expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label Healthy And Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Healthy And Beauty. Papar semua catatan

Isnin, 6 Januari 2014

Evening Primrose Oil (EPO)

Assalamualaikum <3

Tengok tajuk tu mesti la nak cerita pasal Evening Primrose Oil (EPO) ni. Saya pasti ramai yang dah tahu pasal EPO ni kan especially wanita-wanita di luar sana kerana produk ni amat sesuai untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman wanita. Dah macam pakar kecantikan pulak. hihi. EPO ni banyak jenis dan bermacam-macam produk dijual di pasaran tapi saya pilih brand Cosway je. Orang kata EPO brand Blackmores pon ok jugak.


Inilah dia rupa bentuk EPO yang saya makan iaitu produk dari Cosway yang ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gagah mintak ofismate tolong belikan tadi. Semangat giler nak makan bila dah tahu dia punya khasiat untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Kebetulan dekat Cosway tengah ade offer menggila beli 2 dapat free 1. Harga EPO brand Cosway ni ofismate beli tadi dalam harga RM76.00 untuk 2 kotak dan free 1 kotak jadi 3 kotak semuanya. Bila ofismate tahu saya makan produk EPO ni diorang pun nak jugak cuba try test so, saya bahagikan 2 kotak tu untuk ofismate dan dapat harga yang lagi murah tau. Save money bila dah bahagikan ni.


Oh ye nak tahu khasiat EPO ni apa ? Banyak khasiatnya untuk wanita-wanita di luar sana. Meh kita semak apa faedahnya dan kebaikan Minyak EPO untuk kesihatan dan kecantikan:

• Membantu melancarkan dan mengawalatur kitaran haid
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
• Meningkatkan kesihatan kulit supaya sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
• Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
• Menguatkan sistem imun badan
• Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit


EPO ni ada dua jenis satu yang 500mg dan 1000mg. Kalau yang 500mg sehari kena take 2 biji softgel selepas makan ye. Kalau yang 1000mg tu sebiji softgel pon dah ok. Softgel EPO 1000mg ni memang besar gedabak tau boleh tercekik dibuatnya kalau tak biasa makan. haha. Ok joke!


Sekarang dah tahu kan khasiatnya so boleh la mencuba ye kalau anda rasa nak sihat dan cantik macam saya. Eh! padahal baru je nak makan. hihi. Mungkin cepat atau lambat kesannya pada seseorang adalah berbeza-beza. Apa yang penting adalah istiqamah makan supplement macam ni untuk jangka masa yang panjang. Muda-muda la kena amalkan baru la nanti dah berusia masih ganteng yukkk! hihi. Wanita yang berumur 20 tahun ke atas memang elok sangat la amalkan ni.

Thanks sudi baca ^^



Rabu, 28 Ogos 2013

Produk Kecantikan Luaran Dan Dalaman?

Semua orang ingin memiliki kecantikan luaran dan dalaman kan? tak kira la sape-sape pon, orang lelaki, orang perempuan, orang muda, orang tua semua nak, cuma bezanya bagaimana masing-masing menjaga kecantikan melalui luaran dan dalaman. Kalau malas nak jaga kecantikan tapi nak nampak cantik tanpa melakukan apa-apa memang tak de lah kan.

Malah, kite sendiri pon dah macam-macam usaha dan ikhtiar serta mengamalkan doa-doa untuk kecantikan antaranya doa Nabi Yusuf ni;



Ayat Al-Quran ni kena yakin setiap kali kite baca barulah nampak keberkesanannya. Amalkan selalu, InsyaAllah ayat ini boleh memaniskan wajah. Selain membaca ayat Al-Quran kite sekarang sedang menggunakan serum. Serum pulak dahhh. Ni nama nya Serum Biowhite Collagen dari Panacea Beauty.



Kite yakin dengan penggunaan serum ni kulit semakin cantik dan berseri-seri. yang paling bagus serum ni boleh digunakan untuk luaran dan juga dalaman. Ni lah satu-satunya produk yang boleh diminum dan juga disapu pada wajah anda. Apa tak percaya? percayalah kerana ini adalah betol dan bukan bohong. hik hik! 

Serum ni diperbuat dari air suling, madu. estrak aloe vera, rumpai laut,sarang burung walit dan marin kolagen seperti mana yang kite tahu ramuannya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit sejak azali lagi. Kalau dulu-dulu orang suka cara tradisional je kan, contohnya macam amik lendir-lendir aloe vera buat sapu kat muka, sekarang tak payah dah nak susah-susah tanam pokok aloe vera sebab dengan adanya serum ni wajah korang dengan mudahnya akan kelihatan cantik dan berseri-seri. cewah!



Selepas penggunaan serum ini selama 10 hari inilah dia hasilnya. Kulit semakin cerah berseri dan nampak lebih bermaya dan yang paling penting tidak kusam lagi.

Sekarang ni kite kalau keluar rumah tak tempek make up pon tak pe dah. rase confident je tak pakai apa-apa make up. lagi bertambah cantik bila natural face kan.

dan yang paling teruja bila ada kawan-kawan yang tegur kulit wajah kite semakin berseri-seri dan tanya apa rahsia kite? Ha inilah dia rahsianya. sudah terjawab disini kannn.

Kite hanya guna produk ni dalam 3 kali je seminggu dan kite selalu pakai kat wajah sebelum nak masuk tido. calit sikit je serum ni ke seluruh wajah ataupun sapu je dekat kawasan yang bermasalah. untuk minum kite hanya amalkan 2 kali seminggu dalam sesudu teh je. boleh la tahan dalam sebulan lebih sebotol. kalau nak minum sebotol pon boleh je dan dalam masa 10 hari akan nampak perubahan pada kulit wajah korang.

Jangan risau serum kolagen ni rasa dia macam madu je pon, tak delah rase macam sabun tu kan. Inilah kelebihan produk ni 2 dalam 1 kan menjimatkan tu. Tak perlu lah nak beli produk minuman kolagen lagi lepas ni yang arge mahal-mahal pulak tu. dengan 60ml sebotol hanya RM95.00 (S/M) dan RM105.00 (S/S) anda akan mendapat kebaikan untuk cantik luar dan dalam. tak ke bagus tu korang.

untuk keterangan dengan lebih lanjut, boleh pegi ke Facebook Page (Panacea Beauty Official). tak pon call je (013-4449531/019-7300105) mana tahu korang nak jadi stokis diorang ke, nak buat dropship ke tambah duit poket di rumah kan.

ok kite just nak share je ngan korang, kalau rasa berminat korang klik link tu ea.

Ok papai ^^


Sabtu, 24 November 2012

Inginkan Kulit Sihat? Makanlah Makanan Ini!

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samada disebabkan oleh paparan sinar matahari dan pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya kulit sentiasa sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinar matahari.


1. OREN

Oren mengandungi limonene (senyawa kimia estrak kulit oren). Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan, didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34%. Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawan molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh. Untuk mendapatkan manfaatnya, kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.

2. TEH HIJAU

Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Zat ini hanya ditemui pada teh hijau tetapi tidak pada teh hitam. Menurut kajian, EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparan sinar UV yang berlebihan. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

3. LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH

Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang  memberi warna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang. Selain itu, ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

4. SALMON

Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Kandungan asid lemak omega-3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser. Selain itu, minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

5. BAYAM

Sayur yang mempunyai daun yang berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan aktioksidan yang terdapat di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya diransang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

6. WALNUT

Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega-3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinaran matahari. Selain itu, walnut juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi antioksidan yang mampu melindung sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara menguatkan sistem kekebalan tubuh.



Sumber :  Majalah Wanita

Isnin, 19 Mac 2012

Susu Anlene

Sejak-sejak sakit tulang temulang ni kena la ada inisiatif untuk mengurangkan penyakit ini. So my solution is....

Minumlah susu Anlene...


Susu Anlene ni dipercayai memang sangat baik untuk tulang sejak dahulu lagi. Memberi khasiat kalsium yang tinggi dalam membantu kekuatan tulang anda. Amboi dah macam iklan bagai ni. Dulu dah pernah minum lepas tu aku stop sebab mual. Aku memang kureng dengan susu. So, demi untuk my bones aku start semula minum susu anlene but kena minum yang ada campuran chocolate. Kalau tidak memang tak mahu nya nak minum. huhu. Rasa coklat dia sedap weh...tekak aku boleh terima la susu ni. Good!


So, pagi tadi sebelum pegi keje bancuh susu Anlene ni segelas bersama 4 sudu teh susu anlene dengan air suam. Nak bancuh dalam air sejuk pon boleh. Almost kena minum dua kali dalam sehari.

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Thanks sudi baca :)


Ahad, 18 Mac 2012

Sakit Pinggang

Tajuk simple jer sudah yang penting isi penting yang cuba ingin disampaikan...hehe

Malas nak pikir sangat eh tengah sakit-sakit melanda diri ni. huhu.

Pagi tadi bangun nak pegi keje tiba-tiba pinggangku terasa sakit. Arghhh!!! sakitnya tidak terperi woi. Orang yang pernah mengalami sakit pinggang ni tau la macam mana rasanya. Tiba-tiba terpikir...

Kenapa boleh sakit pinggang pulak tetiba ni ? Flashback semula apa yang telah aku lakukan semalam...eceh!




...nak kata aku tersalah tidur memang tak lah. Elok-elok je aku tidur atas katil bukan tidur atas pelepah kelapa ke hape...

...nak kata aku angkat barang-barang berat tak de pulak. Makan makanan yang berat-berat tu ada la...kih kih kih!

...orang kata kalau orang pompuan ni biasanya kalau sakit pinggang tu tandanya nak..."period" kot ? Masalahnya baru je selesai menurunkan bendera jepun...kui kui kui!

SO, kesimpulannya tak tahu la sebab apa pinggang aku sakit. Redha je la. Nasib baik boleh bangun pegi keje pon sudah cukup rasa bersyukur nya kepada Yang Maha Esa.

Tapi tak berasa selesa nak bekerja apabila sakit melanda diri...huhu. Cuba gagahkan jua demi Berkhidmat Untuk Negara. Ceh!

Ni aku nak share petua untuk orang yang sakit pinggang macam aku ni. Petua ni orang dulu-dulu la yang ajar untuk menjaga tulang belakang kita ni. Kalau rajin amalkan Insyaallah mungkin sakit tu akan berkurangan. Caranya macam ni ye;


1. Duduk lunjurkan kaki, lepas itu capai tapak kaki dengan jari kalau tak sampai buat lah setakat yang boleh, kalau selalu buat sure boleh..tapi jangan di paksa bagi boleh kang sakit lain pulak.

2. Duduk, temukan tapak kaki, lepas itu tekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan, tekan sehingga peha rapat ke lantai, kalau tak boleh tekan lah perlahan-lahan, jika selalu di buat pasti boleh.

3. Duduk, lunjur kaki kanan, tumit kaki kiri sentuh pd alat sulit, tangan kanan cuba sentuh hujung ibu jari kaki kanan, tangan kiri sentuh lutut kiri apa bila selesai lunjurkan kaki kiri pula dan buat seperti di atas cuma berbeza posisi sahaja.

4. Berdiri, rapat kaki, tunduk tangan cuba mencecah lantai



noted : orang yang selalu amalkan petua ini Insyaallah tulang belakang nya akan sihat sampai ke tua. Buktinya aku tengok sendiri orang tua dekat kampung aku umur hampir 100 tahun tapi masih kuat lagi tulangnya. Petua inilah yang selalu diamalkan. Sebaik-baiknya selepas solat buat la.



Khamis, 22 September 2011

Sunblock


Siang tadi pegi Guardian beli Sunblock. Esok nak pegi ke Pulau Kapas so kena la ada Sunblock kan. Nanti balik dari Pulau hitam legam. huhu. Terus jatuh saham aku. hik hik! Ingat nak beli masa sampai kat Pulau Kapas je tapi pikir-pikir balik mesti arge dua kali ganda kat sana kan. Tak mampu mak! huhu...


Aku beli Sunblock Guardian punye je yang ada SPF50 tapi untuk muka je la dan untuk body plak aku pakai losyen Vaseline jer. Macam-macam jenis Sunblock ada. Aku pilih yang ada SPF50 sebab kulit aku memang tak tahan panas. Cuaca panas kat Pulau tu bukan macam panas biasa. Panas biasa pon aku dah tak boleh tahan sangat. Maybe sebab kulit aku terlalu kering so memang sangat sensitif dengan pantulan cahaya matahari ni. huhu..Kena banyak minum air la sepanjang kat Pulau Kapas nanti.


Pulau Kapas here we come! 

Esok 1.00 tengahari dah bertolak ke Pulau Kapas. Dari 22 hingga 24 September 2011 aku berada kat sana. Teruja nya nak ke sana sebab first time ni ke Pulau Kapas. Orang kata tempat dia cantik sangat. Seronoknyaaaaa...Insyaallah balik dari Pulau Kapas nanti aku update story kat Pulau Kapas yer...Nak enjoy pepuas masa berada di sana nanti. Bye...bye...my blog. Mesti rindu kat blog nanti sebab kat sana nanti  maybe tak sempat nak online. Aktiviti padat sangat dan aku pon tak bawak my lappy ke sana. Aktiviti luar banyak sangat so nak bawak lappy susah sikit la. Kalau nak tinggal dalam bilik ketakutan la pulak. Senang-senang tak payah bawak lappy. Aku nak enjoy je puas-puas. Nanti balik sana aku story k.

Ok bye.

note: Angan-angan nak pegi Pulau akhirnya menjadi kenyataan...sukeerrrrrr!!! sangat-sangat...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Jerawat Oh Jerawat!

pic google

Pagi tadi bangun terasa sakit di muka. Tengok kat cermin rupanya OMG..jerawat!urghhh!sungguh annoying lah. Sakit gilerrrr..Dah lama tak tumbuh jerawat kat muka nie.Mencik ah!huh...ini jerawat gatal kut..hehe!Tadi duk google-google jumpa lah punca jerawat, jom semak;

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Petua jerawat;
Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

p/s:
jerawat ni tumbuh sebab ak strees gamaknya..emm