Friday, May 25, 2012

Resipi Pasta Goreng Melayu

Sebelum memulakan bicara terlebih dahulu gua nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua peminat-peminat blog gua yang tak pernah jemu, tak pernah lekang datang berkunjung ke sini walaupon blog gua ni semakin lama semakin sepi tanpa kabar berita. Wah! gitu...macam nak buat ucapan sempena majlis perpisahan aje. bhahahahahahahahaha!!!

(Eh! tetiba pulak terkeluar perkataan 'gua'. Macam best plak guna perkataan ni..hihi)

Ni bukan tak update blog sebab ketandusan idea ke hape tapi memandangkan gua bizi sejak dua menjak ni (bizi apa tah?) so, terbiar la sepi blog ini sejak sekian lamanya. Eceh! Bukan bizi ape pon tapi tak rajin je nak menaip. huhu. Cerita ceriti nak dikongsikan memang banyak tapi gitu lah dah tak rajin nak buat lagu mana. Kesian kat blog walaupon BE sedang berjoget riang di kala ini tuan blog buat endah tak endah je. huhu.

Okeh dah cukup untuk bahagian mukadimah. hehe. So, today gua nak share satu resipi yang baru gua belajar dari blog jeng..jeng..jeng..sape lagi kalau bukan blog CikEpal kita yang ke da boom itu. Resipinya ialah PASTA GORENG versi tekak melayu. haha. Bila tengok je gambar pasta goreng dekat blog CE rasa teringin la pulak nak makan pasta walaupon bukan kegemaran gua. huhu. Rasa nak cuba belajar buat Pasta Goreng ni sebab nanti mana la tahu kan bila gua dah kawen nanti tetiba pulak sang suami mintak nak makan Pasta ke kan, sekurang-kurangnya gua dah tahu cara nak memasaknya. hehehe. Sedap tak sedap tu belakang kire. kah kah kah!

Tapi gerenti rasa sedap la...haha...angkat bakul sendiri la pulak...ops!

Bahan-bahan nak buat pasta goreng ni senang je, antaranya ialah;


- Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram
- Satu Paket Pasta ( Tak kisah la jenis apa pon)
- Cili Kering / Cili Giling / Cili Boh (ikut suker la mana korang lebih suker)
- Maggi Secukup Rasa (kalau suker boleh je letak sekali tapi aku tak suker so tak letak pon tak pe gak)
- Garam dan Gula secukup rasa.



Ni bawang besar 1 biji dengan bawang putih 4 ulas siap untuk ditumbuk. Gua kalau masak-masak apa pon memang prefer tumbuk guna lesung batu ni dari blender. Dia punya rasa tradisional la katekan lagi bertambah sodap masakan kite. huhu. Yolah tu. Tapi orang zaman sekarang ni semua nak mudah jer. Letak dalam blender sap sap soi dah siap bahan tu. Yelah orang zaman sekarang ni kan kejar masa. huhu. Gua je lah yang rajin suka guna lesung batu biarpon ada blender depan mata ni. Bagi gua la kan biar lambat asal sedapppppp!!!!


Ni daging cincang brand RAMLY. Gua memang suka brand ni sejak azali lagi. Kalau beli sepaket besar tu letak separuh pon dah cukup sebab nak masak pasta tu kan separuh jer. Ikut kuantiti kita masak ye. Kalau banyak pasta nak masak letak la daging cincang ni banyak sikit. Ha gituuuu...macam mak jemah pulak tetiba!


Crab Stick! Gua suker sangat ni. Selalu beli rebus sekejap lepas tu meratah gitu jer. Fuhhhh! enak dohhhh...Ikut suka ati korang la nak potong dadu ke, nak potong memanjang ke, nak potong kecik-kecik ke. Terpulang la yer. Tak de sape nak marah pon. huhu. Kalau korang suker makan UDANG boleh je tukar crabs stick ni dengan udang. Tapi aku lagi suker crab stick.


Ha ini lah ropenya Pasta yang dalam paket tadi tu bila dicelur ye. Cara nak celur mudah je letak air dalam periuk, lepas tu letak minyak sikit dan garam sikit. Celur selama 8 minit dengan api yang sederhana. Jangan lama sangat masak tu nanti jadi lembik pulak. Siap celur toskan dan ketepikan dulu.


Sotong ni aku letak 5 ekor yang saiz kecik-kecik la.


Lepas tu lobak merah ni dipotong memanjang macam ni yer. Ikut suker korang lah. Kalau tak suker jangan letak.


Okeh cara nak masak senang jer. Mula-mula letak minyak sikit dalam kuali lepas tu masukkan cili, bawang besar, bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Kacau sampai naik bau.


Agak-agak dah naik bau tu terus masuk sos cili sikit, sos tomato kena lebih sikit bagi rasa masam-masam sikit dan sos tiram ikut suker la nak letak banyak mana. Jangan sampai satu botol sudah la yer. huhu. Jangan lupa letak Garam dan Gula secukup rasa. Agak-agak dah pecah minyak korang terus masukkan daging cincang RAMLY dan seterusnya masukkan pulak sotong tadi. Nampak sotong tu masak je terus je masukkan lobak merah dan crab stick tu. Gaul-gaul sampai la betul-betul dah masak, akhir sekali masukkan pasta yang telah siap dicelur tadi.


Dan inilah dia hasilnya. Nyum! nyum! nyum! Hah...kacang je nak masak ni. Main campak-campak je sap sap soi dah siap.

So, selamat mencuba bagi yang nak mencuba...

Ok thanks sudi baca ^^


3 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

perghh! terus lapar~

azie_hennachanteq said...

mcm nk try la... ;))
already follow u..

@juera said...

azie --> slmt mencuba :)
thanks follow me..keep in touch k.