expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 30 Disember 2019

Makan Sedap di Kuala Terengganu

Assalamualaikum & Hye ❤ 


Musim cuti sekolah dah sampai ke penghujung nya. Korang masih bercuti lagi ke tu? Aku nak share la satu tempat makan sedap di Kuala Terengganu ni. Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu boleh la datang ke Cafe ni yang bersih dan halal, makanan sedap dan harga so affordable. 




Kat sini korang bukan saje boleh makan-makan tapi boleh menginap sekali. Aku tak pernah lagi menginap kat sini sebab aku tinggal di Terengganu je kan so kalau korang yang datang dari jauh boleh la try stay kat sini. Hotel ni kepunyaan orang muslim so jom kita support muslim first. Sambil menginap kat sini boleh terus makan-makan di bawah hotel ni ade disediakan Cafe. So tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau korang lapar tengah malam tak susah-susah nak cari tempat makan. Menu yang disediakan sangat sesuai kalau korang yang tengah berdiet sebab kebanyakan makanannya sangat lah healthy dan portion yang suitable dieting. 














Me and husband hari tu dah try makan cendol kat sini memandangkan kitorang ni memang suka sangat dengan cendol so rasa dia sangat la sedap, rasa kurang manis tu yang membuatkan kitorang lagi suka sebab kitorang jenis tak suka manis-manis sangat. And then dia punya presentation memang curlassss!! bertambah selera aku nak makan. Harga dia so affordable la semangkuk ni MYR4 je u olssss. Kalau tambah isi durian mahal sikit la sebab durian kan mahal. 






For food, husband pilih nak makan Nasi Ayam Kunyit Bonda ni. Pergghhhh husband kata dia punya sambal meletuppssss sangat rasa dia sampai tak cukup dibuatnya. Rasa ayam kunyit dia ok la not bad and dia punya kuah pon so good. 




For me pulak aku nak makan yang ringan-ringan je for dinner so aku choose Mojo Chicken Grill ni. Paling aku suka sos and salad dia memang superb rasa dia. Masih terasa rasa masam-masam salad tu. Dia punya ayam tu di grill kan so not bad cuma rasa pedas sikit la. Kentang dia pon aku suka sebab rasa crispy and kecik comel je. Aku tak suka jenis kentang yang besar-besar sebab takde rasa crispy bila dimakan tu. 








Ni pulak contoh plate yang disediakan di Cafe ini. Portion yang sangat sesuai untuk orang yang berdiet dan healthy sebab lengkap dengan karbo, protein and then sayur/ulam-ulaman dalam satu pinggan. 








If korang nak buat party pon boleh kat sini. Boleh bawak ramai-ramai makan sekeluarga sebab Cafe ni sangat luas dan selesa sangat. Nak lepak lama-lama pon boleh sebab tempat dia tenang and damai je. Korang boleh pilih nak makan kat dalam cafe disediakan penghawa dingin atau nak makan kat luar sedut udara fresh. Aku makan kat luar je sebab malam tu angin sepoi-sepoi bahasa je. So calm and rasa macam nak tido je la kat situ. haha. Feeling macam duduk kat tepi pantai gitewwww.... 







So korang boleh contact this number if korang nak buat tempahan meja and pertanyaan selanjutnya ok. 


Ni alamat Hotel aku sertakan kat bawah ni korang boleh google maps or waze je location tu. Senang je nak cari hotel ni sebab terletak betul-betul tepi jalan utama Kuala Terengganu. 




Alamat:

 

4856 Jalan Sultan Mahmud, Batu BurukJalan Sultan Mahmud, Batu Buruk 20400 Kuala Terengganu Terengganu

Rabu, 4 Disember 2019

Petua Hilangkan Ulser Dalam Mulut

Assalamualaikum ❤


Dah 4 hari aku mengalami ulser di mulut. Lepas 3 hari ulser kat mulut dah okay tiba-tiba datang pulak ulser di lidah. Mak aihhhh!!! sakitnya ulser dekat lidah tak terperi rasanya sampai kadang rasa nak marah orang je. huhu. Nak bercakap pon tak de mood dan dah berapa hari jugak la aku takde selera nak makan apetah lagi nak makan makanan yang pedas-pedas. Fuh! jarang-jarang terkena ulser di lidah ni, itupun disebabkan aku tergigit lidah masa mengunyah makanan bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit" ye sampai ulser dibuatnya. hehe.




Inilah diantara punca-punca menyebabkan terjadinya ulser di mulut yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Biasa kalau ulser kat mulut cepat je baik, dalam 3 hari pon dah ok tapi kalau ulser kat lidah ni dah 4 hari pon belum sembuh lagi malah rasa semakin sakit dari hari ke hari. So, aku cuba cari petua cara tradisional untuk merawat ulser dan aku kongsikan untuk korang yang juga mengalami masalah yang sama dengan aku.


1. Air garam

Berkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.


Walau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan. Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:
Ambil satu sudu garam. Boleh gunakan apa sahaja jenis garam yang ada di dapur anda.
Larutkan dalam secawan air panas.
Pastikan garam betul-betul larut. Kacau dengan sudu.
Tunggu sehingga suhu air larutan garam menjadi sedikit suam.
Berkumur, fokuskan air garam supaya sampai kepada ulser.
Berkumur selama mana anda mampu menahan kesakitan.
Buang air garam.
Jangan bilas dengan air biasa. Biarkan air garam melekat pada ulser.
Ulang sekerap yang anda mampu. Lagi kerap anda berkumur dengan air garam, lagi cepat ulser anda akan hilang.


2. Air kosong

Salah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.


3. Marjerin

Kalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.

4. Ubat gigi

Selain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.








5. Baking soda

Kat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Ambil sedikit baking soda dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.
Ambil sedikit baking soda, campurkan sedikit air sehingga menjadi pes. Tampalkan pes tadi pada ulser. Biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air biasa.


6. Uncang teh

Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:
Rendam satu uncang teh sehingga kembang.
Angkat dari air panas dan tunggu sehingga uncang menjadi suam.
Tekapkan pada ulser.
Biar sehingga uncang menjadi sejuk.

7. Aloe vera

Aloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:
Ambil sebatang aloe vera.
Buang kulitnya, sehingga keluar isi berjeli.
Ambil jeli tersebut dan sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.


8. Madu

Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.

9. Madu & kunyit

Anda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:
Ambil setengah sudu kecil madu.
Ambil sedikit serbuk kunyit.
Campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati.
Sapukan pada ulser.
Biarkan seketika.
Tak perlu dibilas. Biarkan sahaja campuran tadi kekal di dalam mulut.
Jika anda tertelan, tidak mengapa. 


10. Air kelapa muda

Air kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekerap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.

Setakat ni aku just amalkan minum air kosong banyak-banyak je. Alhamdulillah rasa sakit makin berkurangan sedikit. Kalau air garam ni memang tak sanggup nak buat sebab dah pernah try buat dulu rasa sakit dia menikam sungguh. Option aku gunakan bahan-bahan yang mana ada kat rumah je macam marjerin, ubat gigi or baking soda boleh la cuba. Harap-harap ulser di lidah aku ni cepat-cepat la baik sebab takde selera nak makan selagi tak okay. huhu. 

Semoga petua ini membantu korang yang ade masalah ulser  ye. 


Ahad, 1 Disember 2019

Kebaikan Dan Manfaat Beras Perang

Assalamualaikum ❤

Dah lama tak share pasal my dietry ni. Dulu aku pernah share tentang diet aku kat sini <<SILA KLIK SINI>> . Ramai kawan-kawan aku tanya beras apa yang aku makan time diet. So this is my answer. Sepanjang tempoh berdiet aku hanya makan beras perang jenama Eco Brown's Original je. 


Inilah rupa beras perang yang aku makan time diet





Korang tahu tak bahawa orang kaya di zaman dahulu kala lebih gemar memakan beras putih dan menganggap beras perang hanya untuk orang miskin dan petani. Pada zaman sekarang, sains dan kajian telah membuktikan bahawa khasiat dalam beras perang jauh lebih tinggi berbanding beras putih!

Di India pada zaman 1897. telah dikaji bahawa penyakit beri-beri disebabkan nasi putih kerana kekurangan vitamin B1 (thiamin) yang telah hilang semasa diproses. Sejak dari itu, kerajaan membuat undang-undang supaya beras putih diperkaya dengan vitamin. Walaubagaimanapun, vitamin tersebut masih lagi hilang semasa proses pembersihan beras. Semua pengeluar beras tidak dapat meletakkan nutrien yang sama seperti fiber dan phytochemical yang dapat membantu menurunkan kolestrol, menjaga jantung dan melawan kanser. Ini yang menjadikan beras perang lebih baik dari beras putih.

Di bawah disertakan perbandingan beras perang dan beras putih.


Antara kebaikan beras perang yang telah dibuktikan adalah:
1. Membantu mengurangkan asthma kerana antioksida dan phytonutrient yang meningkatkan immune sistem manusia.

2. Membantu mengelakkan kanser dimana selenium di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus besar

3. Sumber tenaga kerana mempunyai nutrien manganese dan magnesium. Ia merupakan mineral yang banyak membantu badan menggunakan karbohidrat sebagai tenaga.

4. Membantu pembinaan tulang kerana mempunyai magnesium dan kalsium.

5. Mengurangkan risiko batu hempedu kerana serat tidak larut yang dipunyainya.

6. Membantu mengurangkan sembelit dari nutrien serat dan magnesium.

7. Membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang tinggi dan dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada badan.

Menurut Malaysian Dietary Guidelines 2010 : Whole grains should form 50% of the total grains intake as recommended.

Jadi menggantikan beras putih kepada beras perang ia akan memberi khasiat yang pastinya berbaloi-baloi bagi pengamalnya. Masaklah di rumah dan makan secara sihat demi kesihatan di masa depan.
Inilah rupa beras perang yang telah dimasak. Warnanya agak keperangan dan rasanya tawar je.

Disebabkan beras ni cepat mengenyangkan, so korang boleh la kurangkan kuantiti beras bila nak masak tu. Kalau masak beras ikut sukatan biasa, confirm ada extra. Lagipon beras ni memang cepat mengenyangkan. Makan sikit pon dah kenyang.

Selain  ia baik untuk diet rendah kalori dan pesakit kencing manis, beras perang ni juga amat sesuai sekali untuk mereka yang ingin mengurangkan kolestrol dalam darah. See, banyak kan manfaat dan kebaikan beras perang ni. So, kalau rasa nak diet tu, jom bertukar kepada beras perang. Boleh kuruskan badan tau...

Jika korang berminat mendapatkan beras perang dan maklumat lanjut, boleh layari www.ecobrown.com

Pembelian online juga boleh dibuat di : http://shop.ecobrown.com