Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2019

Petua Hilangkan Ulser Dalam Mulut

Assalamualaikum ❤


Dah 4 hari aku mengalami ulser di mulut. Lepas 3 hari ulser kat mulut dah okay tiba-tiba datang pulak ulser di lidah. Mak aihhhh!!! sakitnya ulser dekat lidah tak terperi rasanya sampai kadang rasa nak marah orang je. huhu. Nak bercakap pon tak de mood dan dah berapa hari jugak la aku takde selera nak makan apetah lagi nak makan makanan yang pedas-pedas. Fuh! jarang-jarang terkena ulser di lidah ni, itupun disebabkan aku tergigit lidah masa mengunyah makanan bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit" ye sampai ulser dibuatnya. hehe.




Inilah diantara punca-punca menyebabkan terjadinya ulser di mulut yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Biasa kalau ulser kat mulut cepat je baik, dalam 3 hari pon dah ok tapi kalau ulser kat lidah ni dah 4 hari pon belum sembuh lagi malah rasa semakin sakit dari hari ke hari. So, aku cuba cari petua cara tradisional untuk merawat ulser dan aku kongsikan untuk korang yang juga mengalami masalah yang sama dengan aku.


1. Air garam

Berkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.


Walau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan. Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:
Ambil satu sudu garam. Boleh gunakan apa sahaja jenis garam yang ada di dapur anda.
Larutkan dalam secawan air panas.
Pastikan garam betul-betul larut. Kacau dengan sudu.
Tunggu sehingga suhu air larutan garam menjadi sedikit suam.
Berkumur, fokuskan air garam supaya sampai kepada ulser.
Berkumur selama mana anda mampu menahan kesakitan.
Buang air garam.
Jangan bilas dengan air biasa. Biarkan air garam melekat pada ulser.
Ulang sekerap yang anda mampu. Lagi kerap anda berkumur dengan air garam, lagi cepat ulser anda akan hilang.


2. Air kosong

Salah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.


3. Marjerin

Kalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.

4. Ubat gigi

Selain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.








5. Baking soda

Kat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Ambil sedikit baking soda dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.
Ambil sedikit baking soda, campurkan sedikit air sehingga menjadi pes. Tampalkan pes tadi pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.


6. Uncang teh

Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:
Rendam satu uncang teh sehingga kembang.
Angkat dari air panas dan tunggu sehingga uncang menjadi suam.
Tekapkan pada ulser.
Biar sehingga uncang menjadi sejuk.

7. Aloe vera

Aloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:
Ambil sebatang aloe vera.
Buang kulitnya, sehingga keluar isi berjeli.
Ambil jeli tersebut dan sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.


8. Madu

Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.

9. Madu & kunyit

Anda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:
Ambil setengah sudu kecil madu.
Ambil sedikit serbuk kunyit.
Campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati.
Sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.
Tak perlu dibilas. Biarkan sahaja campuran tadi kekal di dalam mulut.
Jika anda tertelan, tidak mengapa. 


10. Air kelapa muda

Air kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekerap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.

Setakat ni aku just amalkan minum air kosong banyak-banyak je. Alhamdulillah rasa sakit makin berkurangan sedikit. Kalau air garam ni memang tak sanggup nak buat sebab dah pernah try buat dulu rasa sakit dia menikam sungguh. Option aku gunakan bahan-bahan yang mana ada kat rumah je macam marjerin, ubat gigi or baking soda boleh la cuba. Harap-harap ulser di lidah aku ni cepat-cepat la baik sebab takde selera nak makan selagi tak okay. huhu. 

Semoga petua ini membantu korang yang ade masalah ulser  ye. 


Selasa, 1 Februari 2011

4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja



Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.
 
Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.
 

1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
 
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.
 
2. Fokus Pada Solusi.
 
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.
 
3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
 
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.
 
4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
 
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
 
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
 

Selasa, 2 November 2010

Petua Nak Hilangkan Sakit Tekak

hatoi!sakit tekak la pulak. Time sakit tekak ni nak makan pon tak lalu. Bukan maen sakit nak nelan makanan. huhu! So, ak nak bagi petua cara-cara nak hilangkan sakit tekak. Ak dah mencuba tadi memang rasa dah kurang sikit. Lega...ok cara-caranya;

Amik 3 sudu garam;
Lepas tu, campurkan dengan air sejuk;
 Kacau biar sebati lepas tu buat kumur, sebelum kau kumur tu baca la dulu selawat Nabi 3x.

Kita hanya mencuba dan berusaha. Yang mampu memulihkan hanya Allah s.w.t sahaja. =D

Isnin, 26 Julai 2010

Petua Membuang Toksik Dalam Badan


BAHAN-BAHAN:
1 Biji Epal
Daun Saleri


CARA-CARA:

1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.


NOTA:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Rabu, 14 Julai 2010

Petua mengurangkan masalah angin dalam badan.

Salam semua. Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.

Petuanya ialah bagaimana nak mengurangkan masalah angin dalam badan.

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;
 
Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.

 
 
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan

Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan. Apa yang perlu anda buat ialah,
  1. Cium atau hidu lah bau epal.
  2. Kemudian, makanlah epal tersebut.

p/s:
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan.
Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Isnin, 28 Jun 2010

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

*gambar sekadar hiasan...

1.    JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2.  AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.    MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5.    KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6.    AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7.    MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8.    KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan  snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan  marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari  kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatk! an anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik  untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Keti! ka memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , y! ang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula  kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25.  Beberapa aktiviti fizikal yang muda! h untuk langsing 
 
i.
      Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.    Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

Selasa, 8 Jun 2010

Petua : Resdung


gambar sekadar hiasan

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong, kerang dan juga ketam.

PETUA RESDUNG 3

Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 4

Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

PETUA RESDUNG 5

Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

PETUA RESDUNG 6

Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

PETUA RESDUNG 7

Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

PETUA RESDUNG 8

Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

PETUA RESDUNG 9
Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 10
Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.