Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2019

Petua Hilangkan Ulser Dalam Mulut

Assalamualaikum ❤


Dah 4 hari aku mengalami ulser di mulut. Lepas 3 hari ulser kat mulut dah okay tiba-tiba datang pulak ulser di lidah. Mak aihhhh!!! sakitnya ulser dekat lidah tak terperi rasanya sampai kadang rasa nak marah orang je. huhu. Nak bercakap pon tak de mood dan dah berapa hari jugak la aku takde selera nak makan apetah lagi nak makan makanan yang pedas-pedas. Fuh! jarang-jarang terkena ulser di lidah ni, itupun disebabkan aku tergigit lidah masa mengunyah makanan bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit" ye sampai ulser dibuatnya. hehe.




Inilah diantara punca-punca menyebabkan terjadinya ulser di mulut yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Biasa kalau ulser kat mulut cepat je baik, dalam 3 hari pon dah ok tapi kalau ulser kat lidah ni dah 4 hari pon belum sembuh lagi malah rasa semakin sakit dari hari ke hari. So, aku cuba cari petua cara tradisional untuk merawat ulser dan aku kongsikan untuk korang yang juga mengalami masalah yang sama dengan aku.


1. Air garam

Berkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.


Walau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan. Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:
Ambil satu sudu garam. Boleh gunakan apa sahaja jenis garam yang ada di dapur anda.
Larutkan dalam secawan air panas.
Pastikan garam betul-betul larut. Kacau dengan sudu.
Tunggu sehingga suhu air larutan garam menjadi sedikit suam.
Berkumur, fokuskan air garam supaya sampai kepada ulser.
Berkumur selama mana anda mampu menahan kesakitan.
Buang air garam.
Jangan bilas dengan air biasa. Biarkan air garam melekat pada ulser.
Ulang sekerap yang anda mampu. Lagi kerap anda berkumur dengan air garam, lagi cepat ulser anda akan hilang.


2. Air kosong

Salah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.


3. Marjerin

Kalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.

4. Ubat gigi

Selain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.








5. Baking soda

Kat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Ambil sedikit baking soda dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.
Ambil sedikit baking soda, campurkan sedikit air sehingga menjadi pes. Tampalkan pes tadi pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.


6. Uncang teh

Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:
Rendam satu uncang teh sehingga kembang.
Angkat dari air panas dan tunggu sehingga uncang menjadi suam.
Tekapkan pada ulser.
Biar sehingga uncang menjadi sejuk.

7. Aloe vera

Aloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:
Ambil sebatang aloe vera.
Buang kulitnya, sehingga keluar isi berjeli.
Ambil jeli tersebut dan sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.


8. Madu

Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.

9. Madu & kunyit

Anda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:
Ambil setengah sudu kecil madu.
Ambil sedikit serbuk kunyit.
Campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati.
Sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.
Tak perlu dibilas. Biarkan sahaja campuran tadi kekal di dalam mulut.
Jika anda tertelan, tidak mengapa. 


10. Air kelapa muda

Air kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekerap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.

Setakat ni aku just amalkan minum air kosong banyak-banyak je. Alhamdulillah rasa sakit makin berkurangan sedikit. Kalau air garam ni memang tak sanggup nak buat sebab dah pernah try buat dulu rasa sakit dia menikam sungguh. Option aku gunakan bahan-bahan yang mana ada kat rumah je macam marjerin, ubat gigi or baking soda boleh la cuba. Harap-harap ulser di lidah aku ni cepat-cepat la baik sebab takde selera nak makan selagi tak okay. huhu. 

Semoga petua ini membantu korang yang ade masalah ulser  ye. 


Sabtu, 24 November 2012

Inginkan Kulit Sihat? Makanlah Makanan Ini!

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samada disebabkan oleh paparan sinar matahari dan pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya kulit sentiasa sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinar matahari.


1. OREN

Oren mengandungi limonene (senyawa kimia estrak kulit oren). Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan, didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34%. Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawan molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh. Untuk mendapatkan manfaatnya, kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.

2. TEH HIJAU

Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Zat ini hanya ditemui pada teh hijau tetapi tidak pada teh hitam. Menurut kajian, EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparan sinar UV yang berlebihan. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

3. LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH

Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang  memberi warna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang. Selain itu, ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

4. SALMON

Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Kandungan asid lemak omega-3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser. Selain itu, minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

5. BAYAM

Sayur yang mempunyai daun yang berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan aktioksidan yang terdapat di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya diransang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

6. WALNUT

Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega-3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinaran matahari. Selain itu, walnut juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi antioksidan yang mampu melindung sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara menguatkan sistem kekebalan tubuh.



Sumber :  Majalah Wanita

Isnin, 19 Mac 2012

Susu Anlene

Sejak-sejak sakit tulang temulang ni kena la ada inisiatif untuk mengurangkan penyakit ini. So my solution is....

Minumlah susu Anlene...


Susu Anlene ni dipercayai memang sangat baik untuk tulang sejak dahulu lagi. Memberi khasiat kalsium yang tinggi dalam membantu kekuatan tulang anda. Amboi dah macam iklan bagai ni. Dulu dah pernah minum lepas tu aku stop sebab mual. Aku memang kureng dengan susu. So, demi untuk my bones aku start semula minum susu anlene but kena minum yang ada campuran chocolate. Kalau tidak memang tak mahu nya nak minum. huhu. Rasa coklat dia sedap weh...tekak aku boleh terima la susu ni. Good!


So, pagi tadi sebelum pegi keje bancuh susu Anlene ni segelas bersama 4 sudu teh susu anlene dengan air suam. Nak bancuh dalam air sejuk pon boleh. Almost kena minum dua kali dalam sehari.

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Thanks sudi baca :)


Ahad, 18 Mac 2012

Sakit Pinggang

Tajuk simple jer sudah yang penting isi penting yang cuba ingin disampaikan...hehe

Malas nak pikir sangat eh tengah sakit-sakit melanda diri ni. huhu.

Pagi tadi bangun nak pegi keje tiba-tiba pinggangku terasa sakit. Arghhh!!! sakitnya tidak terperi woi. Orang yang pernah mengalami sakit pinggang ni tau la macam mana rasanya. Tiba-tiba terpikir...

Kenapa boleh sakit pinggang pulak tetiba ni ? Flashback semula apa yang telah aku lakukan semalam...eceh!




...nak kata aku tersalah tidur memang tak lah. Elok-elok je aku tidur atas katil bukan tidur atas pelepah kelapa ke hape...

...nak kata aku angkat barang-barang berat tak de pulak. Makan makanan yang berat-berat tu ada la...kih kih kih!

...orang kata kalau orang pompuan ni biasanya kalau sakit pinggang tu tandanya nak..."period" kot ? Masalahnya baru je selesai menurunkan bendera jepun...kui kui kui!

SO, kesimpulannya tak tahu la sebab apa pinggang aku sakit. Redha je la. Nasib baik boleh bangun pegi keje pon sudah cukup rasa bersyukur nya kepada Yang Maha Esa.

Tapi tak berasa selesa nak bekerja apabila sakit melanda diri...huhu. Cuba gagahkan jua demi Berkhidmat Untuk Negara. Ceh!

Ni aku nak share petua untuk orang yang sakit pinggang macam aku ni. Petua ni orang dulu-dulu la yang ajar untuk menjaga tulang belakang kita ni. Kalau rajin amalkan Insyaallah mungkin sakit tu akan berkurangan. Caranya macam ni ye;


1. Duduk lunjurkan kaki, lepas itu capai tapak kaki dengan jari kalau tak sampai buat lah setakat yang boleh, kalau selalu buat sure boleh..tapi jangan di paksa bagi boleh kang sakit lain pulak.

2. Duduk, temukan tapak kaki, lepas itu tekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan, tekan sehingga peha rapat ke lantai, kalau tak boleh tekan lah perlahan-lahan, jika selalu di buat pasti boleh.

3. Duduk, lunjur kaki kanan, tumit kaki kiri sentuh pd alat sulit, tangan kanan cuba sentuh hujung ibu jari kaki kanan, tangan kiri sentuh lutut kiri apa bila selesai lunjurkan kaki kiri pula dan buat seperti di atas cuma berbeza posisi sahaja.

4. Berdiri, rapat kaki, tunduk tangan cuba mencecah lantai



noted : orang yang selalu amalkan petua ini Insyaallah tulang belakang nya akan sihat sampai ke tua. Buktinya aku tengok sendiri orang tua dekat kampung aku umur hampir 100 tahun tapi masih kuat lagi tulangnya. Petua inilah yang selalu diamalkan. Sebaik-baiknya selepas solat buat la.



Jumaat, 16 Julai 2010

Masak Pakai Halba

ASSALAMUALAIKUM,

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

 Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)


KEGUNAAN HALBA:

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabibChina untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT HALBA?

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.



p/s:
Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yangberpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.