Friday, January 2, 2015

Tips Kuruskan Badan



Assalamualaikum. Hye!


entry kali ni aku nak bagi tips la kat korang suma camna nak jadi kurus. Sebabnya aku tau dah, sekarang ni pompuan suma dok obses nak kurus suma kan, membe ajak lunch kat makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api korang bukan main lagi dok main wayang kata dah kenyang la, dah makan la padahal korang nak dietkan? Tup tup tengah malam karang penuh mulut korang dok kunyah biskut dan coki-coki. Lagu mana la nak kurus kalau camtu. Korang tau dak cara diet korang tu salah? Ok takpe-takpe...now aku nak story mory sikit aku dulu sebelum kurus macam mana.


SEBELUM DAN SELEPAS




Gambar kiri tu masa berat badan aku 66kg. Gile gemok tak sanggup nak tengok sangat la gambar waktu tu. Sedih pulak tengok berat badan boleh mencecah sampai macam tu sekali sebab aku memang tak pernah gemuk pon dulu dulu. Dari itu la timbul kesedaran nak kuruskan badan dan dapatkan berat ideal macam dulu dulu. Yang gambar belah kanan tu pulak berat aku dah mencecah 59kg after 2 months ago. suke sangat time neh. ramai jugak la yang tegur, 'wah dah kurus sekarang, ape rahsianya?' ha rahsia nya meh aku bagi tips yang aku amalkan macam mana aku boleh kurus.



1. KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN MAKAN PROTEIN


maksudnya disini korang kena kurang kan makan karbo contohnya macam nasi, mee, roti, kentang. Ok fine ada yang kata 'ape tak makan nasi? kite orang asia memang dari kecik dah diajar makan nasi, kalau tak makan nasi abis nak makan apa?' ok ok rilek rilek jangan la marah, dia macam ni sebenarnya bukan korang tak boleh makan nasi segala tu tapi portion yang korang boleh amik hanya sedikit je dari biasa. contohnya nasi, korang boleh makan macam ni...





makanan seimbang






protein macam ayam, ikan, daging, ketam, telur dan sebagainya lagi korang kena amik banyak dalam pemakanan harian tapi jangan la makan terlalu banyak sangat nanti kan lebih protein sangat kena pnyakit buah pinggang pulak kecuali kalau korang jenis suke minum banyak air masak tak de masalah sebab air tu boleh reduce balik pemakanan korang tu. dan jangan lupe sayur kena makan walau tak suke macam mana sekalipon kena belajar makan sayur sebab sayur banyak khasiat. lebih elok lagi kalau korang makan sayur sayuran hijau tuh macam bayam, kangkung, sawi, brokoli, timun. macam aku dulu memang boleh dikatakan sayur aku memang jarang makan sebab dari kecik memang mak aku kurang masak sayur. tapi bila dah dewasa ni kesedaran terhadap pemakanan tu tinggi dan setelah banyak buat research pasal khasiat sayur ni so dari tak suke sayur dah jadi suke pulak makan sayur tapi sayur yg aku selalu makan sayur hijau je la. sayur lain-lain aku kureng sikit.


2. JANGAN CRASH DIET


crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai je aweks aweks yang buat macam ni. aku cukup marah btol la. sebabnya bila korang crash diet, memang la berat korang turun secara mendadak. yelah korang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, korang gembira bukan main kepalang. Padahal berat korang turun sebab water volume dalam badan korang yang reduce bukan fat. Pastu kalau korang crash diet, metabolisme badan akan rendah sebabnya badan korang pikir korang tgh starvation. Pastu kang bila korang dah tak dapat tahan nafsu, korang makan macam biasa balik, badan korang akan store as much fat as possible. maka berat korang yang bertambah akan lebih dari yang korang hilang. rugi tak?


3. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION


'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. ceh. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja korang skip-skip meals ni. Kalau korang skip meals, korang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, korang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang korang makan tu badan korang store jadi fat lah. Bila badan korang perlukan energy pada siang hari, korang tak makan. Bila badan korang tak perlukan energy korang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.



4. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI


'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi korang tau tak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, diorang rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpe. Sebab tu diorang tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama je makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku bitau ngan korang, aku dulu berat turun sampai 8kg sebab aku tak makan jajan langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum mineral water & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



Anyway, aku makan macam biasa, keje penat makan mesti mewah maaa. Takde diet. Tapi aku tak sentuh junk food langsung. Kalau balik kampung pon kat umah aku takda junkfood sebab adik bradik aku suma diorang tak makan junk food. Beza la masa sekolah dlu, sikit2 jajan. sikit2 jajan. Hampeh masa sekolah dlu walaupun aku training netball, hoki tiap-tiap hari tapi berat aku tetap bertambah jugak. Ni suma gara-gara crash diet ngan junk food. siot je kan. Tapi takpe, amik pengajaran. Dalam buku ada tulis, weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Yang tu memang dia kurang takkan naik lagi. Buku understanding nutrition lah tulis, kalau salah korang maki penulis dia k.



5. AKTIFKAN DIRI ANDA!


satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau korang bz mengalahkan menteri, korang tak dapat jogging tiap-tiap petang takpe. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park kete jauh-jauh dan jalan laju laju. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator atau lift tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.



6. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.


kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cite. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tup tup seminggu je tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kurus sikit, diorang dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, chesse cake meleleh leleh pulak yang tengah hot sekarang ni dan suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau korang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolisme ni perlukan oxygen, bila korang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolisme tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolisme berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan korang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak korang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem korang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolisme ni boleh buat korang lapa nak mampos.



Baru-baru ni, aku ada terbaca. The latest research bitau, kalau nak kuruskan badan secara consistant & tanpa rasa letih, korang just jalan je. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pe meh aku bitau kat korang suma, kalau korang jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolisme yang berlaku adelah fat metabolisme. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan korang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Pasni aku nasihatkan, petang2 tu pegi la jalan-jalan keliling kawasan umah korang, yang aweks2 tu pegi la usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takde makne ye!



7. KURANGKAN GULA


ye gula! gula memang banyak manfaat kesihatan bile korang kurangkan gula dalam pemakanan seharian. dan memang aku pon jenis tak suke manis-manis so aku rasa tak susah la nak kurangkan gula dalam pemakanan seharian aku. tapi tak boleh la tak ade gula langsung dalam body kita bahaya jugak. macam aku memang tak suka gula, so kat umah aku memang tak de gula, tapi aku just makan buah buah sebab dalam buah tu dia dah ada glucose. tapi kena makan berpada-pada jugak la buah ni, ini tak korang dah elok tak makan gula lepas tu pegi makan buah epal sekotak sehari. tak de makna nya. ha! dan sekarang ni pon kerajaan dah kurangkan harga subsidi gula kan, tu pon salah satu faktor untuk mengalakkan pengurangan penggunaan gula dalam masakan dan minuman sebabnya peratus penyakit kencing manis kat negara kita ni paling tinggi tau. ayoyo! takut tak dengar? takut kan. so kurangkan gula dalam minuman, maniskan senyuman itu yang lebih baik. kikiki.




8. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH/MASAK


yang ni memang tak boleh nak elak dah. mana-mana pon kena banyak minum air putih atau air masak sebab air ni banyak manfaatnya. air masak ni better minum 1 liter untuk 25kg berat korang ye. kalau berat korang 60kg thats mean korang kena minum at least 2 liter 1/2 satu hari tapi sebaik baiknya minum la 3 liter ke. jangan terlebih minum pulak nanti masalah lain pulak yang datang. tapi aku perhatikan banyak orang malas nak minum air masak sebab ade yang kata tak sedap la. helo! kalau nak sedap minum air manis-manis korang tau tak yang gula tu bahaya hoi! tak rugi pon tak minum air berperisa ni. apa yang penting kesihatan tu lebih utama. aku dulu memang jarang minum air masak tapi dengan adanya kesedaran yang tinggi ni aku beli botol air yang besar dan selalu bawak pegi mana-mana. ini sebenarnya boleh motivate kan kite untuk belajar minum air masak dengan secukupnya. sebab ape ape pon korang kalau makan ubat ke supplement ke, diorang akan suggest minum air yang banyak untuk reduce balik ape yang kita makan.


PENGALAMAN SENDIRI



Gambar ni masa aku rajin time cuti-cuti tak de wat pe aku pegi gym. memang seronok pegi gym sebab macam-macam exercise boleh buat dalam tu. tapi memang jarang la aku pegi gym sebab aku lagi suke jogging dekat park, fresh air la kononnya kan. itupon kalau hujan je lah aku pegi gym pon. So, kesimpulannya walaupon korang jaga makan macam mana sekalipon tapi kalau tak ada buat senaman tak leh jugak. Kurang-kurang dalam satu minggu 2-3 kali kena exercise tau. Ok ada pulak yang kate, orang bujang macam aku tak de komitmen sangat kan, hamboi! memang la tak de komitmen sangat tapi itu sume bukan alasan okeh! ada je orang dah kawin anak 5-6 tapi boleh je pon bagi masa. Alah nak buat senaman ni tak semestinya korang kena pegi gym, kena outdoor. no no no. Kalau korang belajar senaman ni de banyak jenis tau boleh buat dalam umah or klau malu sangat buat la dalam bilik korang tu ha. rajin2 la search dekat youtube, exercise yang simple2 boleh korang buat. tak de alasan kalau rajin kan.


Berdasarkan pengalaman akulah, memang betol. Aku ilang 8kg dlu masa 2 bulan. Yang pasti, aku banyak berjalan sekarang. Sebabnya aku ni jenis suke shopping bagai nak gila. hek hek! aku kalau shopping memang tak ingat dunia, kata mak aku la. Shopping dengan orang pompuan ni mana la boleh dipisahkan kannnn. Bagi aku bila shopping ni, aku akan banyak berjalan-jalan, sampai satu mall aku pusing. memang tawaf abis la dalam tu, kadang bukan membeli sangat pon tapi just have fun and window shopping. memang cerah la mata kalau window shopping ni kan. Ha, sambil jalan-jalan tu, kita tak sedar berapa banyak kalori dah turun sebenarnya, tapi harus diingatkan berjalan laju-laju ye bukan jalan lenggang kangkong pulak.


Berat aku turun 8kg dalam masa 2 bulan kire tak de la drastik sangat. Sekarang ni pon berat maintain lagi, kadang dia turun kadang-kadang dia naik tapi naik tak de la sekilo dua, bese2 0.5kg je naik nya. itu pon sebab tak kontrol makan betol-betol sangat dan senaman sekarang ni langsung tak de buat sebab masa tak mengizinkan lagi. tapi ada masa ada la buat planking or exercise yang simple-simple macam angkat dumble sebab nak bagi otot-otot kuat dan sihat. eceh!



ok tu jelah yang dapat aku simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any doctors wannabe yang ada futher info regarding this, bole la same-same kte share-share kan ilmu ye. Aku ni bukan belaja medic pon tapi banyak tau dari buat research dalam tenet je. hehe. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di pelajari. Kalau tak bersetuju jangan kutuk, sebaiknya gunakan ayat-ayat yang berhemah untuk membidas point-point aku ye hehe. harap korang gembire dengan entry ni setelah sekian lama aku tak update.


Ok bai!

15 comments:

Aesya Zealous said...

8 g turun dlm masa 2 bulan? drastik la jugak tu. waa nak kurus gak..huhu thanks share tips.. hehe

@juera said...

Aesya Zealous: yes dear..must workhard..dh dpt brt ideal bru sng ati n juz for maintain body je :)

maz said...

notes yg bgs..thanks

Ismi Maizura said...

maz : thank you dear :)

elinn husna said...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tahniah tau.. berjaya turunkan berat badan tu.. best2.. terima kasih sebab bagi info2 tu..
👍

Anonymous said...

Terbaik sgt info ni,sgt berguna..tp mau tnya sis stu j ni,sya ni kuat jg mnum air sis tp seminggu dlm 2kali j p membuang,bikin tkut jg ni..jd pertnyaan sya bole ka kta ikut diet atkiens ni sambil mkn supplement tuk diet sbb dia mbantu sya p mbuang hari2..mcmna tu ya sis

Ismi Maizura said...

elinn husna : Waalaikumussalam..terima kasih :) sharing is caring

Ismi Maizura said...

Anonymous : thats normal bt atkins jarang mmbuang..bleh je nk amik supplement mse bt atkins..mcm sy sdiri pn ade take supplement utk mmudahkn pelawasan..bhya jgk klu x mmbuang lma2 kn..nti byk toksin dlm badan..tp berpada2 la jgn tllu byk amik supplement ok :)

Anonymous said...

<8 kg 2 bulan is biasa.....tak drastik.....seminggu sekilo ok. Yg drastik seminggu 4/5 kg. Rasa gembira x hengat.....tp yg hilang hnya air dan otot. Bila mkn telebih sikit.....berat terus naik. No hilangkn air dari bdn so easy tp nk hilangkan lemak.....its a hard n tough work.>

Ismi Maizura said...

Anonymous : bg sy 8kg 2 bln tu cpt jgk la..yes that true mmg perlu hard work..bkn sng nk kurus klu xde disiplin dlm diri..yg pting nak sihat spjg masa..just do it!

sha dhira said...

perggh, selimnya akak...
yang penting bila kita amalkan tips2 untuk kuruskan badan ni, jangan hangat2 tahi ayam and kena konsisten.. kan kak.. hehehe :D

Ismi Maizura said...

sha dira: selim ke? hehe..nk sihat spjg masa kena maintain body weight dear..btl dear klu nk bt kna btul2..kna disiplin tau:)

Diyana Annuar said...

u r my inspiration!!
wahhhhhhh.. kagum sehhh~~
susah jugak ni nk makan nasi dlm portion yang sikit.. and agak susah juga nak minum air masak banyak2.. lalalalala~

Ismi Maizura said...

Diyana Annuar: thanks..xpe cuba lh dlu..ttpkn mindset "aku nak kurus, nak sihat" In Shaa Allah dear u can do it! gd luck :)

Eera wa said...

nice entry babe. jemput tgok blog saya pula ye :) review forexmudahbyjo