Ahad, 1 Disember 2019

Kebaikan Dan Manfaat Beras Perang

Assalamualaikum ❤

Dah lama tak share pasal my dietry ni. Dulu aku pernah share tentang diet aku kat sini <<SILA KLIK SINI>> . Ramai kawan-kawan aku tanya beras apa yang aku makan time diet. So this is my answer. Sepanjang tempoh berdiet aku hanya makan beras perang jenama Eco Brown's Original je. 


Inilah rupa beras perang yang aku makan time diet





Korang tahu tak bahawa orang kaya di zaman dahulu kala lebih gemar memakan beras putih dan menganggap beras perang hanya untuk orang miskin dan petani. Pada zaman sekarang, sains dan kajian telah membuktikan bahawa khasiat dalam beras perang jauh lebih tinggi berbanding beras putih!

Di India pada zaman 1897. telah dikaji bahawa penyakit beri-beri disebabkan nasi putih kerana kekurangan vitamin B1 (thiamin) yang telah hilang semasa diproses. Sejak dari itu, kerajaan membuat undang-undang supaya beras putih diperkaya dengan vitamin. Walaubagaimanapun, vitamin tersebut masih lagi hilang semasa proses pembersihan beras. Semua pengeluar beras tidak dapat meletakkan nutrien yang sama seperti fiber dan phytochemical yang dapat membantu menurunkan kolestrol, menjaga jantung dan melawan kanser. Ini yang menjadikan beras perang lebih baik dari beras putih.

Di bawah disertakan perbandingan beras perang dan beras putih.


Antara kebaikan beras perang yang telah dibuktikan adalah:
1. Membantu mengurangkan asthma kerana antioksida dan phytonutrient yang meningkatkan immune sistem manusia.

2. Membantu mengelakkan kanser dimana selenium di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus besar

3. Sumber tenaga kerana mempunyai nutrien manganese dan magnesium. Ia merupakan mineral yang banyak membantu badan menggunakan karbohidrat sebagai tenaga.

4. Membantu pembinaan tulang kerana mempunyai magnesium dan kalsium.

5. Mengurangkan risiko batu hempedu kerana serat tidak larut yang dipunyainya.

6. Membantu mengurangkan sembelit dari nutrien serat dan magnesium.

7. Membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang tinggi dan dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada badan.

Menurut Malaysian Dietary Guidelines 2010 : Whole grains should form 50% of the total grains intake as recommended.

Jadi menggantikan beras putih kepada beras perang ia akan memberi khasiat yang pastinya berbaloi-baloi bagi pengamalnya. Masaklah di rumah dan makan secara sihat demi kesihatan di masa depan.
Inilah rupa beras perang yang telah dimasak. Warnanya agak keperangan dan rasanya tawar je.

Disebabkan beras ni cepat mengenyangkan, so korang boleh la kurangkan kuantiti beras bila nak masak tu. Kalau masak beras ikut sukatan biasa, confirm ada extra. Lagipon beras ni memang cepat mengenyangkan. Makan sikit pon dah kenyang.

Selain  ia baik untuk diet rendah kalori dan pesakit kencing manis, beras perang ni juga amat sesuai sekali untuk mereka yang ingin mengurangkan kolestrol dalam darah. See, banyak kan manfaat dan kebaikan beras perang ni. So, kalau rasa nak diet tu, jom bertukar kepada beras perang. Boleh kuruskan badan tau...

Jika korang berminat mendapatkan beras perang dan maklumat lanjut, boleh layari www.ecobrown.com

Pembelian online juga boleh dibuat di : http://shop.ecobrown.com


9 ulasan:

  1. x pernah makan beras perang, maizura.
    tapi sgt tahu la ia baik utk kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo..bagus beras perang ni sis trutama yg nk berdiet n ade pyakit kcing manis..

      Padam
  2. Memang bagus beras perang ni. Haida pun gunakan sejak dapat diabetes

    BalasPadam
  3. Info menarik. Fiza sekarang gdm on diet. Boleh try beras ni.

    BalasPadam
  4. Dulu memang amalkan makan beras perang ni masa diet tapi since pakar diet cakap sama je beras ni dengan lain. so pilih beras herba ponni je sampai sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah mmg sma je kalori dia sis..cuma sy suka mkn beras perang ni sbb mkn sikit pon rse kenyang lama..lambat basi..

      Padam

Assalamualaikum...^_^

For all readers, thank you for comment...appreciate that ^___*