Assalamualaikum ❤
Dah 4 hari aku mengalami ulser di mulut. Lepas 3 hari ulser kat mulut dah okay tiba-tiba datang pulak ulser di lidah. Mak aihhhh!!! sakitnya ulser dekat lidah tak terperi rasanya sampai kadang rasa nak marah orang je. huhu. Nak bercakap pon tak de mood dan dah berapa hari jugak la aku takde selera nak makan apetah lagi nak makan makanan yang pedas-pedas. Fuh! jarang-jarang terkena ulser di lidah ni, itupun disebabkan aku tergigit lidah masa mengunyah makanan bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit" ye sampai ulser dibuatnya. hehe.
Inilah diantara punca-punca menyebabkan terjadinya ulser di mulut yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Biasa kalau ulser kat mulut cepat je baik, dalam 3 hari pon dah ok tapi kalau ulser kat lidah ni dah 4 hari pon belum sembuh lagi malah rasa semakin sakit dari hari ke hari. So, aku cuba cari petua cara tradisional untuk merawat ulser dan aku kongsikan untuk korang yang juga mengalami masalah yang sama dengan aku.
1. Air garam
Berkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.
Walau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan. Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:
Ambil satu sudu garam. Boleh gunakan apa sahaja jenis garam yang ada di dapur anda.
Larutkan dalam secawan air panas.
Pastikan garam betul-betul larut. Kacau dengan sudu.
Tunggu sehingga suhu air larutan garam menjadi sedikit suam.
Berkumur, fokuskan air garam supaya sampai kepada ulser.
Berkumur selama mana anda mampu menahan kesakitan.
Buang air garam.
Jangan bilas dengan air biasa. Biarkan air garam melekat pada ulser.
Ulang sekerap yang anda mampu. Lagi kerap anda berkumur dengan air garam, lagi cepat ulser anda akan hilang.
2. Air kosong
Salah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.
3. Marjerin
Kalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.
4. Ubat gigi
Selain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.
5. Baking soda
Kat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Ambil sedikit baking soda dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.
Ambil sedikit baking soda, campurkan sedikit air sehingga menjadi pes. Tampalkan pes tadi pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.
6. Uncang teh
Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:
Rendam satu uncang teh sehingga kembang.
Angkat dari air panas dan tunggu sehingga uncang menjadi suam.
Tekapkan pada ulser.
Biar sehingga uncang menjadi sejuk.
7. Aloe vera
Aloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:
Ambil sebatang aloe vera.
Buang kulitnya, sehingga keluar isi berjeli.
Ambil jeli tersebut dan sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.
8. Madu
Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.
9. Madu & kunyit
Anda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:
Ambil setengah sudu kecil madu.
Ambil sedikit serbuk kunyit.
Campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati.
Sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.
Tak perlu dibilas. Biarkan sahaja campuran tadi kekal di dalam mulut.
Jika anda tertelan, tidak mengapa.
10. Air kelapa muda
Air kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekerap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.
Setakat ni aku just amalkan minum air kosong banyak-banyak je. Alhamdulillah rasa sakit makin berkurangan sedikit. Kalau air garam ni memang tak sanggup nak buat sebab dah pernah try buat dulu rasa sakit dia menikam sungguh. Option aku gunakan bahan-bahan yang mana ada kat rumah je macam marjerin, ubat gigi or baking soda boleh la cuba. Harap-harap ulser di lidah aku ni cepat-cepat la baik sebab takde selera nak makan selagi tak okay. huhu.
Semoga petua ini membantu korang yang ade masalah ulser ye.
Terima kasih share petua. Kalau terkena ulser tu memang tak syok lagi lagi makan makanan pedas. Terasa pedihnya
BalasPadamSama2 sis..pedih dia rse mcm nk menjerit kuat2..hihi
PadamTahu takpe. Nak tak nak tahan sakit je lah sampai elok :)
Padambanyak juga keadah tuk ulser ni kan tapi saya selalu guna ubat oral aid sebab anak mmg selalu kena.
BalasPadamYup..bleh pilih yg mana kita selesa dan mudah..oo oral aid yg beli kt farmasi tu ye sis ?
PadamBanyak petuanya nih! boleh cuba mana yang senang.
BalasPadamMrs. A jarang kena kalau anak-anak kena pulak sapukan bonjela krim yang klinik bagi
Yup..byk petua tradisional yg mdh didapati di sekeliling kita..😊
PadamKebetulan sekarang ada ulser baru nak muncul.. hahaha.. ulcer dekat lidah tu memang selalu kena, especially masa puasa. haih. memang smpai ke raya lah jawabnya.. tapi bila kena kat lidah saya lagi suka kalau dapat makanan pedas and panas. rasa puas hati hahha
BalasPadamwow bleh sis tahan mkn pedas2 wpon tgh perit ulser..klu sy menjerit la jwbnya..haha
PadamTerima kasih share. Sangat berguna. Memang sakit kalau kena ulser ni. Nak makan pon tak boleh
BalasPadamsama-sama sis..ye la sis sy x berapa ari x de selera nk mkn T_T
Padammarjerin tu selalu guna
BalasPadam👍
Padamadoii kalau ada ulser dalam mulut memang tak selera makan ni
BalasPadamaah sis..sakit dia x tahan smpaikan rse lapar pon x pe la..
Padamair kepala the easier one ...garam..oh noo
BalasPadamair kepala pon boleh ye sis..hihi :D
Padamthanks for the share....
BalasPadamUr welcome dear 😘
Padamxde pon bonjela? huhuhu
BalasPadamBonjela tu cara moden...mmg x de la..huhu
BalasPadammy dad gave me bonjella last time. Alhamdulillah it works.
BalasPadamYap..klu cara moden sng pakai bonjella je kan..
Padamterima kasih share petua nya.. saya mengalaminulser skg ni.. 3 penjuru ulser tu skli dtg.. bibir kiri kanan dan lidah.. perit sakit semua ada.. mula² igtkn si covid19.. paduhal ulser..
BalasPadamsama2..semoga bermanfaat ye :) semoga cepat sembuh...
PadamKite selalu pakai watermelon frost hehe
BalasPadamOhh okay nice try it 👍😊
PadamTerima kasih atas perkongsian..nanti² boleh cuba petua ini.
BalasPadambleh cuba ye :)
Padam