Monday, January 6, 2014

Evening Primrose Oil (EPO)

Assalamualaikum <3

Tengok tajuk tu mesti la nak cerita pasal Evening Primrose Oil (EPO) ni. Saya pasti ramai yang dah tahu pasal EPO ni kan especially wanita-wanita di luar sana kerana produk ni amat sesuai untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman wanita. Dah macam pakar kecantikan pulak. hihi. EPO ni banyak jenis dan bermacam-macam produk dijual di pasaran tapi saya pilih brand Cosway je. Orang kata EPO brand Blackmores pon ok jugak.


Inilah dia rupa bentuk EPO yang saya makan iaitu produk dari Cosway yang ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gagah mintak ofismate tolong belikan tadi. Semangat giler nak makan bila dah tahu dia punya khasiat untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Kebetulan dekat Cosway tengah ade offer menggila beli 2 dapat free 1. Harga EPO brand Cosway ni ofismate beli tadi dalam harga RM76.00 untuk 2 kotak dan free 1 kotak jadi 3 kotak semuanya. Bila ofismate tahu saya makan produk EPO ni diorang pun nak jugak cuba try test so, saya bahagikan 2 kotak tu untuk ofismate dan dapat harga yang lagi murah tau. Save money bila dah bahagikan ni.


Oh ye nak tahu khasiat EPO ni apa ? Banyak khasiatnya untuk wanita-wanita di luar sana. Meh kita semak apa faedahnya dan kebaikan Minyak EPO untuk kesihatan dan kecantikan:

• Membantu melancarkan dan mengawalatur kitaran haid
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
• Meningkatkan kesihatan kulit supaya sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
• Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
• Menguatkan sistem imun badan
• Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit


EPO ni ada dua jenis satu yang 500mg dan 1000mg. Kalau yang 500mg sehari kena take 2 biji softgel selepas makan ye. Kalau yang 1000mg tu sebiji softgel pon dah ok. Softgel EPO 1000mg ni memang besar gedabak tau boleh tercekik dibuatnya kalau tak biasa makan. haha. Ok joke!


Sekarang dah tahu kan khasiatnya so boleh la mencuba ye kalau anda rasa nak sihat dan cantik macam saya. Eh! padahal baru je nak makan. hihi. Mungkin cepat atau lambat kesannya pada seseorang adalah berbeza-beza. Apa yang penting adalah istiqamah makan supplement macam ni untuk jangka masa yang panjang. Muda-muda la kena amalkan baru la nanti dah berusia masih ganteng yukkk! hihi. Wanita yang berumur 20 tahun ke atas memang elok sangat la amalkan ni.

Thanks sudi baca ^^



10 comments:

Zie Madini said...

zie pun mkn EPO gak. but brand blackmores...hehe

Anonymous said...

kalo was2 ke'halal'annya..ambil brand CCM ( UPHA PHARMACEUTICAL MFG) halal jakim, produk tempatan Dan brand yg hospital pakai...

Anonymous said...

Mana nak dapat kan EPO ni ?

@juera said...

boleh dapatkan di Cosway :)

Azura naween said...

Boleh tahu x bila n cmne nk ambik pil epo ny sy bru mkn sbulan tp hari2 tp ada plak ckp makan time dtg bln je so sy jd konfius skg

Azura naween said...

Hye sume sy nk brtanya sy bru ambil epo dlm bulan ny..sbb sy mengalami kulit yg kering sgt teruk..tp sy nk twu nk ambil pil epo ny nk ambik hari2 ke atau time dtg bln je.sbb sy jd k0nfius ada yg kata epo ny hnya blh ambik time haid je..sbb skg sy ambik 6bji shari..2pg 2ptg n 2sblm tido..blh x bantu sy

Azura naween said...

Boleh tahu x bila n cmne nk ambik pil epo ny sy bru mkn sbulan tp hari2 tp ada plak ckp makan time dtg bln je so sy jd konfius skg

Azura naween said...

J

@juera said...

doktor suggest seeloknya makan EPO ni setiap hari tak kira period atau tak..kecuali kalau dah confirm hamil kena stop makan EPO.. :)

Aleeya Alia said...

Klu 1000gm...mkn sebiji klu 500gm mkn 2 biji...dimkn setiap hr sy dh mengamalkan hampir 2 thn...mula2 x nmpk khasiat nyer..hny bila period yg ketara dh x senggugut lg..setelah mengamalkan hampir 2 thn kwn mula berckp kulit nmpk mulus..bagus di amal kan klu ade keturunan kencing manis...alhamdullilah smpi hr ni gula dlm bdn terkawal n tiada darah tinggi...hny yg 1 sy pasti klu ade mengambil ubat- ubatan x di galak kan mkn..terutama panadol...research dulu sblom mkn...utk keselamatan...tq