Sunday, April 9, 2017

Resipi Chicken Nugget


Anda pengemar nugget ayam? Aku memang penggemar nugget ayam ni sejak dari zaman sekolah lagi. Masih ingat lagi dulu kan, lepas balik dari sekolah mesti akan singgah kedai makcik jual makanan depan sekolah sambil tunggu bas. Nugget dulu paling famous sampai sekarang yang bentuk-bentuk LOVE tu kan. Sedap sangat bila dimakan dengan sos cili. Bila dah dewasa ni aku dah jadi semakin menitik beratkan soal makanan ni sejak-sejak berat badan semakin bertambah ni.

For me Nugget instant yg dijual di pasaran sangat tidak bagus untuk dimakan ye sebab banyak bahan pengawet dan perasa tambahan. Lagipun harganya juga agak mahal sekarang.

So, disebabkan itu saya sediakan resipi Nugget Ayam (homemade) ni untuk anda yang sukakan makanan yang sihat dan berkhasiat tanpa bahan pengawet gituuu...😋

Ni resipi saya ye sayang sayang...

Blender semua bahan2 di bawah:

  • 1 biji telur
  • Dada ayam
  • Brokoli
  • Daun ketumbar
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih


Buat bentuk ikut suke lps tu kukus dlm 10 minit. Letak dalam freezer and boleh terus goreng je.


Nugget ayam yang telah siap dikukus akan menjadi seperti ini. Bentuk la ikut suka hati korang asalkan rasa tu sedap jadi la. Aku buat bentuk bulat-bulat je senang. Tak payah nak menyusahkan diri.

Resipi yang sangat mudah dan ringkas saje. Kalau korang nak tambah bahan-bahan lain terpulang lah boleh saja. Macam korang rase takut adunan jadi lembik sebab tak letak tepung korang boleh je letak tepung tu. Aku tak letak tepung sebab aku tengah berdiet lagi. Lagipun tak lembik sangat pon adunan tu walaupun tak letak tepung ye. Untuk ibu2 yang ade masalah anak anak yang tak suka makan sayur tu, menu ni sangat sesuai ye. So boleh cuba ye menu sihat dari saya.

Semoga bermanfaat ye semua...

Thanks sudi baca.


4 comments:

Mawarni Sani said...

Tq utk resepi

Ismi Maizura said...

sama-sama sis..

Ana Suhana said...

Mudah dan cepat nak buat rupanya. Boleh cuba buat ni utk anak sy

Ismi Maizura said...

Aah simple je..try la sis..