expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 28 Mei 2021

Laksa Terengganu

Assalamualaikum..Hi

Disebabkan laksa ni trending kat media sosial hari tu, teringin pulak nak makan laksa. Dah lama tak makan sebab tak berapa suka sangat laksa ni tapi kalau sebulan sekali tu boleh la nak makan.

Kisahnya makcik bawang ni katanya laksa Johor tak guna ikan biashe2 ye jatuh la standard laksa Johor pakai ikan tenggiri so ramai la netizen2 dari negeri lain mengecam makcik bawang ni. Maka terjadilah perang al laksa sesama negeri... hahahahaha! Stress pkp agaknya makcik bawang ni. 

Biasa la setiap negeri ni dia punya budaya dan adat berbeza beza begitu juga dari segi makanan kan. Macam sy orang Pahang tapi laksa pahang dan terengganu tak jauh bezanya. Bila sy kahwin dengan orang Terengganu ni baru sy tahu rupanya Terengganu ni ada 2 jenis laksa iaitu laksa kuah putih dan laksa kuah masak. Biasa yg sy makan laksa kuah putih je. Bila try laksa kuah masak mmg cannot go la rasa dia. So dari dulu sampai sekarang fevret laksa sy tetap laksa kuah putih. 

Walaupun sy ni orang PAHANG tapi mak sy asal orang Terengganu. Biasa orang pahang dia pakai laksa gandum tapi bila sy kahwin dengan orang Terengganu ni kena belajar² la makan laksa terengganu pakai laksa tepung beras. 

Mula² dulu tak biasa jugak tapi bila dah lama² tu dah biasa dah makan laksa terengganu ni. Okay sedap pulak rasa dia. Kuah dia lebih kurang je kuah putih jugak. Lepas tu belajar cara makan guna tangan je, biasa makan guna sudu 😆😆 Seronok jugak belajar cara dan budaya negeri orang ni kan 😊😊👍 

Ni resipi laksa terengganu sy...belajar dengan mak mertua jugak ni 😊😊😊 tapi kuah laksa mak sy buat tak tertanding la rase sedapnya 😁 air tangan ibu memang special kan walaupun bahan sama je tapi air tangan tu yang penting kannnnn....

Laksa TERENGGANU (Kuah Putih) style sy yg simple je...sy memang suka yg mudah² jerrrrr 😆😆



Style terengganu mesti guna ikan selayang / ikan kembung je bukan ikan tenggiri ye...hehe



Mesti guna laksa tepung beras bukan spaghetti ataupun laksa gandum ataupun mee lidi n etc. Huhu...


BAHAN-BAHAN :

 8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung

 2 sudu kecil lada hitam

 1/2 in halia

 1 ulas bawang putih

 5 ulas bawang merah

 sedikit belacan*

 sedikit daun kesum* suka bau daun kesum meresap kat kuahnya

 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya

 2 keping asam gelugur

 sedikit garam dan gula


BAHAN HIASAN :

 Daun kesum secukupnya dimayang halus

 Kacang panjang secukupnya dimayang

 Kobis diracik halus

 Timun dimayang

 Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus

 Bunga Kantan- dihiris halus

 Taugeh - buang ekor

 4 biji limau kasturi-belah 2





CARA MASAK:

1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.



2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.


3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.

4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.

5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.


6. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya. Lagi pekat lagi sedap. Aummm





14 ulasan:

  1. sedap pulak tengok kuah laksa tu... hehehe

    BalasPadam
  2. Sedap tgk kuah laksa pekat.. rajin masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuah pekat mmg sdp sis sbb byk ikan...klu beli kt luar kuah cair je..x rse ikan sgt..pstu santan tu kdg2 berbau...x puas hati mkn klu x msk sdiri..hehe

      Padam
    2. Betul pun kuah cair tak best makan. Suka yg pekat heheh.

      Padam
  3. tengok kuah tu terasa kesedapannya hehehe

    BalasPadam
  4. Oooo... ada daun kemangi juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sis..org tganu mmg letak daun ni..aroma dia lg sedap..hehe

      Padam
  5. Terliurnya tengok kuah laksa tu. Yummehh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bleh try bt sdiri sis..ltk isi ikan byk2..hehe

      Padam
  6. Saya pernah mencuba untuk memakan laksa, tak kira laksa Johor atau utara, keduanya saya tak boleh makan. Kecuali laksa Sarawak, tu saya makan.

    BalasPadam

Assalamualaikum...^_^

For all readers, thank you for comment...appreciate that ^___*