expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2012

My Second Cek From Nuffnang Finally Arrived

Actually, petang semalam aku terima cek ni. Balik dari keje tengok ada dua sampul surat yang sama saiz nya. Satu sampul mintak hutang dari Celcom (amboi kemain cepat nooo anto bil). Satu lagi sampul yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya sampai jugak ke tangan aku. Alhamdulilllah rezeki untuk bulan ni. 


Walaunpun tak banyak sangat tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Duit ni nak buat saving je untuk masa akan datang. eceh! macam banyak je duit tu kan. hehe. Tak pe sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak. Aku ni memang jenis suka saving dari beli barang-barang yang tak berfaedah. Maksudnya dahulukan keperluan daripada kehendak. Kalau nak ikutkan kehendak dan hati ni macam-macam nak beli. Lebih-lebih lagi aku ni suka windows shopping. Nampak je benda yang aku berkenan mesti rasa nak beli, tapi tak boleh diikutkan nafsu ni. Sabar je lah.

Rabu, 13 April 2011

Cek Nuffnang

Salam semua...Hye,

Aku dah dapat cek Nuffnang yang pertama. Yeayyyy!!! Seronok tak terkata weh bila dapat cek pertama dari Nuffnang hasil daripada berblogging. Hah! sape yang kata berblogging ni membuang masa je? Tengok ni bukti hasil pendapatan dari blog aku ni walaupun ciput je tapi boleh la nak beli jajan buat stok untuk setahun. kahkahkah!!!

Gambar blur sebab capture by henpon cap ayam jerk! huhu...

Actually, aku dah dapat cek ni sejak seminggu yang lepas lagi. Tapi baru je sekarang sempat nak sharing dengan korang. Minggu lepas aku bizi sangat dengan aktiviti keluarga. Baru je semalam pergi bank cash deposit kan aku punya cek ni. Takut lama-lama nanti tak ingat nak cashkan terus not valid menangis tak berlagu karang. Berjanggut pulak nanti nak tunggu dapat yang baru. huhu.

Oh ya! dekat tempat aku tinggal ni tak ada Bank HSBC tau. So, aku pergi Maybank dimana aku mempunyai akaun bank tersebut dan terdapat mesin cash deposit untuk cek disitu. Korang tak perlu risau kalau kat tempat korang tak ada bank HSBC sebab kat mana-mana bank boleh cash cek ni. Cuma kalau korang pergi bank HSBC diorang akan bagi tunai terus. Tapi kalau pergi ke bank-bank lain terpaksa la korang tunggu beberapa hari untuk mendapatkan cash dan dimasukkan ke akaun bank korang nanti. Maybank biasa 3 hari dah proceed. Bank-bank lain macam BSN biasa 7 hari. Depends la services bank tersebut.

Sebelum masukkan cash kan cek tu, korang kena pastikan di belakang cek tersebut tuliskan nama penuh korang sama dengan nama penerima di cek tersebut. Lepas tu isikan no. akaun bank yang korang nak masukkan duit itu. Seterusnya masukkan no. telefon korang senang bank nak hubungi korang kalau-kalau ada masalah teknikal kat cek tu. Pastikan semuanya betul!

Rasa semakin bersemangat berblogging setelah dapat cek Nuffnang yang pertama ni. Sekarang ni pulak masih ada dua (2) Buffered Earnings sedang menari-nari di blog aku ni, harap-harap dalam masa terdekat ni dapat cash out lagi. hehe. Thank you Nuffnang. Thanks jugak dekat korang semua yang support this blog. Terharu sangat ni sebab ada jugak orang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. "You give me support, i'll will be support your blog too...". Amalkan give and take gitu kan. Yang penting jangan sombong dengan orang. Aku tak sombong cuma pemalu je orangnya. hehe. Sekian.

Wassalam.

Selasa, 15 Mac 2011

Alhamdulillah Rezeki

klik image

Dah lama tak buka akaun Nuffnang. Buzy dengan keje. Kadang-kadang buka blog dan blogwalking je.
Jarang dah buka akaun Nuffnang sebab merajuk dengan Nuffnang la ni. Sebelum ni asyik kosong je kan
earning aku tu. Tiba-tiba buka Nuffnang hari ni, tengok-tengok dah ada earning walaupun ciput tapi tetap
bersyukur sebab masih ada yang sudi klik iklan di blog aku tanpa dipaksa. Rezeki la tu kan...
Sekarang ni orang dah tak rajin nak klik klik iklan bagai ni. Biasanya buffered yang kita dapat dari Nuffnang
la yang memberikan pendapatan lebih. Tapi dah sekian lama juga aku tak dapat buffered ni.
Nuffnang tak sayang i lagi eh? hehehe...Tak de la saje je. If ada rezeki nanti ada la kan. Jangan la
anggap berblog semata-mata nak duit ye dok?

psttttt...dari pagi tadi asyik gatal tangan kanan je. Cek Nuffnang dah nak sampai ker? huhuhuhu...

Selasa, 9 November 2010

Tips Untuk Mendapat Buffered Earnings

Alhamdulillah, bulan Oktober dengan November blog ak ni banyak dapat Buffered Earnings dari Nuffnang. Thanks Nuffnang becoz setia memberiku Nuffnang dari semasa ke semasa. Sangat gembira okeh! =D.  Yelah, korang mesti dapat lagi banyak dari ak kan, i know la.hikx3. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk yang ak punya blog dapat banyak Buffered Earnings. 

Ak pon tak tahu macam mana ak leh dapat Buffered ni. Tapi setahu ak la kan, Buffered earnings adalah iklan yang diletakkan selepas blog kita dipilih oleh advertiser. Pilihan adalah berdasarkan reputasi traffik. bila dipilih pun berdasarkan traffik, maka dibayar pun adalah berdasarkan traffik juga. Harus lah kan. Bayarannya adalah mengikut jumlah unique visitor anda sepanjang kempen dijalankan walaupun orang tidak klik iklan kita. so tak perlu kempen ko klik, ak klik di sana sini. tapi kalau klik dapat bonus, eh bolehlah klik juga ye. hehe!

Untuk campaign biasa, kita akan menerima komisyen apabila terdapat klik pada ads tersebut. Satu klik bagi ahli Glitterati (ini pun kena gain dari Nuffnang) adalah RM0.25 dan Non-Exclusive hanya RM0.15. Jadi kena kekalkan juga status Gliterati ni dengan tidak berpaling tadah menambah iklan lain dalam blog kita. So, kesimpulannya, gain traffic, kekalkan traffic. Bukan mudah. tapi percayalah kepada rezeki yang tertulis untuk kita masing-masing. Insyaallah. Usaha tangga kejayaan.Happy monetizing your blog. tapi ingat, tulis blog dengan enjoy bukan untuk Overjoy.Senarai Buffered Earnings yang ak dapat untuk bulan Oktober Dan November seperti kat bawah ni;



Ada 4 buffered earnings yang masih setia di blog ak nie.
Thanks Nuffnang becoz tak jemu-jemu kasi buffered kat ak. hehe.
TQVM...
 Advertising about Acuvue Moist
Sesape yang nak try boleh la dapatkan secara percuma sampai 3 hari tu...

 Advertising about New Pizza Hut Cheesy 6.
Bagi penggemar-penggemar Pizza Hut jom rasa keenakan Pizza Hut yang terbaru
yang penuh dengan rasa keju. Lazato!

 Advertising about Broadband from Digi.
Peminat setia Digi jangan lupa dapatkan BB dengan harga paling rendah setakat ini
iaitu RM38/month ok! Murah siot...

and the last...

Advertising about Bank Islam.
Jom usha-usha perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh Bank Islam.
Macam-macam ada...hehehe =D

Khamis, 8 Julai 2010

Buffered Earnings Yang Ke-3



waka waka eh eh..worldcup dah abis..huhu
semalam spain menang dan Germany kalah.
owh ok la kan. adat la menang kalah dalam pertandingan. ekeke
so, tak leh bersorak lagi la depan tv after this.
orang laki terutamanya back to normal la kan.
tak de lah malam2 berjaga-jaga nak tengok worldcup nye pasal.
tak de la nak pegi warung semata-mata nak tengok bola kan;
dan tak kan ada la cerita pasal worldcup lagi wokeh!

okeh la jauh dah menyimpang dari tajuk asl.
Actually hari ni kan rasa hepy giler pasal ape taw!
tuh terang-terang lagi dah habaq kat title kat atas tu ha.
Thanks to nuffnang kerna kasi i buffered lagi.


Ini lah rezeki namanya kan.
Walaupun ak skrg jarang update blog becoz still bizi lagi weh!
but nuffnang still kasi i buffered tak putus-putus.
Bulan ni saje dah dapat 3 buffered. like it so much.
Thanks again to nuffnang. ^__^



p/s: ...ringkas je entry. x sempat nak bercerita panjang. adik ak tengah sakit tenat angkara
manusia yang tak berperikemanusiaan.

Selasa, 22 Jun 2010

Buffered Earning

salam,
hari ni dalam sejarah ak.
masa ak buka blog tadi, nampak ada iklan astro my story sedang berjoget2.

asyiknya berjoget di blog ak tanpa henti2.
terus tanganku gatal ingin menyemak akaun nuffnang ak.
terkejut beruk ak melihatnya..jengx3

:
:
:
:
:
v

*klik gambar untuk lebih jelas...

alhamdulillah...hampir 8 bulan bersama nuffnang,
inilah kali pertama dapat buffered earning dari nuffnang.
terima kasih buat nuffnang. ^__^
i appreciate that.