Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan

Ahad, 1 Disember 2019

Kebaikan Dan Manfaat Beras Perang


Assalamualaikum ❤️️


Dah lama tak share pasal my dietry ni. Dulu aku pernah share tentang diet aku kat sini <<SILA KLIK SINI>> . Ramai kawan-kawan aku tanya beras apa yang aku makan time diet. So this is my answer. Sepanjang tempoh berdiet aku hanya makan beras perang jenama Eco Brown's Original je. 


Inilah rupa beras perang yang aku makan time diet





Korang tahu tak bahawa orang kaya di zaman dahulu kala lebih gemar memakan beras putih dan menganggap beras perang hanya untuk orang miskin dan petani. Pada zaman sekarang, sains dan kajian telah membuktikan bahawa khasiat dalam beras perang jauh lebih tinggi berbanding beras putih!

Di India pada zaman 1897. telah dikaji bahawa penyakit beri-beri disebabkan nasi putih kerana kekurangan vitamin B1 (thiamin) yang telah hilang semasa diproses. Sejak dari itu, kerajaan membuat undang-undang supaya beras putih diperkaya dengan vitamin. Walaubagaimanapun, vitamin tersebut masih lagi hilang semasa proses pembersihan beras. Semua pengeluar beras tidak dapat meletakkan nutrien yang sama seperti fiber dan phytochemical yang dapat membantu menurunkan kolestrol, menjaga jantung dan melawan kanser. Ini yang menjadikan beras perang lebih baik dari beras putih.

Di bawah disertakan perbandingan beras perang dan beras putih.


Antara kebaikan beras perang yang telah dibuktikan adalah:
1. Membantu mengurangkan asthma kerana antioksida dan phytonutrient yang meningkatkan immune sistem manusia.

2. Membantu mengelakkan kanser dimana selenium di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus besar

3. Sumber tenaga kerana mempunyai nutrien manganese dan magnesium. Ia merupakan mineral yang banyak membantu badan menggunakan karbohidrat sebagai tenaga.

4. Membantu pembinaan tulang kerana mempunyai magnesium dan kalsium.

5. Mengurangkan risiko batu hempedu kerana serat tidak larut yang dipunyainya.

6. Membantu mengurangkan sembelit dari nutrien serat dan magnesium.

7. Membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang tinggi dan dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada badan.

Menurut Malaysian Dietary Guidelines 2010 : Whole grains should form 50% of the total grains intake as recommended.

Jadi menggantikan beras putih kepada beras perang ia akan memberi khasiat yang pastinya berbaloi-baloi bagi pengamalnya. Masaklah di rumah dan makan secara sihat demi kesihatan di masa depan.
Inilah rupa beras perang yang telah dimasak. Warnanya agak keperangan dan rasanya tawar je.

Disebabkan beras ni cepat mengenyangkan, so korang boleh la kurangkan kuantiti beras bila nak masak tu. Kalau masak beras ikut sukatan biasa, confirm ada extra. Lagipon beras ni memang cepat mengenyangkan. Makan sikit pon dah kenyang.

Selain  ia baik untuk diet rendah kalori dan pesakit kencing manis, beras perang ni juga amat sesuai sekali untuk mereka yang ingin mengurangkan kolestrol dalam darah. See, banyak kan manfaat dan kebaikan beras perang ni. So, kalau rasa nak diet tu, jom bertukar kepada beras perang. Boleh kuruskan badan tau...

Jika korang berminat mendapatkan beras perang dan maklumat lanjut, boleh layari www.ecobrown.com

Pembelian online juga boleh dibuat di : http://shop.ecobrown.com


Khamis, 23 Mei 2019

Tips Diet : Makan Tapi Kekal Langsing




Makan dengan kerap.

Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.



Rendah kalori, rendah lemak.

Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.



Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.



Waktu terbaik untuk minum air.

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-



Pagi selepas bangun dari tidur.

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.



30 minit sebelum waktu makan.

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.



Sepanjang hari.

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.



Ahad, 15 Februari 2015

Detox Jus

Mungkin ramai yang kurang gemar untuk minum air kosong sebab takde rasa kan. Padahal air kosong tu bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi penyelesaian yang elok ialah minum air detox ni atau dikenali sebagai infused water.
Apakah air detox atau infused water 
Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Buat la infused water ni malam sebelum nak masuk tidur.
Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni.
Kebaikan infused water
Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok.
  • Membantu untuk menambahkan metabolisme badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.
Kenapa penting kita perlu menjaga kesihatan ? 

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis InsyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Air Detox - Infused Water - 2
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Air Detox - Infused Water - 3
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.
Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni InsyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4
sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.
Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5
Resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. huhu. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.
Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack…gituu..hihi
air-detox-infused-water-8
Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok.
Siapa rajin buat? Tengok banyak mat salleh buat, Saya pon terikut nak buat. Lagi-lagi memang tengah diet yang tak berapa nak diet ni. Hihi..

Apa lagi yang boleh dibuat dengan buah-buahan dan bahan semulajadi ni?

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka
Selain dari buat air detox atau infused water ni, bahan semula jadi ini boleh menghilangkan jerawat. 
Ok thanks sudi baca ^^
Credit to : hasyanaurah

Khamis, 5 Februari 2015

Audit Diri Sebelum Menguruskan Badan


Sekarang ni saya nak share entry ini untuk kita sama-sama audit diri sebelum menguruskan berat badan, apa yang perlu kita tahu. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua untuk menjadi seorang yang sihat dan cergas.


Sekarang saya tahu, anda selalu bertanya diri anda soalan. Yang paling popular adalah



“Kenapa aku tidak boleh menurunkan berat badan?”
“Kenapa aku selalu dikeji kerana gemuk?”
“Kenapa semua baik untuk aku adalah buruk?”
“Kenapa orang kurus makan hati, saya orang gemuk makan tempat?”


Tetapi sayang, soalan-soalan anda itu tidak dapat membawa anda untuk menjadi kurus kecuali membantu anda untuk rasa bersalah dan mula tahan diri untuk makan dan paksa diri untuk berlari walaupun pada hakikat anda cuma mampu berjalan ke dapur untuk makan.

Apa kata mulai saat ini mari kita ubah soalan-soalan anda itu kepada soalan-soalan yang akan membawa anda untuk lebih bersemangat dan gigih bagaimana untuk memulakan program penurunan berat badan (atau memastikan anda berada di landasan).


1. Kenapa anda ingin mengurangkan berat badan?

Pastikan anda mempunyai sebab-sebab yang jelas untuk mengurangkan berat badan. Adakah anda mahu nampak lebih kacak dan jelita? Adakah kerana makwe/pakwe anda minta clash kerana berat badan berlebihan? Adakah doktor memberi amaran kesihatan? Adakah anda hanya mahu berjalan dan berlari dengan anak di taman-taman? Mungkin semua alasan-alasan ini adalah sebab yang jelas untuk anda mengurangkan berat badan. Ingat! Lebih banyak alasan lebih tinggi sedar diri anda dan lebih tinggi motivasi anda untuk menguruskan berat badan.




Gambar saya tahun lepas saya telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 57kg. Berat ideal saya 


2. Berapa berat badan idaman anda?

Tetapkan matlamat untuk diri anda. Ini akan memberi anda kekuatan dan usaha untuk anda capai. Anda tidak akan berjaya jika tidak ada titik akhir. “Saya mahu mengurankan berat badan” ini bukan matlamat yang boleh diukur. Jika “Saya mahu mengurangkan berat badan 17KG dalam masa 2 bulan“. Itu baru namanya matlamat. Sila cipta matlamat dan sasaran untuk berat badan idaman anda supaya tidak lari daripada landasan.


3. Apa yang anda sanggup lakukan untuk mengurangkan berat badan?

Tiada apa yang akan berubah melainkan anda lakukan. Jadi apakah perubahan yang akan anda buat? Adakah anda akan mengurangkan kuantiti makanan atau bersenam dihujung minggu? Macam mana untuk anda tahu jika anda sudah berjaya? Bagaimana untuk memastikan anda benar-benar berada di landasan yang betul? Idea yang samar tentang menurunkan berat badan perlu diterjemahkan melalui “concrete plan” ke dalam tindakan. Tanya pada diri anda soalan-soalan dan putuskan apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan berat badan.


4. Anda bersedia untuk gagal ?

Bunyinya agak menjengkalkan, tetapi ini adalah satu soalan yang wajib. Apabila anda cuba melakukan sesuatu yang sukar seperti mengurangkan berat badan yang telah bertahun-tahun sebati dalam diri. You can expect some drawbacks. Secara purata. 5 dalam 1 orang yang berdiet pasti akan tidak dapat menahan nafsu lalu “cheat meal”. Kemudian menyesal. Adakah itu tindakan yang betul? TIDAK ! Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan makan hidangan itu dan pastikan tidak lagi “cheat meal” esok dan esok sebelum berjaya. Jadi bersiap sedia untuk gagal jangan jadikan kegagalan itu sebagai penghalang untuk anda berjaya.


5. Kepada siapa untuk anda mengurangkan berat badan ?

Ini adalah soalan yang anda perlu ditanya pada diri anda setiap hari. Untuk siapa anda lakukan? Teman lelaki atau teman wanita anda ? Ibu bapa yang selalu pandang rendah pada anda? Rakan-rakan anda? Yang benar adalah jika anda melakukannya untuk orang lain, atau untuk fesyen, atau semata-mata untuk meningkatkan imej diri. Percayalah bahawa beberapa hari kemudian anda akan berputus asa pada diri sendiri, atau dipandang teruk pada teman lelaki atau teman wanita anda. Kerana citarasa manusia berubah-ubah.


Apakata anda tukarkan mengurangkan berat badan adalah untuk kesihatan? Untuk kualiti hidup? Sebab perkara ini adalah akan memandu anda untuk terus berada di landasan yang betul – so make yours some good ones.


Kalau tanya saya kenapa? Sudah semestinya saya menguruskan badan kerana ingin sihat dan bila kita sihat, kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik dan dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah.


6. Anda bersedia untuk berkorban?





Coklat? Kek? Air Manis? Nasi Kandar? Tidur lewat? Apakah anda sudah bersedia untuk korbankan semua perkara yang menggemukkan? Jika tidak , maka anda tidak akan berjaya dalam proses penurunan berat badan anda.


7. Siapa yang akan menyokong anda?

Dalam usaha untuk mencapai cita-cita dan harapan kita perlukan beberapa pihak untuk menyokong dan memberi semangat dan inspirasi. Saya akui, kejayaan saya pun ada sahabat-sahabat yang sudi menjadi consultant dan pantau makan dan senaman saya pada setiap hari. Jadi untuk anda juga perlu cari consultant dan rakan atau keluarga yang benar-benar memberi anda kekuatan ketika anda lemah dan jatuh untuk meneruskan program mengurangkan berat badan dengan baik.


8. Bila anda mahu mulakan?

Tidak ada masa seperti HARI INI, ESOK, LUSA. No eating the pantry empty before you begin. Buang makanan ringan dan mulakan sekarang!


Credit to blog : http://profhariz.com/

Rabu, 4 Februari 2015

Menu Diet Saya

Entry kali ni nak share dengan korang menu Diet saya pulak. Lepas saya up entry TIPS KURUSKAN BADAN ni, ada yang bertanya menu Diet saya.

Sekarang ni tengah makan makanan yang berkhasiat semula setelah lama menternak lemak. Kali ni harap-harap tak de la hangat-hangat tahi ayam lagi. Nak sihat kena berkorban sikit la menahan hawa nafsu makan tu. Saya selalu macam tu, awal-awal je berkobar-kobar jaga pemakanan lepas tu last-last kecundang lagi. Semoga kali ni terus istiqomah menjaga pemakanan dan senaman. InsyaAllah...

Ni antara menu-menu diet saya yang simple sepanjang saya berdiet...

Setiap hari saya akan mulakan breakfast dengan 2 biji telur ayam samada rebus, goreng dan sebagainya, Apa yang penting saya akan makan telur ayam setiap hari dan tak lebih dari 2 biji.



Fried Fillet Chicken With Salad

menu ni simple je. saya perapkan fillet chicken dengan sedikit serbuk kari dan kunyit, lepas tu saya fried kan dan dimakan bersama salad yang digaul bersama mayonis. Saya tak berapa suka sayuran hijau tapi sebenarnya ia sangat bagus untuk kesihatan kita jadi hanya salad dan timun jepun saje yang saya boleh makan. Oh ye tomato tu saya tak makan pon, saje buat hiasan nak bagi nampak meriah sikit pinggan tu. untuk permulaan diet atau induction tomato tak boleh makan lagi ye...



Fried Fillet Chicken With Salad

Antara menu fevret yang saya selalu masak. Menu sangat simple goreng je ikan dengan tepung instant. tapi saya tak makan kerak tepung tu, saya hanya makan isi ikan je dengan salad. untuk diet atkins ni tepung memang tak boleh makan tapi saya buat untuk perasa je.



Ikan Goreng Kunyit With Salad And Timun

Ni menu yang paling malas sekali. hehe. Kadang-kadang saya goreng ikan je makan bersama salad dan mayonis bersama timun. So simple...




Sup Dada Ayam

Dinner bese saya selalu masak sup je. Salah satu fevret saya adalah sup dada ayam. Amik bahagian dada je buat sup. Bahan-bahan simple je letak kentang sikit, lobak, daun bawang/daun sup, perencah sup adabi. Kentang, lobak dan perencah tu saje letak nak bagi nampak sup meriah dan sedap tapi untuk permulaan diet atkins yang berkesan jangan makan lagi. Kalau dah masuk fasa lain boleh la amik ye. For induction paling minima two weeks je dan paling lama six month. Kalau dalam tempoh six month masih tak turun berat badan ade something wrong la tu. Dah dapat berat ideal yang kita nak boleh teruskan ke fasa lain ye and just maintain je ok.


ada lagi menu nanti saya share part seterusnya. kalau nak share satu entry berjela pulak la jawabnya. Sesiapa yang ada menu-menu diet yang menarik boleh share sama-sama dekat sini okeh. Sharing is caring rite :D. 


Thanks sudi baca ^^


Jumaat, 2 Januari 2015

8 Tips Mudah Turunkan Berat Badan


Entry kali ni aku nak bagi tips la kat korang macam mana nak maintain selepas mendapat berat badan ideal anda. Sebabnya aku tau dah, sekarang ni pompuan suma dok obses nak kurus suma kan, paling risau sangat orang pompuan ni kalau jarum penimbang tu naik kan. Bila membe ajak lunch makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api korang bukan main lagi dok main wayang kata dah kenyang la, dah makan la padahal korang nak dietkan? Tup tup tengah malam karang penuh mulut korang dok kunyah biskut dan coki-coki. Lagu mana la nak kurus kalau camtu. Korang tau dak cara diet korang tu salah? Ok takpe-takpe...now aku nak story mory sikit aku dulu sebelum kurus macam mana.



SEBELUM DAN SELEPAS


Gambar kiri tu masa berat badan aku 66kg. Gile gemok tak sanggup nak tengok sangat la gambar waktu tu. Sedih pulak tengok berat badan boleh mencecah sampai macam tu sekali sebab aku memang tak pernah gemuk pon dulu dulu. Dari itu la timbul kesedaran nak kuruskan badan dan dapatkan berat ideal macam dulu dulu. Yang gambar belah kanan tu pulak berat aku dah mencecah 59kg after 2 months ago. suke sangat time neh. ramai jugak la yang tegur, 'wah dah kurus sekarang, ape rahsianya?' ha rahsia nya meh aku bagi tips yang aku amalkan macam mana aku boleh kurus.



1. KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN MAKAN PROTEIN


maksudnya disini korang kena kurang kan makan karbo contohnya macam nasi, mee, roti, kentang. Ok fine ada yang kata 'ape tak makan nasi? kite orang asia memang dari kecik dah diajar makan nasi, kalau tak makan nasi abis nak makan apa?' ok ok rilek rilek jangan la marah, dia macam ni sebenarnya bukan korang tak boleh makan nasi segala tu tapi portion yang korang boleh amik hanya sedikit je dari biasa. contohnya nasi, korang boleh makan macam ni...





PEMAKANAN YANG SEIMBANG


protein macam ayam, ikan, daging, ketam, telur dan sebagainya lagi korang kena amik banyak dalam pemakanan harian tapi jangan la makan terlalu banyak sangat nanti kan lebih protein sangat kena pnyakit buah pinggang pulak kecuali kalau korang jenis suke minum banyak air masak tak de masalah sebab air tu boleh reduce balik pemakanan korang tu. dan jangan lupe sayur kena makan walau tak suke macam mana sekalipon kena belajar makan sayur sebab sayur banyak khasiat. lebih elok lagi kalau korang makan sayur sayuran hijau tuh macam bayam, kangkung, sawi, brokoli, timun. macam aku dulu memang boleh dikatakan sayur aku memang jarang makan sebab dari kecik memang mak aku kurang masak sayur. tapi bila dah dewasa ni kesedaran terhadap pemakanan tu tinggi dan setelah banyak buat research pasal khasiat sayur ni so dari tak suke sayur dah jadi suke pulak makan sayur tapi sayur yg aku selalu makan sayur hijau je la. sayur lain-lain aku kureng sikit.


2. JANGAN CRASH DIET


crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai je aweks aweks yang buat macam ni. aku cukup marah btol la. sebabnya bila korang crash diet, memang la berat korang turun secara mendadak. yelah korang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, korang gembira bukan main kepalang. Padahal berat korang turun sebab water volume dalam badan korang yang reduce bukan fat. Pastu kalau korang crash diet, metabolisme badan akan rendah sebabnya badan korang pikir korang tgh starvation. Pastu kang bila korang dah tak dapat tahan nafsu, korang makan macam biasa balik, badan korang akan store as much fat as possible. maka berat korang yang bertambah akan lebih dari yang korang hilang. rugi tak?


3. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION


'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. ceh. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja korang skip-skip meals ni. Kalau korang skip meals, korang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, korang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang korang makan tu badan korang store jadi fat lah. Bila badan korang perlukan energy pada siang hari, korang tak makan. Bila badan korang tak perlukan energy korang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.



4. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI


'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi korang tau tak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, diorang rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpe. Sebab tu diorang tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama je makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku bitau ngan korang, aku dulu berat turun sampai 8kg sebab aku tak makan jajan langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum mineral water & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



Anyway, aku makan macam biasa, keje penat makan mesti mewah maaa. Takde diet. Tapi aku tak sentuh junk food langsung. Kalau balik kampung pon kat umah aku takda junkfood sebab adik bradik aku suma diorang tak makan junk food. Beza la masa sekolah dlu, sikit2 jajan. sikit2 jajan. Hampeh masa sekolah dlu walaupun aku training netball, hoki tiap-tiap hari tapi berat aku tetap bertambah jugak. Ni suma gara-gara crash diet ngan junk food. siot je kan. Tapi takpe, amik pengajaran. Dalam buku ada tulis, weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Yang tu memang dia kurang takkan naik lagi. Buku understanding nutrition lah tulis, kalau salah korang maki penulis dia k.



5. AKTIFKAN DIRI ANDA!


satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau korang bz mengalahkan menteri, korang tak dapat jogging tiap-tiap petang takpe. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park kete jauh-jauh dan jalan laju laju. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator atau lift tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur. Haha



6. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.


kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cite. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tup tup seminggu je tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kurus sikit, diorang dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, chesse cake meleleh leleh pulak yang tengah hot sekarang ni dan suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau korang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolisme ni perlukan oxygen, bila korang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolisme tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolisme berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan korang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak korang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem korang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolisme ni boleh buat korang lapa nak mampos.



Baru-baru ni, aku ada terbaca. The latest research bitau, kalau nak kuruskan badan secara consistant & tanpa rasa letih, korang just jalan je. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pe meh aku bitau kat korang suma, kalau korang jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolisme yang berlaku adelah fat metabolisme. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan korang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Pasni aku nasihatkan, petang2 tu pegi la jalan-jalan keliling kawasan umah korang, yang aweks2 tu pegi la usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takde makne ye!



7. KURANGKAN GULA


ye gula! gula memang banyak manfaat kesihatan bile korang kurangkan gula dalam pemakanan seharian. dan memang aku pon jenis tak suke manis-manis so aku rasa tak susah la nak kurangkan gula dalam pemakanan seharian aku. tapi tak boleh la tak ade gula langsung dalam body kita bahaya jugak. macam aku memang tak suka gula, so kat umah aku memang tak de gula, tapi aku just makan buah buah sebab dalam buah tu dia dah ada glucose. tapi kena makan berpada-pada jugak la buah ni, ini tak korang dah elok tak makan gula lepas tu pegi makan buah epal sekotak sehari. tak de makna nya. ha! dan sekarang ni pon kerajaan dah kurangkan harga subsidi gula kan, tu pon salah satu faktor untuk mengalakkan pengurangan penggunaan gula dalam masakan dan minuman sebabnya peratus penyakit kencing manis kat negara kita ni paling tinggi tau. ayoyo! takut tak dengar? takut kan. so kurangkan gula dalam minuman, maniskan senyuman itu yang lebih baik. kikiki.


8. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH/MASAK


yang ni memang tak boleh nak elak dah. mana-mana pon kena banyak minum air putih atau air masak sebab air ni banyak manfaatnya. air masak ni better minum 1 liter untuk 25kg berat korang ye. kalau berat korang 60kg thats mean korang kena minum at least 2 liter 1/2 satu hari tapi sebaik baiknya minum la 3 liter ke. jangan terlebih minum pulak nanti masalah lain pulak yang datang. tapi aku perhatikan banyak orang malas nak minum air masak sebab ade yang kata tak sedap la. helo! kalau nak sedap minum air manis-manis korang tau tak yang gula tu bahaya hoi! tak rugi pon tak minum air berperisa ni. apa yang penting kesihatan tu lebih utama. aku dulu memang jarang minum air masak tapi dengan adanya kesedaran yang tinggi ni aku beli botol air yang besar dan selalu bawak pegi mana-mana. ini sebenarnya boleh motivate kan kite untuk belajar minum air masak dengan secukupnya. sebab ape ape pon korang kalau makan ubat ke supplement ke, diorang akan suggest minum air yang banyak untuk reduce balik ape yang kita makan.


PENGALAMAN SENDIRI



Gambar ni masa aku rajin time cuti-cuti tak de wat pe aku pegi gym. memang seronok pegi gym sebab macam-macam exercise boleh buat dalam tu. tapi memang jarang la aku pegi gym sebab aku lagi suke jogging dekat park, fresh air la kononnya kan. itupon kalau hujan je lah aku pegi gym pon. So, kesimpulannya walaupon korang jaga makan macam mana sekalipon tapi kalau tak ada buat senaman tak leh jugak. Kurang-kurang dalam satu minggu 2-3 kali kena exercise tau. Ok ada pulak yang kate, orang bujang macam aku tak de komitmen sangat kan, hamboi! memang la tak de komitmen sangat tapi itu sume bukan alasan okeh! ada je orang dah kawin anak 5-6 tapi boleh je pon bagi masa. Alah nak buat senaman ni tak semestinya korang kena pegi gym, kena outdoor. no no no. Kalau korang belajar senaman ni de banyak jenis tau boleh buat dalam umah or klau malu sangat buat la dalam bilik korang tu ha. rajin2 la search dekat youtube, exercise yang simple2 boleh korang buat. tak de alasan kalau rajin kan.


Berdasarkan pengalaman akulah, memang betol. Aku ilang 8kg dlu masa 2 bulan. Yang pasti, aku banyak berjalan sekarang. Sebabnya aku ni jenis suke shopping bagai nak gila. hek hek! aku kalau shopping memang tak ingat dunia, kata mak aku la. Shopping dengan orang pompuan ni mana la boleh dipisahkan kannnn. Bagi aku bila shopping ni, aku akan banyak berjalan-jalan, sampai satu mall aku pusing. memang tawaf abis la dalam tu, kadang bukan membeli sangat pon tapi just have fun and window shopping. memang cerah la mata kalau window shopping ni kan. Ha, sambil jalan-jalan tu, kita tak sedar berapa banyak kalori dah turun sebenarnya, tapi harus diingatkan berjalan laju-laju ye bukan jalan lenggang kangkong pulak.


Berat aku turun 8kg dalam masa 2 bulan kire tak de la drastik sangat. Sekarang ni pon berat maintain lagi, kadang dia turun kadang-kadang dia naik tapi naik tak de la sekilo dua, bese2 0.5kg je naik nya. itu pon sebab tak kontrol makan betol-betol sangat dan senaman sekarang ni langsung tak de buat sebab masa tak mengizinkan lagi. tapi ada masa ada la buat planking or exercise yang simple-simple macam angkat dumble sebab nak bagi otot-otot kuat dan sihat. eceh!



ok tu jelah yang dapat aku simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any doctors wannabe yang ada futher info regarding this, bole la same-same kte share-share kan ilmu ye. Aku ni bukan belaja medic pon tapi banyak tau dari buat research dalam tenet je. hehe. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di pelajari. Kalau tak bersetuju jangan kutuk, sebaiknya gunakan ayat-ayat yang berhemah untuk membidas point-point aku ye hehe. harap korang gembire dengan entry ni setelah sekian lama aku tak update.


Thanks sudi baca ^^

Rabu, 22 September 2010

Tips : Cara Makan Yang Sihat

Assalamualaikum. witwit!apa kabar korang pagi nie?i macam bese la sihat sokmo orang ganu kate. hihi..i ni tengah berdiet lagi (eh!padahal tadi pagi ak makan roti canai..haha) ala roti je bukan nasi pon kan. Hari nie kan i nak kasi sikit tips la kat korang. Sharing is caring right? =)..Tips nie i dapat melalui pembacaan i dalam sebuah majalah.

*pic google...

  • Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana secara semula jadinya pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian;
  • Hindari bahan makanan yang diawetkan. Jika terpaksa membelinya, pastikan tiada "bahan pengawet" tertulis pada label kemasan makanan yang dibeli;
  • Pilih makanan atau minuman yang berwarna semula jadi. Ini kerana, ramai orang terutama kanak-kanak selalu memilih makanan yang berwarna kerana lebih menarik. Namun, makanan berwarna ini sering ditambahkan zat serta pewarna tambahan;
  • Elakkan menambahkan sos, kicap, garam dan bahan-bahan penyedap rasa secara berlebihan di dalam makanan yang dimasak. Ini kerana, bahan sebegini mengandungi kadar MSG yang tinggi di dalamnya.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin, mineral air, fitonutrien, antioksiden dan serat di dalam makanan sebegini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan;
  • Teknik pengolahan makanan juga mempengaruhi mutu makanan. Pilih makanan dengan kaedah memasak seperti kukus, rebus atau tumis dengan sedikit minyak sahaja. Kaedah menggoreng, memanggang dan bakar dikurangkan sedikit kerana ia mengandungi banyak lemak serta boleh merosak nilai zat kerana dimasak pada suhu yang tinggi.
  • Banyakkan minum air putih, minimun 8 gelas sehari. Hindari minuman beralkohol, bersoda serta minuman yang mengandungi gula serta kafein yang tinggi. Jus sayuran dan buah juga baik untuk menjaga dan memelihara kesihatan tubuh. 

p/s: elok la amalkan jika ngah berdiet cam i nie...=)