Wednesday, February 4, 2015

Menu Diet Atkins Saya

Entry kali ni nak share dengan korang menu Diet Atkins saya pulak. Lepas saya up entry TIPS KURUSKAN BADAN ni, ada yang bertanya menu Diet Atkins saya.

Apa itu Diet Atkins ? memang panjang berjela kalau nak explain dekat sini. Dipendekkan cerita korang boleh baca DietDoctor untuk penerangan lebih lanjut atau pun korang boleh refer Facebook Pages KELAB DIET ATKINS MALAYSIA untuk dapatkan info, resipi menu, share menu, inspirasi mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan cara diet ini dan boleh cari geng-geng diet.

Sekarang ni tengah makan makanan yang berkhasiat semula setelah lama menternak lemak. Kali ni harap-harap tak de la hangat-hangat tahi ayam lagi. Nak sihat kena berkorban sikit la menahan hawa nafsu makan tu. Saya selalu macam tu, awal-awal je berkobar-kobar jaga pemakanan lepas tu last-last kecundang lagi. Semoga kali ni terus istiqomah menjaga pemakanan dan senaman. InsyaAllah...

Ni antara menu-menu diet saya yang simple sepanjang saya berdiet...

Setiap hari saya akan mulakan breakfast dengan 2 biji telur ayam samada rebus, goreng dan sebagainya, Apa yang penting saya akan makan telur ayam setiap hari dan tak lebih dari 2 biji.



Fried Fillet Chicken With Salad

menu ni simple je. saya perapkan fillet chicken dengan sedikit serbuk kari dan kunyit, lepas tu saya fried kan dan dimakan bersama salad yang digaul bersama mayonis. Saya tak berapa suka sayuran hijau tapi sebenarnya ia sangat bagus untuk kesihatan kita jadi hanya salad dan timun jepun saje yang saya boleh makan. Oh ye tomato tu saya tak makan pon, saje buat hiasan nak bagi nampak meriah sikit pinggan tu. untuk permulaan diet atau induction tomato tak boleh makan lagi ye...



Fried Fillet Chicken With Salad

Antara menu fevret yang saya selalu masak. Menu sangat simple goreng je ikan dengan tepung instant. tapi saya tak makan kerak tepung tu, saya hanya makan isi ikan je dengan salad. untuk diet atkins ni tepung memang tak boleh makan tapi saya buat untuk perasa je.



Ikan Goreng Kunyit With Salad And Timun

Ni menu yang paling malas sekali. hehe. Kadang-kadang saya goreng ikan je makan bersama salad dan mayonis bersama timun. So simple...




Sup Dada Ayam

Dinner bese saya selalu masak sup je. Salah satu fevret saya adalah sup dada ayam. Amik bahagian dada je buat sup. Bahan-bahan simple je letak kentang sikit, lobak, daun bawang/daun sup, perencah sup adabi. Kentang, lobak dan perencah tu saje letak nak bagi nampak sup meriah dan sedap tapi untuk permulaan diet atkins yang berkesan jangan makan lagi. Kalau dah masuk fasa lain boleh la amik ye. For induction paling minima two weeks je dan paling lama six month. Kalau dalam tempoh six month masih tak turun berat badan ade something wrong la tu. Dah dapat berat ideal yang kita nak boleh teruskan ke fasa lain ye and just maintain je ok.


ada lagi menu nanti saya share part seterusnya. kalau nak share satu entry berjela pulak la jawabnya. Sesiapa yang ada menu-menu diet atkins yang menarik boleh share sama-sama dekat sini okeh. Sharing is caring rite :D. 


Thanks sudi baca ^^


4 comments:

Nilam syapina said...

Wahhhh nak diettt jugaaaa

Ismi Maizura said...

Nilam syapina: meh la join diet sma..bdn sihat minda pn cergas..hehe :)

ruggedmom said...

Askm.
Saya susah nak diet sebab mrmang jenis suka baking biscuit tali sempena Rejab ni, start hari ini, saya cuba berpuasa staight hingga Jumaat. Target nak turun 3kg minggu ni. Thanks for sharing.

Ismi Maizura said...

Good luck sis :)