Thursday, December 9, 2010

Resipi Ketupat Sotong

Sejak dua tiga empat menjak ni kan terasa nak makan macam-macam alahai...Bukan mengidam tapi terasa nak makan je ye. Al maklum ler sekarang ni musim hujan kan, korang paham-paham aje ler perut asyik meminta aje. Baru ni beriya-iya nak makan ketupat sotong tapi tak dok masa nak buat al maklum ler orang bujang banyak aktiviti sikit susah nak melekat kat umah. hehe...

Dan hari ini yaitu hari khamis memang sokmo-sokmo balik keje awal kat terengganu ni jadi ada la kelapangan sikit nak masak ketupat sotong ni. Lepas balik keje terus pegi supermarket cari barang-barang keperluan dapur untuk memasak ketupat sotong ni. Lepas beli-beli barang kat supermarket terus pecut balik umah nak bersilat kat dapur la pulak. hehehe...{aiseh sikit-sikit nak gelak}.

Mula-mula masuk dapur amik periuk letak beras pulut yang sudah dibilas kasi rendam sama santan dengan garam sikit selama tiga puloh minit lima saat!{eceh nak jugak sesaat tu..haha!}

Sambil-sambil tu ambik la sotong kurita {ak beli saiz sederhana besar} kasi potong kepala, bersihkan dan buang kulit merah-merah dia tu kasi putih melepak gitu!perghhhh...Lepas dah settled bersih sotong letak dalam peti ais dulu biar segar sikit sotong tu kan.

Mayam bawang merah nipis-nipis dan hiris halia halus-halus gitu sambil duduk depan tv tengok 'Warung Aku' eh 'Warung Kita'...ehehe...

Ini halba dari india ye tuan-tuan dan puan-puan {gaya cakap macam Datuk Chef Wan sebut ye!}. Boleh dapat kat mana-mana pasaraya dan kedai-kedai runcit berhampiran anda.

Kebiasaan orang pakai batang lidi, tapi nak guna pengcungkil gigi pon boleh tak de hal punye janji boleh buat cucuk kat sotong tu nanti. Jangan buat cungkil gigi lepas tu buat cucuk...coi!

Haaaa...ni part paling ak suka, sumbat beras pulut yang telah direndam selama tiga puloh minit lima saat tadi ke dalam sotong kurita yang telah dibersihkan itu. Beras pulut tu letak separuh aje ye, kalau letak penuh nanti susah nak cucuk pengcungkil gigi tu. {sila abaikan tanganku yang montel itu...arghhhhh tidakkk!}

Sotong yang telah siap disumbat dengan beras pulut dan dicucuk dengan pengcungkil gigi sedang siap beratur untuk menjadi pemangsa ak. hahaha! Gebu-gebu semuanya...sedappppp!

Lepas tu masukkan sotong-sotong ke dalam santan yang telah dicampur dengan bawang, halia dan halba tadi. Campur je semua lepas tu masak aje la. Jangan lupa letak gula dan garam secukup rasa. Ada orang suka manis ha letak la gula sekilo. eh! jangan nanti kena penyakit kencing sweet plak. ehehehe...Biarkan ia dimasak selama 15 minit.

Ok sedia untuk dimakan. nyum!nyum!nyum! Selamat mencuba....=). Nak rasa jemput la datang umah ye.hehehe!

p/s:
Ketupat sotong ni adalah makanan orang belah timur =D

12 comments:

Sallehudin Said said...

wahh ..
nak suruh mak buat la ..

p R i n c E S s _ N said...

oo..mknan org timur ke...sedap2..

~aSHa~ said...

wah masak dok panggil pung...sedap ni....eheheh akak tak pernah try lagi....

ardinihumaira said...

fuhyoh. pes time dengar ni. teringin nak cuba. bookmark ni nyum3 :D

@juera said...

Sallehudin Said : ala bt sdiri je leh..sng gile..leh la blja msk utk isteri nnti..hehe

@juera said...

p R i n c E S s _ N: a'ah..ni mknn org belah timur..org belah barat, utara selatan pon ape slhnya mncuba resipi ni..mudah je..=D

@juera said...

~aSHa~: hehehe..dapur org bujang sempit muat adik sorg je..kihx3..akak cuba la buat.

@juera said...

ardinihumaira: perghhh!sedap tak terkata dni..cuba jgn x cuba..org kelantan biasa bt pkai gula melaka..jd kuah sotong gelap la skit..

faizura rahman said...

wah! senang dan menyelerakan!! nak try buat la!! thx sbb buat entri nih! teruja! hehe

@juera said...

faizura rahman: a'ah simple je tp sdp taw!try la..gd luck!=D

Redbloodsnow said...

tgk cam senang jek buat ah. tp if dh buat..haaa baru tahu senang ke susah kan...hehehe.

psstt...courierkan kat aku weh..

@juera said...

Redbloodsnow: ha tau x per..nmpk je simple tp cerewet gak nk bt ni..huhu

if ak courier kt ko dan basi dlu..haha!