Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2019

Dessert Thai Viral

Salam Ramadhan Ke-23


Alhamdulillah kita dah memasuki fasa terakhir Ramadan yang mana pada 10 akhir bulan mulia ini, umat Islam semua diseru melipat gandakan amalan kepada Allah.

Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar.

Ia adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah di dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan." 

InsyaAllah semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar :)




Ni makanan yang viral baru baru ni, snek dessert Thai yang ada susu caramel dengan cincau madu yang chewy gitu, tapi aku rasa takda la susah sangat nak buat dia, serius!
Episode ni narration malas sikit..tengok cara-cara nak buat dessert ni senang sangat! budak tadika pon boleh buat. Aku pon try la jugak buat. hehe





Bahan-bahan:

1 blok cincau madu 
1 cawan susu segar, sejuk, apa2 brand boleh 
1 tin susu pekat manis 
1 cawan ais 
1 cawan selasih yang dah dimasak dengan air panas 


Ok tu je bahan-bahan dia. Senang je kan ???




1 block grassjelly honey flavoured
Cincau cari yang jenis kenyal and chewy, biasa dalam bentuk blok, bukan dalam bentuk tube



Cincau dipotong bentuk dadu


1 cup of fresh milk, refrigerated, any brand
1 can thick creamer
Panaskan susu pekat manis dalam rice cooker selama 3 jam, make sure buang dulu label tu


1 cup of ice cubes
1 cup basil, soaked in hot water




Cara-cara nak buat dia senang giler u olsssss.....



Lepas 3 jam, susu pekat manis tu patutnya dah bertukar jadi caramel, buka bila dah sejuk
Masukkan caramel tadi ke dalam mangkuk bersama beberapa biji air batu





Masukkan cincau dan selasih yang sudah dipanaskan






Last sekali masukkan susu fresh milk





Kacau-kacau sampai semua sebati. 





Dessert Thai is doneeee.... :)
Sangat sesuai dihidangkan ketika waktu berbuka puasa.
Time musim panas macam ni memang sesuai sangat buat dessert ni. Sejuk anak tekak!



Siapa yang nak mencuba resipi ni selamat mencuba :D



Rabu, 22 Mei 2019

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Ringkas

Salam Ramadhan Ke - 17

Iftar semalam suami request nak makan ayam masak lomak cili api podeh bak kato ore nogori sembilan...sebut masak lomak cili api memang terkenal la di nogori smilan yo...org timur pon pandai buat masak lomak cili api tau...ni resipi paling mudah la nak buat! 😉



 

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
1 mangkuk Santan
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
1 batang serai diketuk


Bahan tumbuk halus:

5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
5 - 8 tangkai cili merah
1 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah


Cara membuatnya:


Perap ayam dengan garam sikit dalam 30 minit hingga 1 jam. 


Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang nak lumat.


Lesung batu turun temurun yang banyak berjasa menyedapkan masakan aku. Eceh! Aku kalau masak apa-apa memang suka tumbuk pakai lesung batu. Lagi sedap la rasa nya.


Ambik ayam yang telah diperap letak dalam periuk


Letak bahan yang ditumbuk halus tadi


Masukkan air sedikit untuk rebus dulu ayam tu sampai empuk


Letak asam keping


Masukkan serai yang telah diketuk


Biarkan mendidih sampai ayam tu masak


Dah agak nak masak ayam tu terus masukkan santan. Santan letak kemudian baru tak berketul bila masak. Masak santan tu sampai pecah minyak


Taraaaa!!! Ayam masak lemak cili api is doneee...


Siap dihidang untuk dimakan. Warna Kuning dia tuuu menggoda sungguh! 


Makan dengan nasi, telur masin, ulam timun. Menjilat jari habaq hang...

Selamat mencuba 😊

Selasa, 21 Mei 2019

Resipi Ayam Berempah Pandan Style Mudah Dan Sedap

Salam Ramadhan Ke-16

Iftar semalam aku buat ayam berempah pandan style.
So hari ni aku nak share resipi nya...senang je nak buat! :)




Bahan-bahannya:


ayam dipotong saiz sederhana
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Rempah Kari Ayam / Daging Adabi


Bahan-bahan yang ditumbuk halus:

4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci lengkuas*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*

daun pandan saiz besar
serta
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:
:
:
:
:


mula-mula basuh ayam bersih-bersih sampai putih melepak. Potong ayam saiz sederhana, tak besar sangat dan tak kecik sangat.

Perah air asam limau nipis dan perapkan sekejap untuk hilangkan bau hanyir ayam tu. Perap dalam 10 minit je. Pastu perapkan ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama rempah kari ayam/daging. Perap dalam 3 jam macam tu atau semalaman nak bagi bahan tu sebati dengan ayam.

Aku apa-apa memang prefer tumbuk guna lesung batu dari pakai blender. Cara tradisional tu lagi sedap la rasa dia sebab bila tumbuk dia tak hancuss sangat bahan-bahan dia. Tapi kalau korang nak cepat blender je la senang!


Dah perap ayam tu, pastu sediakan daun pandan yang bersaiz besar dan cuci bersih-bersih dulu ye. lap dan keringkan.
Belambak daun pandan belakang rumah aku ni. Boleh buat ayam pandan style hari-hari la cenggini. 



Daun pandan disimpulkan sebagaimana simpulan bahasa cinta kita...eceh! :)



Letak ayam berempah yang telah siap diperap tadi tu ke dalam corong daun pandan itu.



Ambik daun yang bahagian panjang tarik masuk lubang kat bawah tu. Tarik pelan-pelan dan kemaskan



Pastu terbalikkan dan daun yang lebih tu selit bawak naik atas



tarik dan kemaskan supaya ayam tu sesedap rasa duduk dalam tu. Bila nak masak nanti tak de la ayam terkeluar dari daun pandan tu.Taraaaa!! jadi la bentuk macam nie..



Potong bahagian yang panjang tu bagi pendek sikit macam ni. Ok Done!


Senang ke susah nak buat ni ? apa tak paham macam mana nak simpulkan dia ?
Nah video ni khas untuk memudahkan korang nak follow ye...









ulang step yang sama untuk ayam-ayam yang seterusnya okay...
Pastu panaskan minyak dan siap untuk dimasak.



Gorengkan ayam dengan minyak yang sederhana sampai ayam tu masak. Jangan kuat sangat api tu nanti kang hangit pulak. kah kah!



Tengah menggoreng tu dia punya bau daun pandan tu perghhh wangi sampai satu rumah bau!



Ayam berempah pandan style is doneeee...



Boleh dimakan dengan sos kegemaran korang. Makan dengan nasi lemak pon best ni!
Suka hati korang la nak makan dengan apa pon :)

Ok selamat mencuba resipi ini :)




Khamis, 16 Mei 2019

Resipi Kek Batik Mudah Dan Sedap

Salam Ramadhan yang ke 11. Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan yang ke 11 dah ye. Cepat nya masa berlalu tup tup dua minggu lagi kita semua umat islam akan menyambut Hari raya Aidilfitri. Selamat berpuasa ye semua pengunjung blog saya yang beragama islam. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita Hamba Allah yang lebih baik dan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaAllah Aamiin...

Hari ni rasa nak share resipi Kek Batik yang sedap dan paling mudah kat dunia. Lama dah tak buat kek batik ni. Tapi sejak suami saya tengok drama "CINTA TANPA HENTI" kat Tv3 hari tu lakonan Aeril Zafril dan Elizad Sharifuddin sebagai hero dan heroin tu, dia hari-hari jugak la mintak nak makan kek batik ni. Katanya macam sedap je tengok kek batik dalam drama tu.

Maka apa lagi, terus saya buatkan kek batik untuk suami yang tengah mengidam tu. huhu.


Bahan-bahan diperlukan ikut resipi mudah je, asal jadi sudah la ye.

  • Biskut Meri (satu paket)
  • Milo (sepaket yang paling kecik)
  • Susu pekat manis (1/2 tin je tapi kalau rase suke manis letak la setin tu)
  • Buttercup (250gm)


Kan saya dah cakap simple je. Ok ada orang dia letak esen vanilla nak bagi sedap lagi rasa dia tapi saya buat yang mana dah ada kat rumah je. yang penting jadi jugak. ada jugak yang buat kek batik letak telur tapi saya dan suami tak makan telur. Kan dah kata resipi kek batik ni mudah je memang mudah je la bahan-bahan dia. hehe.


Ok, cara-cara nak buat dia senang aje...


  • Mula-mula cairkan buttercup dalam periuk/kuali
  • lepas tu letak sekali milo sepaket kecik dan susu 1/2 tin je. tu pon dah manis gile rasa. mungkin sebab saya dan suami jenis tak suke manis sangat kan. kalau korang suka manis korang letak la lebih sikit, tapi kalau letak setin rasanya manis sangat kot. 
  • lepas tu kacau laju-laju jangan bagi ketol-ketol bahan tu dengan api yang sederhana. 
  • last sekali korang masukkan biskut meri yang dipatahkan 4 bahagian.




Dan inilah dia hasilnya bila dah masakkan dia. angkat dan letak dalam loyang lepas tu masukkan dalam peti almost semalaman. tapi kalau rasa dah tak sabar sangat nak makan tu, at least 4 hours pon dah boleh makan. Saya punya kek batik ni kering-kering sikit. ada orang dia suka melekit lekit dan lembab kan. terpulang citarasa korang macam mana.


So inilah kejadiannya setelah kita keluarkan dari peti. Potong cantik-cantik dan nak rasa sedap dan enak lagi kita siramkan kek batik kita tadi dengan coklat yang telah dicairkan. Nyum nyum...jemput makan semua.

Ok, Thanks sudi baca ^^



Ahad, 9 April 2017

Resipi Chicken Nugget (Homemade)


Siapa suka makan nugget ? Aku memang penggemar nugget ayam ni sejak dari zaman sekolah lagi. Masih ingat lagi dulu kan, lepas balik dari sekolah mesti akan singgah kedai makcik jual makanan depan sekolah sambil tunggu bas. Nugget dulu yang paling saya suka yang jenis bentuk-bentuk LOVE tu. Sedap sangat bila dimakan dengan sos cili. Bila dah dewasa ni aku dah jadi semakin menitik beratkan soal makanan ni sejak-sejak berat badan semakin bertambah ni.

For me Nugget instant yg dijual di pasaran sangat tidak bagus untuk dimakan ye sebab banyak bahan pengawet dan perasa tambahan. Lagipun harganya juga agak mahal sekarang.

So, disebabkan itu saya sediakan resipi Nugget Ayam (homemade) ni untuk anda yang sukakan makanan yang sihat dan berkhasiat tanpa bahan pengawet gituuu...😋 Resipi ini sangat sesuai untuk korang yang sedang berdiet.

Ni resipi saya ye sayang sayang...

Bahan-bahan (dikisar halus):

  • 1 biji telur
  • Dada ayam
  • Brokoli
  • Daun ketumbar
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih


Buat bentuk ikut suke an then kukus dalam 10 minit je. Siap dikukus korang letak dalam freezer and boleh terus goreng bila-bila masa je.


Nugget ayam yang telah siap dikukus akan menjadi seperti ini. Bentuk la ikut suka hati korang asalkan rasa tu sedap jadi la. Aku buat bentuk bulat-bulat je senang. Tak payah nak menyusahkan diri.

Resipi yang sangat mudah dan ringkas saje. Kalau korang nak tambah bahan-bahan lain terpulang lah boleh saja. Macam korang rase takut adunan jadi lembik sebab tak letak tepung korang boleh je letak tepung tu. Aku tak letak tepung sebab aku tengah berdiet lagi. Lagipun tak lembik sangat pon adunan tu walaupun tak letak tepung ye. Untuk ibu2 yang ade masalah anak anak yang tak suka makan sayur tu, menu ni sangat sesuai ye. So boleh cuba ye menu sihat dari saya.

Semoga bermanfaat ye semua...

Thanks sudi baca.


Jumaat, 14 November 2014

Resipi Laksa Penang


Alhamdulillah rezeki untuk hari ini. Banyak giler makan malam ni sampai kembong perut macam ape dah. hik hik hik! Hari ni ai masak laksa penang dengan housemate ai. Laksa Penang ni salah satu makanan favourite ai okeh. Before this kalau terasa nak makan Laksa Penang ai cuma beli dekat kedai aje. Tapi disebabkan ni adalah makanan favourite ai kan, so ai nak belajar cara nak buat Laksa Penang pulak. Kebetolan housemate ai ni terror bab masak-masak ni so ai apa lagi take this time untuk belajar masak-masak dengan dia. Mean bukan ai tak pandai masak langsung okeh tapi masak-masak ala-ala kampung tu boleh lah. Housemate ai masak memang sedap-sedap tau. Boleh bukak restoran la lepas ni. hehe.


Mula-mula tu kan ai ingatkan nak buat Laksa Penang ni cerewet tau.. tapi rupanya bila tengok housemate ai buat, eh! senang giler la macam makan kacang ngan yin je. Resipi Laksa Penang kitorang buat ni simple je tapi sedap tak terkata. Jauh lebih sedap dari Laksa Penang yang ai selalu beli kat kedai-kedai tu. eceh! (tak sah tak angkat bakul sendiri kan ?) ahaks... yang penting masak sendiri puas hati giler sebab boleh makan banyak-banyak sampai pengsan.


Okeh resipi ni aku saje post kat sini senang nanti aku nak flashback balik lepas-lepas ni kan. Ai kan asyik pelupa je kan, nak-nak kalau jarang-jarang buat ni memang mudah sangat lupa. So selain share-share resipi kat sini ai boleh buat rujukan di masa akan datang. eceh.. inilah dia resipi nak buat Laksa Penang ;



Bahan-bahan laksa ( 3 orang makan );
  • 1 paket laksa beras (cap apa-apa pon tak kesah)


  • Bahan kuah laksa;
  • 1 kg ikan selayang / kembong
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3-5 ulas bawang merah
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 8-10 sudu makan cili giling
  • 5-10 biji cili padi
  • segenggam daun kesum
  • 1-3 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa


  • Bahan ulam laksa;
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau nipis / kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris

Cara-cara;
  1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'. Laksa ditoskan dan diketepikan
  2. Kuah laksa Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi
  3. Ikan rebus diperisikan lalu ditumbuk/dikisar. Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang ikan turut dikisar. Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi jugak
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili padi. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi. Kemudian, panaskan periuk
  5. Masukkan cili giling
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
  7. Kacau perlahan-lahan. Masak hingga mendidih. Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya. Bubuhkan garam secukup rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya. 



.. seronok makan beramai-ramai >___< .. jempot makan .. hihi :P
(yang kuah banyak tu ai punye la tuu..tak sah kalau tak amik kuah banyak-banyak..ai kan ratu makan kuah banyak..baru sedap bai )

Senang dan mudah je kan ? sambil tutup mata pon leh buat neh. haha! Kalau rasa nak makan lepas ni ai dah boleh masak sendiri dah dan boleh masak untuk bakal suami jugak .. yeayyy! hihi. K la kalau rasa nak cuba buat boleh amik ini resipi ye. 

Selamat menjamu selera ^^


Sabtu, 26 Oktober 2013

Resipi Agar-Agar Oreo

Assalamualaikum...Hi ^_^

Lamanya tak update blog. rindu sesangat kat blog kite. first update entry untuk bulan Oktober ni. bagus sangat la kan. hek hek! sebenarnya kite selalu je bukak blog kite tapi kite cuma tak de idea nak update padahal dalam kepala otak kite macam-macam je nak update kat sini. sabo je lah...hihi

Kite kan nak share satu resipi yang kita try ni. pertama kali buat menjadi dan sedap pulak rasenya. ok fine terangkat bakul sendiri. ok ok letak balik bakul tu. hehe. masa raya haji baru ni kite cuti panjang dan ade kat kampung so, banyak masa kite rajin la turun ke dapur cuba macam-macam resipi. rajin tak kite? hek hek! ciri-ciri isteri mithali tu ade dah sikit-sikit. kikiki...

Ok kite tunjuk gambar dulu yerp...

tertelan air liur pulak bile tengok gambar ni. korang jangan telan air liur pulak k. kite nak share resipi je kat sini. kat pesbuk pon ramai yang mintak resipi ni. simple je resipi nya...

Bahan2:

1) serbuk agar2 satu paket
2) oreo 1 paket
3) susu cair 1/2 tin
4) milo 250gm
5) air 1 liter
6) gula 250gm (kalau suke manis letak banyak)

Cara memasak:

- masukkan serbuk agar2, susu cair dan gula dan masak sampai mendidih.
- lps tu asingkan separuh2 kepada dua bekas
- 1 bekas letak milo
- satu bekas lagi diletakkan oreo yang dipatahkan 2.
- bila lapisan bawah yang diletakkan oreo td dah keras sedikit baru letakkan lapisan milo di atasnya.
- masukkan dalam peti dan sedia untuk dihidangkan.
Ok tu je. mudah kan? so lepas ni korang leh la try buat yerp...selamat menjamu selera la ye.

Ok tenkiu sudi baca blog kite ^^