila ditimpa ujian banyakkan bersabar dan memohon kepada Allah. Hanya DIA tempat kita mengadu segala-galanya.


Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami. Jam 10.30 pagi, detik paling istimewa... kami dinikahkah oleh Tok kadi kampung saya di Surau Kuantan, Pahang berwalikan abang dan bersaksikan bapa mertua serta abang ipar yang sulong akhirnya dengan 'SEKALI LAFAZ' saya sah menjadi isterinya. 

"Tips orang tua tua, sebelum majlis nikah, banyakkan zikir, banyakkan doa. semua tu untuk pelancaran majlis. pelancaran lidah bakal suami. moga-moga sekali lafaz saja"

Dikelilingi keluarga, sedara mara dan kawan-kawan rapat, hati ni jadi lebih tenang. walaupun takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. bukan benda main-main. bukan macam dulu masa main mak mak, kalau tak nak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan hujung kampung juga. lepas tu esok main suami style lain pulak.

tak tak. ni suami sehidup semati.



Pemberian suami seutas gelang tangan emas, mas kahwin RM22.50 mengikut standard Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dan belanja hantaran berjumlah Tettttttttttttttttttt!!!!!!!!! tak boleh bagi tahu takut mendatangkan riak ke atas diri sendiri. Biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. hehe.





Masa ni dah boleh pegang-pegang tangan dah... ^_^
emak yang sentiasa di tepi, emak adalah orang yang lebih penat dari saya. kalau tak ada emak, entah la apa jadi dengan majlis saya.

tak ada doa lain waktu ni, selain ALLAH memberkati pernikahan kami, memurahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagian pada kami hingga ke jannah. Amin Ya Rabb.


Alhamdulillah. selesai juga entry nikah saya. lama bertangguh tau. dari sibuk-sibuk pindah rumah, sibuk honeymoon, lepas tu sibuk dengan keje pulak setelah bercuti panjang. semoga sikit sebanyak dapatlah jadi bahan bacaan inspirasi korang okay.


InsyaALLAH, next entry, saya akan cerita pasal majlis bersanding pula ya.


terima kasih sudi baca :)

Khamis, 7 Oktober 2010

Majlis Perkahwinan Terunggul Dato' Sheikh Muszaphar Shukor Dan Dr. Halina Mohd Yunos


Assalamualaikum. Witwit!! pasti korang dah tak sabar nak menanti tarikh keramat 10.10.10 kerana akan berlangsungnya Majlis Perkahwinan Terunggul dekad ini iaitu perkahwinan diantara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama tunangnya Dr. Halina Mohd Yunos yang bertemakan ala-ala kayangan gitu. Secara kebetulan jugak tarikh itu adalah hari ulang tahun ketiga Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas (2007).



Gambar Pre-Wedding ala-ala kayangan gitew! Idea dari Saiful Nang.
Photo by CandidSyndrome & Kukubesi. Nice =)
 


Waktu tengahari tadi, i ada tengok WHI (Wanita Hari Ini) rancangan fevret i. Tiba-tiba nampak diorang di intebiu oleh pengacara WHI. Menurut mereka, Majlis Akad Nikah akan diadakan pada jam 10 pagi pada 10 Oktober 2010, Ahad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya. Perghhh!semua nombor sepuloh jerk kan.

Jadi, mari kita ramai-ramai tengok siaran langsung pada tarikh tersebut selepas habis Buletin Utama di TV3 yep!Kalau korang yang tinggal berdekatan pon boleh pegi terus kat Istana Kayangan PICC, Putrajaya tuh. Itupon kalau korang dijemput la yerk!Dengar kata mereka jemput seramai 10,000 orang ke Majlis perkahwinan mereka tu. 100 angkasawan turut dijemput hadir. Tak tahulah diorang jemput ke tidak peminat-peminat mereka tu. Bayangkanlah berjuta-juta rakyat kita kat negara ni takkan la nak jemput semua ye dak. So, kita tengok siaran langsung sudah la yep!

Kad kahwin diorang pon cantik la. Dah tersebar di internet pon.

 Wah!kaler biru dia punye cover kad kahwin diorang. i like it =)
Siap ada letak gambar angkasawan negara yang hensem. So kreatif designer.

So sweet diorang punye kad kahwin ni. Tertera gambar Angkasawan macho
bersama tunang terchenta Dr. Halina yang sweet gitu! Sangat bertuah dia ni kan.

p/s: 
Bila la turn i punya wedding of the year ni..haha!
siot je verangan of the year punye wedding.kui3
Tak pe la, i tak kesah pon tak dapat title wedding of the year tu,
yang penting keberkatan dalam perkahwinan itu. hehe =)