expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food. Papar semua catatan

Isnin, 30 Disember 2019

Makan Sedap di Kuala Terengganu

Assalamualaikum & Hye ❤ 


Musim cuti sekolah dah sampai ke penghujung nya. Korang masih bercuti lagi ke tu? Aku nak share la satu tempat makan sedap di Kuala Terengganu ni. Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu boleh la datang ke Cafe ni yang bersih dan halal, makanan sedap dan harga so affordable. 




Kat sini korang bukan saje boleh makan-makan tapi boleh menginap sekali. Aku tak pernah lagi menginap kat sini sebab aku tinggal di Terengganu je kan so kalau korang yang datang dari jauh boleh la try stay kat sini. Hotel ni kepunyaan orang muslim so jom kita support muslim first. Sambil menginap kat sini boleh terus makan-makan di bawah hotel ni ade disediakan Cafe. So tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau korang lapar tengah malam tak susah-susah nak cari tempat makan. Menu yang disediakan sangat sesuai kalau korang yang tengah berdiet sebab kebanyakan makanannya sangat lah healthy dan portion yang suitable dieting. 














Me and husband hari tu dah try makan cendol kat sini memandangkan kitorang ni memang suka sangat dengan cendol so rasa dia sangat la sedap, rasa kurang manis tu yang membuatkan kitorang lagi suka sebab kitorang jenis tak suka manis-manis sangat. And then dia punya presentation memang curlassss!! bertambah selera aku nak makan. Harga dia so affordable la semangkuk ni MYR4 je u olssss. Kalau tambah isi durian mahal sikit la sebab durian kan mahal. 






For food, husband pilih nak makan Nasi Ayam Kunyit Bonda ni. Pergghhhh husband kata dia punya sambal meletuppssss sangat rasa dia sampai tak cukup dibuatnya. Rasa ayam kunyit dia ok la not bad and dia punya kuah pon so good. 




For me pulak aku nak makan yang ringan-ringan je for dinner so aku choose Mojo Chicken Grill ni. Paling aku suka sos and salad dia memang superb rasa dia. Masih terasa rasa masam-masam salad tu. Dia punya ayam tu di grill kan so not bad cuma rasa pedas sikit la. Kentang dia pon aku suka sebab rasa crispy and kecik comel je. Aku tak suka jenis kentang yang besar-besar sebab takde rasa crispy bila dimakan tu. 








Ni pulak contoh plate yang disediakan di Cafe ini. Portion yang sangat sesuai untuk orang yang berdiet dan healthy sebab lengkap dengan karbo, protein and then sayur/ulam-ulaman dalam satu pinggan. 








If korang nak buat party pon boleh kat sini. Boleh bawak ramai-ramai makan sekeluarga sebab Cafe ni sangat luas dan selesa sangat. Nak lepak lama-lama pon boleh sebab tempat dia tenang and damai je. Korang boleh pilih nak makan kat dalam cafe disediakan penghawa dingin atau nak makan kat luar sedut udara fresh. Aku makan kat luar je sebab malam tu angin sepoi-sepoi bahasa je. So calm and rasa macam nak tido je la kat situ. haha. Feeling macam duduk kat tepi pantai gitewwww.... 







So korang boleh contact this number if korang nak buat tempahan meja and pertanyaan selanjutnya ok. 


Ni alamat Hotel aku sertakan kat bawah ni korang boleh google maps or waze je location tu. Senang je nak cari hotel ni sebab terletak betul-betul tepi jalan utama Kuala Terengganu. 




Alamat:

 

4856 Jalan Sultan Mahmud, Batu BurukJalan Sultan Mahmud, Batu Buruk 20400 Kuala Terengganu Terengganu

Isnin, 20 Mei 2019

Car Food Sahur di Kuala Terengganu

Salam Ramadhan Ke-15

Ceritanya pagi ini aku dan suami bersahur di Car Food Sahur Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Suami teringin sangat nak makan colek perut katanya yang tengah viral di media sosial sekarang ni. Pukul 1.30 pagi kitorang gerak ke sana. Waktu ini penduduk Terengganu sedang lena tido diulit mimpi. Dari rumah aku cuma mengambil masa 45 minit jer. Sepanjang perjalanan memang sunyi dan sepi...Fuh...aman dan damai kau !

Sampai je di Pantai Batu Buruk aku lihat ramainya manusia yang mai bersahur kat sini. Pertama kali kot datang sini sebab tahun lepas aku tak berkesempatan pon. 5 tahun dah rupanya Car Food Sahur ni beroperasi tapi aku baru je lagi menetap di Terengganu. Tahun ni dapat la merasa bersahur kat sini itupon sebab suami aku teringin sangat nak makan Colek Perut. Parking pon penuh sepanjang jalan Pantai Batu Buruk tapi mujurlah masa kitorang tengah usha usha parking tu adalah hamba Allah ni dah nak balik. So dapat la parking dekat dengan Car Food Sahur.



First sampai mestilah pi cari  Gerai Colek dulu. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak gerainya di hujung sekali tempatnya, tapi hampa betol la wehhhh sebab dah sold out. Laku keras betol la Colek ni sampai tak dan aku dan suami nak merasa. So, kitorang pon usha usha la gerai lain tengok makanan apa yang ada jual kat sini. Banyak jugak la gerai jualan makanan dan minuman yang ada kat sini dalam 20 gerai macam tu. Pening pulak nak pilih nak makan apa sebab semua sedap sedap wehhh...



Ni lah colek yang tengah viral tu. Macam-macam jenis colek ada jual iaitu colek perut, colek ayam, colek campur tapi semua dah habis. Tak de rezeki kami nak merasa. Jalan punya jalan kitorang jumpa la gerai jual Sup Perut. Suami apa lagi terus order janji ada perut pon boleh lahhh.

Kat sini setiap gerai menjual makanan yang berbeza-beza tau. So korang boleh la pilih nak makan local food ke, western food ke, seafood ke semua ada laaa...rambang mata jugak la nak pilih mana satu nak makan ni sebab semua nampak sedap je. Yelah tengah lapar kan semua nampak sedap. hehe. Aku pulak order Nasi Goreng Kampung. Harga RM5 je. Of course my favourite walaupon macam-macam makanan ada dijual disini. Tekak kampung la katakan. Gitewww!!! hehe. 



Dah settle cari main food kitorang cari tempat nak duduk. Full pulak semua tempat duduk al maklum lah ramai sungguh datang nak bersahur kat sini kannn. Tengah usha usha tempat tiba-tiba ade satu family ni dah settle makan so dapat la kitorang duduk. 

Yang bestnya kat sini kannn sebab dapat makan ala-ala tradisional secara bersila di atas hamparan tikar yang penganjur dah sediakan. Bagi perantau seperti aku ni, berada di 'Car Food Sahur' dapat mengurangkan kerinduan suasana bersahur bersama keluarga yang berada jauh di kampung halaman. 

Feeling pulak makan secara santai santai  di tepi Pantai yang indah di bawah sinaran rembulan yang sangat cantik sambil menghirup udara pagi yang sungguh menyegarkan. Sambil makan tu kitorang juga dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang dipersembahkan oleh kumpulan Buskers.



Lepas dah habis makan main food kitorang makan dessert pulak. Dalam banyak-banyak dessert  aku pilih gerai 'Pisang Kejuk' nama diberi.


Goreng Pisang or Pisang Goreng yang dilimpahi dengan rasa Keju dan Susu. Okeh dia ada macam-macam jenis perisa yang korang boleh pilih tau seperti keju coklat, coklat marshmallow, coklat bubble, pelangi dan keju susu. Harga dia berbeza-beza ikut perisa ye. Yang aku beli ni perisa Keju dan Susu harganya dalam RM6 je.


Dia punya Goreng Pisang tu memang crispy giler lah. Bila makan tu rasa kruk krak kruk krak dan panas-panas lagi sebab baru je digoreng. Keju dia yang melimpah tu menambahkan lagi kesedapan rasa pisang tu.


So, korang kalau nak merasa bersahur secara santai boleh la datang ke Car Food Sahur Pantai Batu Buruk ni. Masa beroperasi dari jam 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi.


Ok thanks sudi baca :)


Ahad, 19 Mei 2019

Coconut Shake Pantai Batu Buruk

Al-kisahnya semalam saya bersahur di Pantai Batu Buruk je. Tekak ni rasa teringin sangat nak minum air coconut shake. Terus suami bawak saya ke Pantai Batu Buruk kerana di situ ada jual air coconut shake yang sekarang ni tengah viral di Terengganu.

Biasanya kalau ke Melaka memang singgah la minum air coconut shake yang terkenal di Pantai klebang tu. Tapi sekarang tak perlu dah ke Melaka kalau nak minum air coconut shake yang sedap ni. Di Terengganu pon sudah ada coconut shake yang sedap tau!


Tengok pon dah terliur kan belum lagi merasanya. Coconut shake Pantai Batu Buruk ni memang sedap  sangat kerana ia dilimpahi dengan isi kelapa muda yang banyak giler dan aiskrim vanilla nya yang enak sekali. Kalau dalam bahasa Terengganu banyaknya tu dipanggil "Stambung".



Coconut shake ni dijual dengan harga RM3 yang bersaiz kecil dan RM5 yang bersaiz besar. Saya beli yang besar gedabak ni dalam harga RM5 yang dipenuhi dengan isi kelapa muda yang banyak dan diletakkan bersama aiskrim vanilla nya. Beli yang besar baru puas hati minum kan. Hehe


Time bersahur saya memang jarang makan berat. So, kat sini jugak ada menyediakan makanan ringan seperti "ODEN" ni. Korang tahu tak apa itu "ODEN" ? Nah saya copy kan dari encik wikipedia apa itu "ODEN" bagi siapa yang belum tahu tu...


Oden (ใŠใงใ‚“) merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashiyang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.
Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.
Tidak seperti kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden selalunya dijual di gerai-gerai mobil di Jepun, dan boleh juga didapati di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk. Terdapat banyak jenis oden yang dijual, di mana pilihan oden yang terdiri daripada satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.


Tu kat jepun la kan tapi kat malaysia ni resipi Oden ni diolah sedikit dengan menggunakan bahan perasa seperti perencah adabi berperasa asam pedas, tomyam dan sup yang dicampurkan bersama. Kalau korang nak buat sendiri kat rumah pon boleh sebab senang sangat resipinya. Bahan-bahan tu korang boleh beli di kedai frozen je banyak dijual. Harga satu bahan yang aku makan semalam RM2 seketul dan dipotong kecil-kecil untuk senang dimakan. Nanti aku share kan resipi Oden ni kat sini ye. 

So, kalau korang yang datang kat Terengganu ni boleh la cuba air coconut shake viral di Pantai Batu Buruk ni. Sekarang ni kan bulan Ramadhan so, dekat bazar Ramadhan di Pantai Batu Buruk pon ada jual tau. So boleh dapatkan kat sana ye. 

Ok thanks sudi baca ๐Ÿ˜Š

Ahad, 25 Ogos 2013

Almond Crunchies Caramelo

Lately, kite suke sangat makan Almond Crunchies Caramelo ni. See macam sedap sangat kan rupa Almond Crunchies ni.


Rupa dia macam biskut tapi rasa kekacang. Kite suke sangat makan ni sebab yang paling utama dia ada kacang Almond yang merupakan salah satu kesukaan kite dan sepertimana yang kite tahu Almond ni sangat berkhasiat dan bagus dimakan terutama anak-anak yang sedang membesar.
Kat sini kite sertakah details ingredient yang terdapat dalam Almond Crunchies yang sedap ni;


Almond crunchy caramelo ni dibuat dari bijian yang berkhasiat
seperti almond,sunflower seeds,melon seeds,pumpkin seeds,white/black sesame seeds.
*kebaikan almonds:
protien,kabohidrat,vitamin B yang tinggi.baik untuk kanak2.
membantu pembesaran minda,membina tulang dan gigi.
menyihatkan jantung orang dewasa dan sesuai untuk ibu hamil.

*sunflower seeds:
kaya dengan vitamin E.mencegah kanser,mengurangkan tekanan darah.
menyihatkan kulit dan rambut,mencegah anemia,meperlahankan perkembangan penyakit alzheimer.

*melon seeds:
megandungi zat besi,magnesium,zinc,vitamins,lemak dan kalori
untuk nutrisi harian.

*white/black sesame seeds:
kaya dengan kalsium,magnesium,copper,zat besi,zinc,
vitamins dan fiber.memberi kebaikan kepada tubuh terutama buah pinggang,limfa,usus dan hati.

*pumpkin seeds:
protien,magnesium,omega 3,zinc dan zat besi yang tinggi.
menghilangkan stress,membantu tidur yang lena dan mengekalkan ph badan.

Dek kerana terliur sangat dan terasa sangat nak makan so order la kan. Kite beli kat pesbuk je sebab Almond Crunchies ni hanya dijual secara online dan tidak ada dijual dimana-mana kedai lagi setakat ni. Kite try search dekat google dan kite jumpa la pesbuk ni. Kalau nak oder sila klik link kat bawah ek.



Harga sebalang ni kite beli RM23.00 tak termasuk postage RM6.00. Kalau beli banyak dapat murah lagi.
Satu balang ni dia punye berat 200gm je. Kalau tengah buat keje sambil makan ni kejap je habis tau jadi kena beli banyak-banyak buat stok. hehe. Satu lagi servis penghantaran memang sangat la laju. Sangat terbaik lah!!!

So sape-sape yang berminat boleh la oder kat sana yerp! kite tolong share je kat sini.

Ok papai...^^



Jumaat, 16 Disember 2011

Chocolate Lava @ Secret Recipy

Assalamualaikum ^^

Tak jawab dosa, kalau jawab sayang (^__^) 



..dah lama tak tempek gambo sendiri, dengan ini dipersembahkan owner this blog..:-p..
(terserlah bebeno gigi arnab ku itu..)

Now, dah ada dekat my hometown. Yeahhh!!! Selama dua hari akan berkampung disini (>__<). Esok planning nak ketemu mak sedare aku. Actually, mak sedare aku yang duk kat Johor balik kejap dekat rumah dia kat Kuantan. Musim cuti sekolah ni, anak menantu dia free so balik sekali sekala tengok keadaan rumah dia. Alang-alang dah balik kampung pegi la jumpa mak sedare dan sepupu sepapat aku tu. Bukan senang nak jumpa sejak-sejak dah duduk jauh di Johor sana.

Siang hari tadi, waktu lunch makan dekat secret recipy dengan frens. Terasa pulak nak makan Chocolate Lava @ Secret Recipy. Oh! this is my favourite kek ok selain Kek Chocolate Indulgence. Tapi paling suka sekali dengan Chocolate Lava. Dia punya taste memang kena la dengan lidah aku. haha. Sekali makan rasa nak makan lagi, lagi, lagi, lagi, lagi dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...kui kui kui!!!

Mempersembahkan...jeng! jeng! jeng!

(Kualiti gambar agak mendukacitakan sebab pakai kamera henpon cap chicken je...huhu)



...Chocolate Lava, nyum! nyum! nyum! (^_____^)...

Chocolate Lava ni bila kita makan dia akan meletusss keluar lava coklat yang kat dalam tu. Perghhh! bila menyebut tu terasa lagi kesedapan kek coklat ni dekat lidah ni. Atas kaler putih-putih tu adalah topping white cream. Kalau jumpa secret recipy, aku akan singgah untuk beli kek ni. Dah macam ketagih pulak makan kek ni. Kalau boleh nak makan hari-hari je. huhu. Macam mana tak gemuk kalau hari-hari makan sedap jer. ngehx3. Nak tahu rasa dia sedap macam mana kena la rasa dulu...hihi

Okeh babai...


Selasa, 26 April 2011

Big Apple

Salam semua..Hye!

Hari ni bizi kit. Malam ni baru ada masa nak update blog. Sambungan cerita di hari minggu aku belum habis lagi neh. Balik kampung hari tu jenjalan la pegi East Cost Mall (ECM) Kuantan. Tetiap minggu kalau balik kuantan tak sah tak singgah kat ECM tu. Salah satu tempat fevret aku bershopping tuuu. Banyak barang-barang branded dijual di situ. Yang penting tempat dia nampak exclusive macam Mid Valley doh. huhu! Mid Valley la sangatttt! kan...

Yang best lagi kat ECM ni sebab banyak sangat tempat-tempat makan yang sedap-sedap. Kalau ke ECM tak sah kalau tak menyinggah di Big Apple. Donut dia sedap ooooo...Macam-macam jenis donut ado. Sedap-sedap plak tuh. Kalau kuih donut yang orang jual kat pasar 3 biji singgit sekarang ek...yang tu aku tak makan. Tak sedap. huhu! Tapi kalau donut Big Apple aku suka. I like!



Comel kan donut-donut tu. Aku beli 6 pcs je RM12.50. Eh! ada dua donut jenis yang sama plak. Time aku choose donut time tu jugak la duk bergayut. hehe! Aku rasa mamat yang jadi sales hari tu naik bengang dengan aku pasal lama betul nak pilih donut nya. Aku tengok muka mamat tu macam cuak je. huhu! Hello! customer first okeh! Bila tengok muka sales tu cuak je terus letak fon and pilih donut cepat-cepat sampai tak sedar terpilih 2 donut yang sama. Ceh! Tapi tak pe nasib baik sedap. Dalam banyak-banyak tu paling sedap for me la kan, yang ada kekacang kat atas tu and then kat tengah-tengah dia rasa coklat. Perghhhh! enak doh.

Tengah-tengah duk makan donut teringat satu telemovie title "DONUT". Masa tu ditayangkan dekat Astro Ria. Suka tol tengok cite tu. Kelakar gile. Motif? DONUT walaupun nampak keras diluarnya, tapi bila ditekan mak aihhhh...lembutnyaaaaaa! Lakonan Norman Hakim (jadi lelaki lembut), Sheila Rusly (minah kepochi), Amyza Adnan, Fizz Fairuz dan ramai lagi la pelakon best-best. Korang tak tengok lagi cite tu boleh download SINI.

Ahad, 27 Mac 2011

Putu Bambu


Picture credit to : Google

Putu Bambu ni salah satu kuih kegemaran aku jugak.
Jalan-jalan pasar malam tadi aku jumpa kuih ni. 
Teringin pulak nak makan. Nampak sodap je.
Aku beli 5 pcs harganya RM2.00 je.

Korang pernah makan kuih ni? 

Selasa, 8 Mac 2011

Nasi Kerabu


Tadi aku ke pasar malam. Hajat di hati nak mencari Nasi Kukus my fevret.
Tapi alangkah sedihnya sesampai je kat gerai jual Nasi Kukus, akak yang jual Nasi Kukus tu cakap
"Ala....dik Nasi Kukus dah habis laa..." Belum sempat aku berkata-kata akak tu terus cakap macam tu.
Tak pe lah, dah tak de rezeki hari ni nak makan Nasi Kukus fevret aku tu.

Jalan-jalan di pasar malam sambil mencari idea nak makan apa.
Tiba-tiba nampak gerai ada jual Nasi Kerabu. Ah! Nasi Kerabu pun jadi la. Dah lama gak tak makan ni.
Nasi Kerabu pun fevret aku juga tau, tapi biasanya waktu breakfast aku suka makan Nasi Kerabu ni.

Sedap hingga menjilat jari ^__*

Satu bungkus ni harganya RM 3.50. Mahal sebab aku letak ayam goreng berempah.
Tapi telur masin tu sebenarnya tak de tau. Balik rumah tadi aku rebus telur masin sebijik.
Kebetulan ada stok telur masin kat rumah aku ni. Sedap sungguh dimakan bersama dengan Nasi Kerabu ni.

Apakah Nasi Kerabu? Mesti ada yang jenis tak reti makan Nasi Kerabu kan. hehe...
Aku pernah tengok orang tak reti makan Nasi Kerabu. Gile kelakar betul! Dah agak mesti orang luar ni.
Ada ke dia makan macam makan Nasi biasa tu. Dia cubit telur sikit, amik ulam sikit lepas tu makan.
Orang sepatutnya, Nasi Kerabu tu digaulkan bersama dengan ulam-ulaman tu baru betul. haha!

Meh sini nak bagi tahu apa itu Nasi Kerabu...(bagi yang tahu tu diam sudah la...huhu)

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropokbudu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

pstttt...korang suka makan Nasi Kerabu tak???

Jumaat, 25 Februari 2011

BUDU...Jangan Pandang Sebelah Mata

budu dicampur dengan cili api, limau nipis/kasturi, bawang...fuhh!meletoppp...
Korang suka makan budu? Aku suka sangat. Walaupun ada resdung tapi tetap nak jugak makang budu tu. Pas makan baru la tahu bisa tak bisa, abis gatal hidung-hidung. Adeyh! Tapi kerana suka, makan la jugak tapi tak de la selalu. Kalau dulu kalau boleh hari-hari kena ada budu. Tapi disebabkan resdung agak teruk ni kan so, aku kurangkan makan budu ni. hoho...Korang yang suka makan budu tahu ke khasiat budu tu apa? Yang tak suka budu lak jangan cuba nak pelekeh budu tau. Meh baca ni...


Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Ikan bakar cicah budu...
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu entuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Sedap tau makan budu...lebih-lebih lagi kalau makan dengan ikan singgang + ulam ulaman..perghhhhh!meleleh air liuq...huuhuu..

Rabu, 15 September 2010

Kuih Raya Kegemaran Ku *(^_^)*

"Selamat Hari Raya...
Hari untuk kita bersuka ria...
Mintak mak kuih sepotong...
Saya mahu makan kenyang perut kosong...lalalalala" - Lagu Raya

Wake up...wake up...raya lagi wehhhhh!!hari ni dah masuk raya yang ke-6.
Maybe ada sesetengah orang dah mula berpose 6 kan. Bagus...bagus..marilah sama-sama
kita tingkatkan amalan dengan mengamalkan perkara sunah yang dituntut oleh agama kita. =)

Okeh hari nie ak nak cite pasal kuih raya. Perkara wajib jugak yang perlu ada di hari raya.
Ke ada umah sape-sape time hari raya, umah dia tak de kuih raya. ish3 memang ak tak pernah jumpe
lagi la pergi bertandang umah orang tak de kuih raya nie. huahuahua..

Bila tiba hari raya kuih raya yang mesti wajib ado kat umah ak iyelah teng teng teng...
:
:
:
:
:
v
 
~Almond London~
Giler jauh nak import kuih ni taw..sampai ke London mahu cari kuih nie. hahahaha..

~Semperit~
Kuih ni ada jugak orang buat bentuk bunga..Ikut selera masing-masing.

~Biskut Cornflakes~
Kuih paling ak suka sekali dalam banyak-banyak kuih raya.


p/s: korang plak suke kuih apa ya?

Isnin, 28 Jun 2010

Ana Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum,
oh yeah!!i'm coming back after the 3 holidays at my village Kuantan, Pahang.
Sungguh seronok duk di kampung. Berkumpul dgn family.
Buat aktiviti bersama-sama. Wah....bahagianya la rasa.

Semalam kami sekeluarga makan di luar bersama.
Dah lama tak makan ikan bakar. Dan di kampung kami memang terkenal dgn. Ikan Bakar.
Salah satu kedai makan fevret kami ialah Ana Ikan Bakar Petai.
Memang ikan bakar petai nya sangat marvellous.

Ana ikan bakar petai ni ada 3 cawangan dkt. Tg. Lumpur, Kuantan ni.
Everydays selalu penuh dengan manusia-manusia yang datang dari pelosok negeri.
Kebetulan semalam ada JOM HEBOH di kuantan, so lagi ramai lah manusia yg. datang.
Sampaikan susah giler nak dapat parking. Jalan pulak sesak giler.Adeyh!

haa..bermacam2 jenis ikan dan hasil laut yang ada di sini.
Boleh masak aneka rasa. Paling best mestilah ikan bakar petainya. perghhh!!lazato.
nak tahu sedap ke tidak kena la datang sini dan rasa dulu keh!hihi

inilah dia ikan bakar petai. sekali makan memang licin wooo. sodap menjilat jari.
Dicicah bersama air asam dan kicap. fuhhh!panas-panas makan ni memang marvellous beb!
Dimakan beramai-ramai siap berebut-rebut memang menyeronokkan..hehe

Ni ak nak kenalkan makanan popular jugak la kat tempat kami.
Ni orang panggil lonjok@lonjak sukahati la nak panggil apa pun janji dekat2 je bunyinya.ekeke
Rasa dia manis-manis gitu. Kebanyakkan orang luar memang tak tahu ape itu lonjok@lonjak ni.
Kalau nak tahu sedap ke tidak boleh la datang kat kampung sy.^_^

Kitorang satu family makan;

Ikan Bakar Petai (Ikan Aji-Aji) - RM 3.50 (100gm)
Lala masak tumis - RM 2.50 (100gm)
Tomyam Seafood - untuk 3 orang makan
Sayur masak kailan - untuk 3 orang makan
Nasi putih - 5 orang makan
Teh 'O' Ais - 1
Teh 'O' Ais Limau - 1
Sunquick - 1
Teh Ais - 1
Teh Tarik - 1

Semuanya RM 67.00 saje.

so, tak de la mahal sangat. Makanan memang habis licin la. fuhh!!sedap.
Kalau rasa nak makan ikan bakar petai yang sedap ni sila la datang kat Tg. Lumpur,
Kuantan, Pahang. Ramai orang datang sini tau. so tak heran la kalau korang
datang sini korang tengok berderet2 kedai makan kat tepi jalan Tg .Lumpur.
Memang hidup la kawasan tepi pantai ni.

 p/s: Kedai Ana Ikan Bakar Petai ni masuk rancangan Warung Kita musim kedua tau!
Alaaa yang Farouk Hussin jadi pengacara tu..ekeke..