Sunday, April 16, 2017

Candat Sotong

Sekarang ni musim mencandat sotong dah bermula dari akhir bulan Mac hingga Julai la kebiasaannya. Sebut sahaja mencandat sotong pastinya Negeri Terengganu memang sudah terkenal dengan aktiviti ini. Setiap tahun pada musim ini, pastinya ramai manusia datang ke sini. Kalau anda masih ingat lagi pada tahun lepas Rancangan Majalah 3 pernah menyiarkan acara mencandat sotong ini dan telah mendapat sambutan ramai untuk datang ke Pantai Timur. Tempat yang paling terkenal dengan banyak sotong adalah di daerah Marang, Terengganu iaitu tempat kelahiran suamiku. Jadi tahun ni suami mengajak aku untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong dengan menaiki Bot Fiber. Tahun sebelum ini aku pernah menaiki kapal besar memang tak de rase mabuk ke apa, tapi masalahnya memang susah la nak dapat seekor sotong pun tak berjaya. haha. 

Mulanya aku merasakan berat untuk join memandangkan bila aku bayangkan Bot Fiber yang kecil dan ringan tu apabila berada di tengah laut mesti mabuk laut punya la dengan keadaan laut yang bergelora tu. Tapi aku sahut cabaran suami aku untuk merasai pengalaman ini yang bukannya selalu, hanya sekali setahun. mabuk pun mabuk la kan. Tak rasa tak tahu macam mana keadaannya kan.


Inilah dia Bot Fiber yang kami naiki untuk membawa kami ke tengah laut. Murah saje sewa bot ni dalam RM300 je. Tuan bot ni adalah kawan suamiku so dapat la murah sikit. 

Kami pergi berlima sahaja iaitu aku, suami, kakak ipar dan sepupu serta Tuan Bot. Selepas menyiapkan barang-barang untuk mencandat sotong, dalam pukul 5.30 petang pada hari Jumaat 14 April 2017, kami bertolak ke Pulau Kabu, Marang, Terengganu untuk menaiki bot yang sedang menunggu kami di sana. Sesampai di situ apabila aku melihat bot yang akan kami naiki aku dah terasa nak muntah. Rasa nak balik la pulak, tapi kuatkan semangat bila tengok orang lain semangat betul nak mencandat sotong.


Sebelum naik bot, aku beli ubat mabuk brand ni dekat farmasi terdekat. Sebaik-baiknya kena makan ubat mabuk setengah jam sebelum menaiki bot. Hempeh sungguh orang lain makan ubat ni ok je tapi aku mabuk bukan kepalang dah kat tengah laut tu. Apa tak mabuk nya, kat tengah laut tu bergelora sungguh sampai terhuyung hayang bot. Pertama kali naik Bot Fiber memang mengerikan la. Sangat-sangat mencabar la bagi aku naik bot ni sampai melambung-lambung bot mengelak arus. Mujur la tuan bot merupakan orang yang berpengalaman so tak bimbang la sangat kan.



Sebelum memulakan perjalanan kita bergambar dulu ye. Peace! steady je orang naik bot. Masa ni ok je lagi. tak de rase loya ke pening-pening ke apa kan cuma ada rasa sakit pinggang la bila naik bot ni. Masa bot melawan arus tu aku rasa macam bot terlanggar batu yang besar. adoi ler... Dalam perjalanan pon alhamdulillah aku ok je mungkin sebab dalam perjalanan bot bergerak dengan laju kan. Kelebihan Bot Fiber agak ringan dan memang laju bergerak. Dalam setengah jam dah sampai ke tengah laut.




Dah sampai ke tengah laut berhampiran dengan Pulau Kapas, mase tu tuan bot dah meletakkan sauh bot ke dalam laut. Masa bot berhenti je, aku dah start rasa pening-pening dah. Suami aku sempat lagi ambik gambar. Cuak dah muka aku time tu. Nak bangun pun memang tak larat dah. Duduk je la aku kat situ melayan perasaan mabuk aku tu. Suamiku dan yang lain-lain sedang memasang candat masing-masing dan bersedia untuk mencadat sotong. Memandangkan esok pagi baru nak balik ke darat, aku memang tak makan dan minum apa-apa takut nak membuang je di tengah laut tu. Terbaring je la aku kat atas bot tu dengan bot yang terhuyung hayang. Boleh bayang tak macam mana ?? Fuh.....

Lautan kini seakan-akan seperti sedang berpesta cahaya. Bukan hanya bot kami yang melabuhkan sauh pada malam itu, terdapat banyak bot-bot yang lain juga seperti kami, mahu mencandat sotong. Pada aku, pemandangan itu sangat menarik. Bila bot berhenti, sauh dilabuhkan, apa lagi, terus aktiviti mencandat pun bermula.


Inilah jenis candat sotong yang paling mudah nak memikat hati sotong-sotong. eceh. Pandai kau ye sotong, candat murah-murah kau tak nak makan, bila disuap dengan candat mahal cepat je kau terkam ye. Tak sampai 5 minit, orang pertama dapat sotong adalah tuan bot. Mak aih teruja aku sekejap tengok sotong besar gergasi sampai hilang mabuk aku melihatnya. Orang kedua suami aku pulak dapat sotong lepas sekor sekor dapat. Seronok pulak aih aku tengok memasing dapat sotong dengan ketam-ketam sekali pun boleh tersangkut. haha


Inilah rupa sotong yang baru saja mendarat. Warna dia memang agak kejernihan sampai nampak isi perut sotong itu ye bila mula-mula naik ke darat dan lama-lama baru jadi warna keputihan yang macam kita lihat semasa membeli di pasar-pasar tu ye. Tak teruja pon sebab ni bukan pengalaman pertama kali melihatnya. Alhamdulillah adalah sikit sotong yang kami perolehi daripada tak de langsung tu kan. Orang yang paling banyak dapat sotong adalah suami aku. Ecece...bangga sekejap isteri dia ni ha. Di tengah laut aku tengok bulan agak cerah. Petua orang kata nak mencandat sotong masa bulan cerah memang banyak la sotong-sotong. Teruja tengok walaupun tengah mabuk laut. Bila 'sportlight' ditala ke muka air kelihatan sotong berenang-renang di gigi air mengikut pergerakan cahaya. Lumrah sotong... memang sukakan cahaya. Pantang nampak cahaya, mereka pasti menjadi sangat agresif kerana mereka akan berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu.

Aku padan mabuk je kat atas bot sampai ke sudah. Terpaksa balik awal ke darat sebab aku dah memang tak tahan sangat kat atas bot tu. Sebelum pulang sempat singgah di Pulau Kapas mengambil angin bayu di waktu pagi. Memang heaven sangat berada di pulau time tuh. Rasa macam tak nak balik la pulak. Dalam pukul 3 pagi kami sampai ke darat. 

Alhamdulillah lega bila sampai ke darat. Kalau selepas ni ada orang ajak mencandat sotong dengan menaiki Bot Fiber aku orang terawal yang mengundur diri. Pengalaman yang mungkin takkan pernah aku lupakan. Cukuplah sekali merasai pengalaman ini. Satu hari terbaring kat rumah tak boleh nak buat apa dah. Dasyat betul aku punya mabuk sampai ke darat. haha.

Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak merasa pengalaman mencandat sotong, sekarang adalah masa atau musim yang sangat sesuai untuk mencuba. Sangat berbaloi-baloi!


Ok thanks sudi baca ^^

2 comments:

roshar amani said...

Haii singgah blogwalking..bestnye candat sotong & makan sotong fresh.. sy org terengganu pun tak pernah lagi cuba candat sotong hehe..

Ismi Maizura said...

roshar amani: org trg kna try mencandat skli sis..br rse feel dia mcm mna..bleh ajak kwn2 nnti..hehe