expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label Tips Pelbagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Pelbagai. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Tip Bekerja Sambil Beribadah

Ramai yang leka bekerja sehingga lupa akan tuntutan terhadap agama. Ada yang terlalu mengejar kehendak pelanggan hinggakan terlepas untuk menunaikan solat fardhu hingga tanpa disedari kita sudah menjadi hamba duit ataupun hamba kepada dunia.

Orang cerdik pandai ada menyebut letakkan dunia di tangan jangan di hati. Ini kerana apabila dunia berada di tangan ia senang untuk dikendalikan tetapi apabila letakkan dunia di hati ia akan dicintai dan dunia yang akan mengawal kehidupan manusia.

Jadi tidak mustahillah kita akan bekerja bermati-matian hingga lupa mati boleh datang bila-bila masa. Jadi di sini ada beberapa tip untuk kita bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.


1. Memasang niat yang betul

         Pasangkan niat keluar bekerja mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga dan juga keluar bekerja kerana Allah s.w.t. Jika memasang niat yang betul, hati akan menjadi tenang sepanjang melakukan kerja dan kerja-kerja yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada rasa tekanan ataupun dengan fikiran yang berserabut.
         Alangkah ruginya sekiranya tidak diniatkan di hati keluar bekerja kerana Allah kerana seharian bekerja hanyalah sia-sia. Kerja itu satu ibadah, jadi jika dipasangkan niat yang betul supaya mudah mendapat pahala hanya kerana keluar bekerja.

2. Amanah ketika bekerja

         Amanah juga merangkumi jujur terhadap waktu bekerja. Seandainya anda sering terdedah dengan waktu kerja di luar elakkan 'mencuri' waktu itu untuk kepentingan peribadi. Contohnya selesai berjumpa pelanggan dan sebagainya gunakan waktu itu untuk melepak bersama rakan-rakan untuk seketika. Itu juga dikira tidah amanah.
         Pekerja yang tidak amanah dalam waktu bekerjanya akan dihimpit dengan rezeki yang tidak berkat. Di sinilah berlakunya masalah kewangan walaupun gaji atau upah yang diterima tiap-tiap bulan agak lumayan tetapi masih menghadapi masalah kewangan.
         Oleh itu, bekerjalah bersungguh-sungguh dan penuh amanah agar kerja itu memberi manfaat kepada orang lain. Ini kerana orang yang baik adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

3. Sentiasa berzikir dalam hati

         Ketika tangan sibuk mengetuk papan kekunci komputer menyiapkan kerja, tidak salah andai hati dan lidah dibasahkan dengan zikir kepada Allah s.w.t. Perkara ini tidak susah untuk dilakukan tetapi ia perlu dibiasakan.
         Apabila sudah biasa dan sebati ia bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Amalan solat sunat Dhuha juga amatlah dituntut ketika bekerja. Ini adalah salah satu cara untuk memohon agar rezeki yang diberikan itu rezeki yang baik, halal dan menenangkan.

4. Jangan lengahkan solat fardhu

         Solat fardhu adalah tuntutan kepada setiap orang yang beragama islam dan ia juga adalah tiang agama. Dalam kesibukan bekerja ada yang terlepas waktu menunaikan solat dan dek kerana kesibukan masa solat berlalu begitu sahaja.
         Jadi kita tidak boleh menunggu hingga selesai semua kerja untuk menunaikan solat kerana kerja itu tidak pernah akan selesai. Jadi kita perlu sediakan sekian-sekian waktu adalah untuk menunaikan solat.
         Jangan hanya fikirkan untuk melangsaikan tanggungjawab kepada majikan kerana Allah s.w.t adalah majikan kepada seluruh umat manusia.

5. Gunakan gaji atau upah ke jalan yang betul

         Belanjakanlah gaji atau upah yang diterima dengan cara yang sebaik mungkin. Manfaatkan pendapatan iut untuk menyara keluarga dan diri sendiri tanpa membazir kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
         Salurkan sedikit gaji itu untuk ibu bapa dan membayar zakat untuk mendapat lebih keberkatan dan sentiasa berasa tenang dengan wang yang ada.



Khamis, 3 November 2011

Amalan 5S At My Workstation

Salam ^^


Selamat pagi cinta  

Kemain jiwang nak mam*** di pepagi hari. Biasalah di kala hati sedang dilanda bunga-bunga cinta  hik! hik! hik! *konon ketawa dengan ayunya...puiii!!!

Dah dah la merepek. huhu! Sekarang ni dekat my ofis kemain bizi masing-masing dengan 5S. Apa itu 5S ? Mari kita mulakan sesi pembelajaran... huhu!

5S merupakan rujukan kepada satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud:
  • Seiri
  •  (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
  • Seiton
  •  (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  • Seiso
  •  (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
  • Seiketsu
  •  (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
  • Shitsuke
  •  (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.

Terima kasih wikipedia. ^^

"Ooo...dah tahuuuuuu...."

Tak pe...tak pe...Demi semangat waja untuk mendapatkan Persijilan 5S aku pon mengamalkan 5S at my workstation. In progress lagi. Antara yang telah dilakukan :


Alat-alat tulis di dalam kabinet disusun dengan rapi dan telah di tagged. Aku lupa nak capture gambar sebelum. Adeh! pelupa tak habis-habis. huhu. Nampak lebih kemas, tersusun dan mudah untuk dikesan.


Cop-cop rasmi juga telah dilabelkan dengan nombor-nombor dan tersusun rapi di stamp holder yang disediakan. Senang dan mudah untuk digunakan selepas ini.


Ini pulak peralatan untuk menulis yang telah diasingkan mengikut warna pen. In Progress. Sedap mata memandang weh! Bekas mesti nak kaler pink jugak. Hantu pink sungguh. haha!

Itu je lah yang sempat aku lakukan setakat ini. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum pengauditan Persijilan Amalan Berkualiti 5S nanti. Bagi aku amalan 5S ini sangat bagus diamalkan di tempat kerja mahupun di rumah sekalipun. Amalan 5S ini akan menjadikan kita seorang yang lebih berdisiplin, kemas, teratur, tersusun, bersih dan apa yang paling penting ialah keselesaan. 

Sentiasalah mengamalkan 5S tak kira dimana jua anda berada. *dah macam iklan la pulak. hik hik hik! Tak sangka pulak dapat pujian workstation terbaik, terbersih, terkemas dari audit 5S. Aku kalau bab-bab mengemas ni serah la kat aku, aku memang suka sangat...

Sekian melaporkan dari bilik kerja ku.

Okeh babai.


Selasa, 24 Ogos 2010

Tips Di Bulan Ramadhan


1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.

2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.

3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT

Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"

4) KURMA DAN KESUBURAN?

Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.
Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.
Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual
Serbuk Debunga Kurma ini. Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk
ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita
yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

Wallahualam..
Semoga Bermanfaat

Sabtu, 22 Mei 2010

Tips : Tangani Stress

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B..
  1. Bertenang
  2. Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  3. Bernafas secara dalam
  4. Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  5. Berkata : Relakslah... .
  6. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  7. Beribadat
  8. Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  9. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
  10. Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  11. Berurut
  12. Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  13. Berehat & mendengar muzik
  14. Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  15. Beriadah
  16. Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  17. Bersenam
  18. Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  19. Berfikiran Positif
  20. Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.


p/s: ak ni selalu jugak stress..so baik kita cuba amalkan tips ini keh! ^_____*





 

Isnin, 10 Mei 2010

Pandu Uji Secukupnya Sebelum Membeli Kereta Terpakai


Badan kereta yang cantik dan cat berkilat - tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.
Langkah pertama, buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya.
Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
Uji Enjin

Selepas itu 
hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak.
Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin di'overhaul' sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu.

Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, 
matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.
Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
Uji Pandu Kereta

Jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa 
membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat, cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang dirancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 km/j, 
tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 km/j dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

Tingkatkan kelajuan hingga 25 - 30 km/j kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 km/j. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji 
transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30km/j dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Kemudian pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.
Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 km/j. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu 
balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80km/j. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
Kembali semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda 
membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa 
ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.


 p/s:  ak pon beli kereta terpakai jerk!x mmpu nak beli yg baru...huhu

Rabu, 31 Mac 2010

Tips : Kempiskan Perut Buncit

Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya. Tips berikut sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan dirinya boroi!

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

p/s:
org kate tummy ak dh x de..
mgkin sbb ak amalkn mkn nsi dlu..
lps sejam bru minum air..dan satu lg..mandi dlu sblom mkn..
jgn mkn dlu pastu mndi..org tua2 kte perut buncit..

Khamis, 28 Januari 2010

Lapan (8) Cara Untuk Akrab Dengan Rakan Sekerja



Apa jua cabang kerjaya anda ceburi ( M , N , S , F , W , B , J , etc ) hubungan yang baik sesama rakan sekerja penting demi mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan seterusnya memudahkan segala urusan. Jika hubungan itu baik, maka eloklah juga mood kerja anda. Namun jika sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja. Berikut adalah tip tip penting bagaimana untuk mewujudkan hubungan yang akhrab sesame rakan sekerja :

1.      Saling bertegur sapa.
Pernahkah anda terpikir untuk tidak menegur rakan sekerja kerana merasakan mereka tiada kena mengena dengan urusan anda? Kikis sikap sebegini kerana ia ternyata silap sama sekali. Mungkin anda tercari cari topic untuk memulakan bicara untuk di bincangkan. Jika susah sangat, memadailah memulakannya dengan senyuman ikhlas atau ucapan salam.

2.      Mengingati nama rakan sekerja.
Sejauh mana anda mengingati nama kesemua rakan sekerja anda? Jika hal semudah itu pun anda abaikan, maka hubungan itu boleh renggang dengan sendirinya. Jadi rajinkan diri menyebut nama mereka setiap kali bersua muka walau pun hanya dengan nama gelaran. Alangkah mesranya jika anda turut memberikan salam atau pun ucapan selamat kepada mereka.

3.      Elakkan berprasangka buruk.
Setiap rakan sekerja mempunyai ragamnya yang tersendiri. Jika, sebagai seorang yang belum benar benar mengenali, anda sama sekali tidak digalakkan untuk melabel apatah lagi menghukum seseorang. Usah terus mempercayai cerita orang tanpa mengenali individu berkenaan. Mungkin apa yang dikatakan hanyalah khabar angin yang ditokok tambah. Kenali individu tersebut, mana tahu anda mungkin serasi denganya.

4.      Rajin menghulurkan bantuan
Menghulurkan bantuan adalah perkara yang sangat baik. Jadi, mengapa tidak dilakukan kepada rakan setugas? Jenis bantuan itu bagaimanapun terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda sendiri. Tawarkan diri jika anda mahu membantu rakan setugas yang mungkin dalam kesulitan. Rasanya bukan satu masalah besar jika anda mahu menumpangkan mereka ke gerai makanan.

5.      Saling bertukar pendapat.
Alternatif lain untuk merapatkan hubunmgan denagna rakan sekerja ialah dengan menanyakan pendapat mereka. Pasti mereka mempunyai pendapat berlainan yang mungkin mampu meningkatkan laagi prestasi kerja anda. Dalam kerjasama itu, secara perlahan – lahan hubungan yang terjalin akaan bertambah erat.

6.      Melakukan aktiviti riadah bersama.
Bersosial bersama rakan sekerja di luar waktu pejabat adalah cara paling efektif dalam menjalinkan hubungan sesame rakan sekerja. Tuan mungkin boleh keluar makan, membeli belah, menonton wayang atau menjalankan apa jua jenis aktiviti yang disukai. Paling tidak pun anda boleh menghadiri majalis perkahwinan rakan sekerja dan pastinya mereka yang lain ada disana. Dari situ, anda boleh memulakan perbualan ringan yang bakal menjadi permulaan kemesraan.

7.      Elak tunjuk pandai berlebihan.
Bagi yang sudah mengenali, elakkan daripada menunjuk pandai diawal perkenalan. Gunakan saat saat itu untuk lebih memahami individu terbabit. Jangan apula anda menjolok sarang tebuan kerana hubungan bukan sahaja akan bertambah renggang bahkan mampu mencetuskan pergaduhan. Anda amungkin mempunyai pendapat sendiri namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkanya. Van vanite...

8.      Saling bergurau senda.
Bergurau senda mmepmpunyai elemen magis dalam merapatkan hunbungan sesame manusia. Jadi tonjolkannya secara semula jadi jika anda memiliki sifat itu. Namun, usah keterlaaluan sehingga menyentuh sensitivity seseorang, terutamanya orang yang baaru anda kenali. Dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri. Mungkin  anda sesorang yang tidak kreatif untuk bergurau, namun pasti aka nada yang masih boleh ketawa. Itu sudah cukup untuk satu permulaan yang baik.

p/s:
marilah kita sama-sama mengamalkannya...
mudah-mudahan kita seronok bekerja di tmpt skrg...
masalah sentiasa ada...cuma how to manage ur problem that??
be a good person..sentiasalah memberi drpd menerima..
chayokkk!!!