Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Khamis, 26 Februari 2015

Tutorial Disable Right Click

Assalamualaikum.


Rasa nak buat tutorial memandangkan ada yang bertanyakan cara langsung atau tidak langsung macam mana saya disable right click kat blog saya ni.

Disable right click adalah sebenarnya untuk tidak membenarkan sesiapa dengan sesuka hatinya meng copy cat ape jua isi kandungan yang berada di blog kita. Kira kita jadi la macam orang budget bagus la kan tak nak kasi orang copy. So, disini saya tunjuk 3 cara untuk buat disable right click.


Cara pertama;

cara yang ini kira bleh copy lagi la, tak de la nampak cam kedekut sangat kan tak nak bagi orang copy terus...hehe =) cara-caranya...




Layout - edit html
Pastu cari code <body>, dah jumpa.. code <body> tu korang tukarkan
<body oncontextmenu="return false;">..
Then save template.





Cara kedua;

cara yang ini kira bleh copy jugak cuma nampak macam ala-ala programmer terhebat di serantau dunia la konon sebab bleh kuar pop up windows gitu..cara dia macam ni;




Pegi ke Layout - page element - add a gadget - html/javascript dan copy this;




<script language='JavaScript'>
<!--
//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
var message="No Right-Click!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>

Boleh tukar "No Right-Click" itu kepada "Ha..nak copy ker?Sori boleh blah.." ataupun "Error 401:Please Contact Administrator" Ikut sukahati korang la nak buat camne pon.





Cara Ketiga;

Cara ni memang kedekut habis mengalahkan Haji Bakhil lagi. Haha! langsung tak nak kasi orang copycat erk..Caranya koding kat bawah tu korang paste kan kat Layout - edit html. Then cari kod <head>, pastekan koding di bawah kod <head>.



<script type="text/javascript">
//form tags to omit in NS6+:
//http://eking.in
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]



omitformtags=omitformtags.join("|")



function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}



function reEnable(){
return true
}



if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}


</script>



SELAMAT MENCUBA!



p/s: nak copy kod html tu sila tinggal komen k! =)

Khamis, 1 Januari 2015

Tutorial Nak Buat Kotak Dalam Post

Atas permintaan ramai hari ni saya nak ajar tutorial cara-cara nak buat kotak berwarna dalam post entry seperti contoh dibawah ini;

Macam mana nak buat kotak dalam entry?  - Blogger
Dah macam cikgu plak sekarang. Saya ni tak de la pandai sangat nak mengajar tutorial bagai ni kan, cuma ada sedikit pengetahuan yang saya belajar daripada otai-otai blogger jadi, saya nak forward kan kepada para blogger yang lain especially yang masih baru dalam dunia blog dan memang tak berapa nak pandai bermain koding HTML. Saya dulu ada la belajar as a programmer masa kat kolej  ni dan biasa la bermain dengan koding HTML ni. Jadi, serba sedikit basic tu memang dah ada so mudah la nak bemain dengan koding, tapi memang kalau jenis tak biasa main dengan koding sudah tentu pening kepala kan. Tak pe tak pe...yang penting kita nak belajar. Ok murid-murid, first step nak buat kotak dalam entry korang pergi dekat;

  • dashboard pegi ke pegi ke layout ==> Edit HTML ==> tick Expand Widget Templates
     
  • then ctrl + f , cari word .post blockquote { highlite semua word bawah ini }

.post blockquote {
margin:1em 20px;
}
  • And then, copy and paste kan dengan code di bawah ini;

.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
So, sekarang mari kita belajar sama-sama =D

.post blockquote {

background: #FFCC99; ( bold : ini background belakang warna oren) korang boleh ubah dekat sini contoh nak tukar color hitam tukar lah kepada #000000)

-moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; ( bold : ini border dia. kalau nak ubah, just ubah top atau bottom. Sukahati korang nak buat macam mana pon)

padding: 6px; ( tak perlu ubah )

Border: 1px solid #ff0d62; ( ini border color merah. kalau nak tukar line dia tebal, tambah lagi 1 kepada 5 atau 10px.

solid adalah garisan lurus. contoh ___________
dotted adalah garisan titik² contoh .........................
dashed adalah garisan putus² contoh _ _ _ _ _ _ _

margin:1em 20px; ( tak perlu ubah )
}
  • Lepas dah puas hati bagai kan baru la klik SAVE.

Setelah itu, korang pergi la buat NEW POST and then taiplah ikut sukahati korang, lepas tu HIGHLITE kan word yang korang nak letakkan dalam kotak and then klik butang QUOTE yang bertanda koma macam ini;


*Klik gambarajah


KALAU anda tak jumpa code blockquote, anda boleh terus copy code yang di beri dan paste kan sebelum;
]]></b:skin>
Ok, SELAMAT MENCUBA!

Ahad, 21 Ogos 2011

Cara Membuat Email Filter Di Yahoo Untuk Facebook

Hye..camat malam korang. Dah berapa hari tak update blog gara-gara kebizian menyediakan kuih muih untuk hari raya *okeh tipu! macam la aku rajin sangat nak buat kuih raya bagai kan, kuih tunjuk je tiap-tiap tahun. Ok aku sekarang tengah mengemaskini akaun email yahoo aku. Lama-lama tak bukak mak oiii bersepah macam tongkang pecah dah. aish! Korang ingat dekat nak raya ni korang kena kemas rumah je ke? email-email korang yang bersepah tu sape nak kemas? kuix3. So disini aku nak bagi sedikit tips macam mana cara korang nak kemaskinikan email-email korang terutamanya email dari pesbuk korang tu. 


ini contoh emel pesbuk yang bersepah mak oiii...serabut gile mata memandang...hu hu!

Ala aku tau ler korang sume ada pesbuk kan. Nenek jiran sebelah umah aku pun ada pesbuk ko tau! ko mampu??? hehe. Jadi mesti setiap notification pesbuk akan masuk dalam emel korang tiap-tiap hari kan. Kalau jenis macam aku sebulan sekali baru rajin nak cek emel alamak aiii memang banjir la dengan emel-emel dari pesbuk mak oiiii. Letih dek dek non nak men "delete" bagai kan. So untuk memudahkan keje korang mengasingkan emel pesbuk korang dengan emel-emel yang lain, begini caranya okeh ^__^. Ha sebelum tu nak pesan sikit *sape-sape yang dah tahu duk diam je ye, ni tips untuk newbie2 macam ai je tau! kui kui kui...

Mula-mula SIGN IN email yahoo korang yer...



Then, klik add pada bahagian Folders seperti gambar diatas untuk membuat folder baru. Selepas itu, isikan perkataan Facebook.


Lepas tu korang klik option dekat bahagian atas sekali seperti gambarajah di atas ye dan seterusnya klik Mail Option okeh. Lepas tu akan keluar macam gambarajah di bawah...




Dan tekan pada Filters dan klik Add Filters. Korang ikut sebijik-sebijik macam aku buat seperti gambar kat atas tu iaitu Iaitu pada bahagian Filter name isikan Facebook. Pada bahagian sender isikan Facebook jugak. Dan pada bahagian Move to folder pilih folder yang telah dibuat sebelum itu iaitu facebook. Akhir sekali klik Save Changes. Selesai, segala email dari facebook korang akan masuk ke dalam folder facebook seperti gambar di bawah.



Dan sekarang, emel-emel dari pesbuk korang takkan bersepah-sepah lagi dah kat dalam inbox korang. Selain tu korang boleh asingkan emel-emel by group yang korang join ikut step yang sama jugak macam di atas ni. So, selamat mencuba ye korang ^__^

Selasa, 12 Oktober 2010

Tutorial Cara Nak Memasang YM Online


I baru je letak icon YM {Yahoo Messenger} online dalam blog i. Cantik tak cantik tak? Bukan gambar i tu  yang i tanya cantik ke tak, i tahu la i tak cantik mana kan tapi manis tu ado. hehe =) i tak kate tapi worang la kate kan. haha!! I tanye cantik tak YM online yang i petakkan kaler merah tu u ols? Lawa kan. So, kalau korang nak letak jugak kat blog korang meh i tunjuk caranya macam mana. Ye i tahu i bukan la pandai sangat nak bagi tutorial dekat u ols u ols sume kan tapi sharing is caring right? I know la ramai yang dah tahu pasal nie kan, tapi i tunjuk kat u ols u ols yang baru je nak berjinak-jinak dalam blog neh =) peace! yang dah tahu tu diam-diam sudah la yerk! Caranya mudah jer. Mula-mula masuk kat laman web ni CLICK SINI. Jangan masuk kat tempat lain pulak yer!hehe...

 Klik kasi besar...

Lepas dah masuk laman web tu, korang choose la mana-mana icon yang tertarik menarik lagi kedaboom yang korang suka tu. Bila dah choose tu korang just letakkan ID {id je yer...}  korang kat kotak macam kat atas tu ha. Tak perlu letak yahoo.com ataupun ymail.com pun. Nanti kalau letak jugak ha mulalah dia tak tukar status kat icon tu walaupon korang tengah online. ade paham!huhu. Ok and then korang tekan butang SUBMIT. Lepas tuh kuarlah code html tu. Korang copy and paste jer la dekat mana-mana dalam blog korang tue. Caranya pegi kat:

Layout-Page Element-Add Gadget-HTML/Javasript

Habis dah? Senang giler kan macam makan kacang jer. huhu!!!So selamat mencuba =)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tutorial Paparkan Bendera Malaysia Di Penjuru Blog

Lagi 4 hari nak merdeka. So, apa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia? Nak berperang dengan orang jepun macam orang dulu-dulu tu memang la dah tak boleh kan. Pasai bendera Union Jack dah lama dijatuhkan. Oleh itu apa yang patut kita lakukan ialah mengibarkan bendera Malaysia yang tercinta. Kalau yang ada kenderaan bolehlah kibarkan bendera kasi letak kat kenderaan korang. Tak perlulah bendera yang besar bapak macam gajah tapi yang kecik punya bendera Malaysia pon ok.

Sebagai seorang blogger kita juga boleh mngibarkan bendera tau! Macam korang tengok kat tepi penjuru blog ak tu ha. Nampak ada bendera Malaysia sedang berkibar dengan gahnya. Cewahh!! Ok korang nak tahu tak macam mana cara nak paparkan bendera Malaysia macam kat blog ak ni. Senang je caranya, ak dapat tutorial ni dari blog Melz@Romeo. Sape tak kenal dia kan kan...=)


Ok mari kita ikut step macam kat bawah ni ha;


So caranya mudah jer. Kalau korang pengguna WordPress ikut step ni

Pergi ke dashboard (wp-admin) > Appearance > Widgets dan Copy and paste code yang diberi

Kalau korang pengguna Blogspot ikut step ni

pergi ke dashboard (blogger.com) > Design > Add a Gadget > Html/Javacsript > Copy and Paste code yang diberi

Code
*
*
*

p/s:
Boleh amik kat blog Melz@Romeo.