Tuesday, April 19, 2016

Majlis Akad Nikah

Alhamdulillah...

Hari ini 19 April 2016. Dah sebulan rupanya bergelar 'ISTERI' orang. Terasa sekejap saje masa berlalu. Dah lama tak menaip di blog kesayangan. Terlalu banyak cerita untuk diabadikan di sini tapi apakan daya dengan kekangan masa yang ada dah jarang menaip di blog. Rindu nak berkongsi cerita dengan sahabat blogger yang masih mengikuti perkembangan di blog ini. Ada ke? hehe...


Bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini masih lagi dapat menghirup udara-Nya. Nikmat yang paling berharga kepada kita sebagai Hamba Allah yang mengharapkan keredhaan-Nya pada setiap hari. Syukur kerana diberi peluang untuk menjadi isteri seperti wanita-wanita yang lain yang mendambakan hidup berpasang-pasangan di muka bumi Allah ini. Akhirnya tercapai juga impian untuk berkahwin dan memiliki rumahtangga sendiri.


19 Mac 2016, Tanggal yang sangat penting untuk diingati kerana terlafaznya Ijab dan Qabul. Terasa seperti macam tak percaya dah jadi isteri orang rupanya. alaa...rasa macam baru semalam je Nikah. hehe. Sebulan sudah membina Masjid, Alhamdulillah diberi kesempatan merasa nikmat kebahagiaan menjadi seorang isteri disamping suami yang sangat penyayang, sangat memahami dan sanggup berkorban apa sahaja demi isteri tercinta.




Menunggu saat dinikahkan dimana saat janji setia bersatu di alas InsyaAllah dan penyerahan pada yang satu. Perjalanan kehidupan hakikatnya bermula pada hari itu.



Perkenalan dengan suami bermula di muka buku pada 19 April 2014. Kalau ikutkan hari ni dah genap 2 tahun kami berkenalan. Sekejap je masa berlalu. Pada 21 November 2015 dengan rasminya kami telah mengikat tali pertunangan. Oh ye! saya tak pernah cerita kisah pertunangan ini kerana ingin menjaga hubungan ini dan hanya keluarga saya, keluarga mertua, saudara terdekat dan sahabat baik sahaja yang mengetahuinya. Hal pertunangan tidak perlu dihebohkan sepertimana kita berkahwin kerana pertunangan itu adalah tempoh perkenalan kita dengan lebih dekat bersama pasangan kita. Andaikata Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya disitu kita dapat mengelakkan dari buah mulut orang yang tidak dikenali. Agama Islam sangat menjaga sensiviti sebegini. Sebab itulah islam mengajar untuk merahsiakan pertunangan dan meng war-warkan perkahwinan.


Kami juga bersepakat untuk tidak bertunang terlalu lama. Dalam tempoh perkenalan sebelum bertunang, suami bekerja keras mengumpul duit untuk membina masjid. Dan setelah duit simpanan perkahwinan kami mencukupi suami datang membawa keluarga untuk meminang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan oleh-Nya.



Saat ibu mertua menyarung cincin merisik dan bertunang...yeay!! happy dapat dua cincin sekaligus...tanda diri ini sudah berpunya..eceh!


Pertunangan yang sangat simple dan sempoi saja. Suami sangat tegas tidak mahu majlis diadakan secara besar-besaran, tidak mahu diadakan pelamin seperti orang lain, tidak ada photographer, tidak menyewa baju yang menampakkan Tabarruj, tidak mengambil juru mekap. Saya hanya memakai baju raya tahun lepas dan dimekap dengan tidak berlebih-lebihan oleh adik saya sendiri. Kami bersepakat untuk tidak membazir semasa pertunangan dan Alhamdulillah diterima baik dari keluarga kami. Cuma di majlis pertunangan kami berbalas hantaran 7 dulang kepada pihak lelaki dan berbalas 5 dulang kepada pihak perempuan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Mak yang banyak sponsor makanan. Mujur la ada jugak kenangan majlis pertunangan saya, ramai sangat photgrapher tak bertauliah. haha. 


Syukur Alhamdulillah 4 bulan mengikat tali pertunangan akhirnya dengan izin Allah kami disatukan pada 19 Mac 2016. Dalam tempoh pertunangan, banyak dugaan yang kami harungi bersama. Betul la orang kata 'darah manis' ujiannya cukup kuat sampai kadang-kadang tak mampu nak hadapi. tapi Allah tolong kita bila nak buat sesuatu yang baik ni. Paling tak boleh lupa masa bertunang, suami diuji hebat kerana tiba-tiba diitmpa masalah penyakit buah pinggang. Allah tuhan saja yang tahu perasaan bila mendapat berita dari suami. Di ketika itulah emosi suami mula terganggu, persiapan dan persediaan perkahwinan menjadi hambar, hanya air mata menjadi saksi keperitan yang ditanggung waktu itu. tapi dengan kesabaran dan kekuatan kami sama-sama ikhtiar berubat dan berdoa kepada Allah supaya suami sembuh dan sihat seperti sediakala. Alhamdulillah dengan segala usaha dan tawakkal akhirnya suami sembuh sebelum tarikh pernikahan kami. Ya Allah syukur tidak terhingga di atas nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada kami. Ingat bila ditimpa ujian banyakkan bersabar dan memohon kepada Allah. Hanya DIA tempat kita mengadu segala-galanya.


Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami. Jam 10.30 pagi, detik paling istimewa... kami dinikahkah oleh Tok kadi kampung saya di Surau Kuantan, Pahang berwalikan abang dan bersaksikan bapa mertua serta abang ipar yang sulong akhirnya dengan 'SEKALI LAFAZ' saya sah menjadi isterinya. 

"Tips orang tua tua, sebelum majlis nikah, banyakkan zikir, banyakkan doa. semua tu untuk pelancaran majlis. pelancaran lidah bakal suami. moga-moga sekali lafaz saja"

Dikelilingi keluarga, sedara mara dan kawan-kawan rapat, hati ni jadi lebih tenang. walaupun takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. bukan benda main-main. bukan macam dulu masa main mak mak, kalau tak nak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan hujung kampung juga. lepas tu esok main suami style lain pulak.

tak tak. ni suami sehidup semati.



Pemberian suami seutas gelang tangan emas, mas kahwin RM22.50 mengikut standard Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dan belanja hantaran berjumlah Tettttttttttttttttttt!!!!!!!!! tak boleh bagi tahu takut mendatangkan riak ke atas diri sendiri. Biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. hehe.



Masa ni dah boleh pegang-pegang tangan dah... ^_^
emak yang sentiasa di tepi, emak adalah orang yang lebih penat dari saya. kalau tak ada emak, entah la apa jadi dengan majlis saya.

tak ada doa lain waktu ni, selain ALLAH memberkati pernikahan kami, memurahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagian pada kami hingga ke jannah. Amin Ya Rabb.


Alhamdulillah. selesai juga entry nikah saya. lama bertangguh tau. dari sibuk-sibuk pindah rumah, sibuk honeymoon, lepas tu sibuk dengan keje pulak setelah bercuti panjang. semoga sikit sebanyak dapatlah jadi bahan bacaan inspirasi korang okay.


InsyaALLAH, next entry, saya akan cerita pasal majlis bersanding pula ya.


terima kasih sudi baca :)

Wednesday, July 1, 2015

Rumahku Syurgaku : Check List Rumah Baru


Assalamualaikum <3

Excited sangat bila dah dapat kunci rumah ni, memang sangatlah excited kan. Lagi-lagi kalau rumah tu adalah rumah pertama yang dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak memiliki rumah sendiri dalam usia 20-an ni. Semuanya adalah kerana usaha dan doa akhirnya semuanya berjalan dengan lancar.



Sebagai seorang yang boleh dikira sebagai "Property Virgin", banyak juga la ilmu yang kena dipelajari sebelum dan sesudah membeli rumah. Kalau sebelum membeli kita kena survey dulu jenis, lokasi, nilai hartanah, harga dan juga keupayaan kita untuk membayar ansuran rumah tu juga termasuk urusan-urusan dokumentasi antara kita, pemaju dan pejabat peguam. Begitu juga selepas kita selesai membeli iaitu selepas mendapat kunci rumah. Benda pertama apabila kita dapat kunci rumah adalah memastikan rumah tersebut telah layak mendapat sijil layak menduduki atau orang kita panggil CF (nama baru OC). Ini adalah kerana terdapat juga pemaju-pemaju kecil yang mengambil jalan mudah dengan memberi kunci kepada pembeli sebelum OC diperolehi hanya untuk mengelakkan mereka membayar denda lewat kepada pembeli.

Selepas OC dah dapat, ape lagi, masa untuk kita membuat checklist sebelum kita boleh menduduki rumah tersebut. Kena ada checklist supaya apa yang kita nak lakukan nanti teratur je.

Checklist aku:




1. Defect Check List
Check rumah untuk memastikan kerosakkan yang ada. Masa nak ambil kunci, pemaju akan bagi sekali dengan check list kerosakan rumah. Kalau ada kerosakkan listkan dan inform kepada pemaju secepat mungkin. Biasanya akan dibaiki dalam tempoh 30 hari iaitu sebulan dari tarikh kita check rumah. Jangan nak baik hati sangat, kalau ada yang tak puas hati, masa ni la kita kena bagitahu supaya pemaju tahu kerosakan rumah tu. Kita beli harga mahal kot, kena la inform. Masa check rumah baru aku tu banyak jugak la yang pemaju kena repair dengan dinding yang banyak crack, tingkap dapur tak boleh nak tutup rapat, sliding door tak boleh nak kunci, tombol pintu bilik ada yang rosak tak boleh nak buka, longkang ade sikit pecah dan banyak lagi yang perlu dibaiki. Check betul-betul sebab nanti kalau rosak apa-apa risiko kena tanggung sendiri.


2. Pasang glass tinted/window film
Perlu ke tak sebenarnya tinted rumah? Tanya la diri sendiri sama ada kehendak / keperluan. Bagi aku, perlu sebab cermin sliding door dan semua tingkap orang luar boleh nampak. Takkan nak duduk dalam rumah siang hari pun nak bertudung / tutup aurat bagai sebab orang luar boleh nampak kot yang duduk dalam rumah. Kalau malam tak pela boleh tutup pakai langsir, siang hari takkan nak jatuhkan langsir juga ? Rimas tau. at least nak gak selak2 langsir nanti. Pastikan sebelum nak pasang grill kena pasang tinted dulu ye kalau tidak susah nak buat keje-keje tinted. Tak susah jugak nak cari orang untuk tinted film sebab masa tengah check rumah ada orang datang offer nak buat tinted. Aku pilih tinted Silver/Black dalam black luar silver trending tinted rumah sekarang la katanya. Budget pon tak sampai 1k.


3. Grill
Pemaju syorkan pasang grill dulu sebab ada banyak barang-barang dalam rumah yang belum dipasang katanya. Takut nak pasang awal-awal sebab dah banyak berlaku kes kecurian barang-barang yang berharga, kalau tak pasang grill, ada kehilangan barang pemaju tak tanggun ye. So, first thing nak kena pasang grill dulu kat rumah baru ni. Kena survey betul-betul grill supaya kita dapat harga ikut budget. Pasal Grill tak susah sangat nak cari sebab masa tengah check rumah ada beberapa orang kontraktor datang offer nak pasang Grill. Masing-masing punya la promote sungguh-sungguh. Biasa la masa belum dapat projek selalu janji manis-manis tapi lepas dah dapat nanti buat acuh tak acuh je kan. huhu. Tapi lastly dalam ramai-ramai tu aku pilih orang melayu kita la. Support orang melayu dulu lagipun kena dengan budget dan cara dia explain pon sangat memuaskan hati. Budget untuk buat grill dekat nak 3k sebab rumah aku End Lot banyak tingkap. Tunggu je lah siap nanti. Tak sabar nak tengok hasilnya.


4. Wirering
Budget tak boleh ciput. Kalau boleh pasang sendiri selamat la sebab tak perlu keluarkan duit banyak. Tapi kalau single macam aku ni, upah orang aje la. Kalau setakat nak pasang lampu kipas menggunakan point-point yang pemaju sediakan mungkin murah. Tapi kalau nak tambah point, tambah suis, haruslah mahal sedikit. Wirering umah aku mintak tolong sepupu aku je yang buat. Harga anak beranak murah je. 


5. Pembelian lampu dan kipas
Lampu yang paling sesuai untuk rumah aku mestilah aku pilih lampu downlight LED. Walaupun kos mahal daripada lampu jenis biasa tapi tak pe puas hati sebab lampu LED menjimatkan tenaga elektrik. Yang penting bagi aku adalah kualiti, harga tu tak kisah sangat. Untuk kipas pulak aku pilih yang mudah je iaitu kipas KDK biasa yang tak sampai RM200 pon sebab nak sewa je kan rumah ni. Serius kipas KDK ni terbaik kalau nak tahan lama ada option lagi murah kalau nak maximize profit. Budget untuk pembelian dalam 2k.


6. Pasang meter TNB
Ha ni korang kena gi berurusan sendiri dengan TNB. Pemaju cuma register nama kita aje secara berkelompok. Nak masuk meter ni pun kena bayar gak. Macam rumah aku kena bayar RM300. Kena masuk budget gak ni. Takkan nak tarik daripada duit gaji pula.


7. Meter air
Ini takpe. Macam kat sini, pemaju yang uruskan. Nanti orang air akan pasangkan meter. Sebelum meter dipasang, kita enjoy buat pembaziran air ye. Maklumlah untuk beberapa ketika dapat guna air free.


8. Kitchen Cabinet
Ini memang trend dan memang menjadi kegilaan setiap wanita yang bergelar isteri dan tak lupa juga wanita bujang macam aku. Tapi kenyataannya Kabinet Kitchen ni bukannya murah. Nak bina siap dengan aksessori tu haruslah ada at least 5k dalam tangan. Tapi memandangkan nak buat rumah sewa je so aku hanya buat table top kitchen je buat sementara waktu. Itu pun budget dah dekat 2k harga kawan-kawan. Nanti kalau aku sendiri nak duduk rumah tu harus la jugak nak ada kabinet kitchen ni. Baru rasa ada semangat nak duduk dapur selalu dan rajin masak kan. 

Itu ajelah kot main checklist aku. Aku just buat yang mana penting-penting je dulu sebab rumah tu aku nak sewakan je dulu. Teringin nak duduk rumah sendiri tapi disebabkan keje berjauhan dari kampung halaman terpaksa la sewakan je dulu. Nanti dapat duduk rumah sendiri baru la rasa nak renovate betul-betul sebagaimana yang aku inginkan.


Thanks sudi baca ^^